Tuesday 31 December 2019

Kayuhan Cari Pasal @Antara Gapi-Tanjung Malim - 28 December 2019

Kayuhan penutup tirai tahun 2019 dengan sahaja mencari pasal sehingga berkayuh ke Behrang dari Antara Gapi sambil membuat loop di Proton City. Dengan keadaan sudah lama tidak berkayuh dan stamina yang sememangnya ditahap minima terus membuat kayuhan jarak jauh. Ditambah pula berkayuh bersama champs Hilmi sememangnya padu menyebabkan bonk teruk semasa perjalanan pulang ke Kerling.

Kayuhan bermula seawal jam 8 pagi menuju ke Warong Misteri Tajung Malim berhampiran dengan laluan keretapi. Namun loop Behrang ternyata amat memenatkan disebabkan kurangnya latihan serta laluannya yang berbentuk mendaki serta rolling dengan kiri kanan hanya ladang kelapa sawit sahaja.

Jalan persimpangan masuk ke Proton Tanjung Malim....panas terik dah...pewaii teruk dah nie...

Warong Misteri Tg Malim.... sarapan pagi dulu....

Kedai nie terkenal disebabkan nasi kerabu....ramai penggunjung terutama hujung minggu...kalau lambat kena tunggu meja kosong dulu baru boleh dapat duduk...

Makan kuih jea....tak lalu nak makan...bonk teruk...kena buli dengan Basri Ahmad...

On the way balik....melepak dekat Petron Kerling....kaki dua-dua cramp....maklumlah training tak ada..terus kayuh long distance...memang mendapat lah...

Azan Zohor....ada masjid diseberang jalan....dah panas terik dah...tak larat nak kayuh ke Antara Gapi... duduk termenung mengenangkan nasib....hehehehe...

Baraiii teruk kali nie....lain kali training dulu baru kayuh endurance....

Loop ini perlu dicuba lagi lain kali.....bila dah mendapat kekuatan....

Saturday 7 December 2019

Nite Hiking @Bukit 2Hinggit - 7 December 2019

Hiking santai-santai di Bukit 2Hinggit, Bukit Beruntung sambil layan pemandangan di waktu malam. Dah lama tak hiking, maklumlah banyak hutan simpan yang ditutup sehingga awal tahun depan disebabkan oleh faktor cuaca serta keselamatan. Tak plan pun sebenarnya nak naik, sepontan jea Josh highlite dalam group terus decide ON. Josh,Nuar, Afitz, Mie Cha, Mat Mir serta Babat Jr. pun follow naik dalam gelap-gelap. Tak ada sinaran bulan malam nie, suasana gelap serta dingin.

Hike start pukul 10.30 dan turun pada pukul 12 tengah malam serta minum kopi sambil masak keropok di atas puncak.

\
Main masak-masak.....lepak sambil berborak disebabkan dah lama tak berjumpa...masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing....

Terang betul lampu yang Mat Mir bawak....cerah suasana...

Goreng keropok.....layan...

Tak ada orang malam nie yang naik....hanya kami sahaja...kalau tidak ramai jugak yang lepak kat sini terutama malam minggu...

Pemandangan sekitar Bukit Beruntung di waktu malam... bersinar dan bercahaya...
Jumpa lagi di event tahun depan....3 bulan kebelakangan ini sibuk dengan urusan kerja...banyak event yang dah daftar tak dapat pergi disebabkan kurang latihan... in sya Allah tahun depan nak fokus balik...

Wednesday 20 November 2019

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2019 - 17 November 2019

Larian di pekan di raja Kuala Kangsar sempena Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah. Ini merupakan penganjuran kali ke-3 dan sememangnya ditunggu-tunggu oleh setiap peserta. Penyertaan seramai lebih kurang 10,000 peserta dan "sold out" hanya dalam tempoh 2 jam sahaja. Memang seperti pisang gorang panas. Bernasib baik apabila berjaya untuk mendaftar walaupun beberapa kali mencuba.

Larian di sekitar pekan Kuala Kangsar dengan suasana kampung yang mendamaikan. Antara penganjuran yang mendapat sokongan serta kerjasama dari penduduk setempat menjadikan acara ini cukup meriah dan cukup istimewa. Penglibatan penduduk di sekitar secara sukarela dengan pelbagai persembahan kebudayaan serta tradisional cukup mengambarkan bertapa berbezanya acara ini dari yang lain. Flag off telah dirasmikan oleh baginda sultan Perak dan selepas itu telah diadakan acara pertunjukan oleh pihak Bomba & Penyelamat di Sungai Perak.

Bertuah dapat menyertai event pada tahun ini....antara acara yang lain daripada yang lain...

Dah lama tak menambah koleksi medal untuk tahun ni...

Solo jea berlari...tapi ditemani oleh family yang sentiasa memberikan sokongan...

Flag off untuk acara 15km pada pukul 6.50 pagi....terlambat untuk sampai di garisan permulaan....berlari selepas 10 minit peserta dilepaskan... 

Antara tarikan menarik semasa berlari....berhenti di pusat kraftangan bagi pembuatan labu sayong....

Layan tengok persembahan tradisional daripada penduduk kampung....

Lepak ambil gambar dulu....persembahan dari penduduk kampung...

Gerai makanan tradisional....pelbagai kuih muih untuk peserta...

Permainan congkak juga dipertunjukan....ada juga peserta yang singgah untuk bermain bersama penduduk kampung...

Berlari di sawah bendang....ramai peserta yang bergambar di sini dengan suasana indah di sawah padi di waktu pagi....

Water station di tepi Sungai Perak..... ramai peserta berhenti di sini sambil sambil lepak dan makan...


Di sini juga merupakan tempat persembahan dari pihak Bomba & Penyelamat bagi operasi menyelamat di dalam air sambil menggunakan unit helikopter Bomba sebagai pertunjukan...orang ramai berkumpul di awal pagi bagi melihat demostrasi ini...

Bermula dari sini juga...peserta mula beratur panjang untuk mengambil minuman air buah kelapa yang disediakan....disebabkan terpaksa beratur panjang dan sememangnya bukan pengemar air kelapa...maka larian diteruskan sehingga menuju ke garisan penamat....

Jambatan yang menyeberangi Sungai Perak....

Bergambar dulu....baki larian masih tinggal 3km jea lagi....

Tidak melepak terlalu lama...disebabkan family sedang menunggu di finishing line...sampai di garisan penamat pada pukul 9 pagi...tetapi terpaksa beratur panjang sekali lagi untuk mengambil baju finishing...terpaksa beratur selama lebih kurang 40 minit bagi mengambil baju di dalam Dewan Jubli Perak....mungkin tahun akan datang, situasi ini boleh diperbaiki supaya tempoh beratur ini dapat dikurangkan...

Sasaran di bawah 2 jam tidak berhasil.....ini pun sudah cukup bersyukur disebabkan berjaya menghabiskan larian tanpa sebarang kecederaan atau cramp....maklumlah sudah lama ditidak berlari...latihan pun kurang....

Ini merupakan penyertaan kali pertama di Kuala Kangsar....jika dulu pernah berkayuh jamboree di sini... tahun depan pasti akan mendaftar sekali lagi disebabkan keseronokan berlari di sini...lain daripada yang lain.....harap-harap masih berpeluang pada tahun  hadapan...in sya Allah...

Sunday 27 October 2019

Bukit Beruntung Loop (47Km) - 26 October 2019

Kayuhan santai mengelilingi Bukit Beruntung bermula di Pulapol Bukit Sentosa menuju ke Masjid Perodua-Sungai Choh-Serendah-Antara Gapi-Batang Kali-Rasa-Bukit Sentosa semula. Kayuhan santai setelah sebulan lebih tidak berkayuh roadbike akibat jatuh di Fraser Hill pada bulan lalu. Berhenti bersarapan pagi di Antara Gapi sambil lepak dengan geng-geng Gapi yang sudah lama tidak berjumpa. Namun apabila sampai di Bukit Sentosa, tayar basikal hadapan bocor. Berhenti lepak di bawah pokok sambil menukar tiub yang baru. Nasib baik cuaca mendung dan berangin.


Lepak di restoran Antara Gapi sambil bersarapan pagi.....cuaca mendung pada pagi nie... sesuai untuk berkayuh....

Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa (Pulapol) sesak dengan kenderaan... terdapat majlis penutupan latihan pada pagi nie.... ramai sanak-saudara yang datang....sempat berbual dengan sebuah keluarga dari Terengganu yang datang untuk melihat anak perempuan mereka yang ditauliahkan sebagai Polis Di Raja Malaysia... Tahniah kepada semua...

Bersama Anas kali nie....dah lama tak berkayuh bersama...

Lepak dengan geng-geng Gapi....Mie Cha, Basri dan Abun.....

Dah lama tak berjumpa dengan Abun....sejak dia sibuk dengan kerja...sudah jarang kayuh bersama...

On the way balik.....basikal pancit pulak dekat Widuri....lepak tepi pokok sambil tukar tiub yang baru...

Sepanjang main basikal road bike....ini kali pertama tukar tiub time berkayuh.... jarang basikal pancit time kayuh tapi tuanya yang pancit,selalu....nasib baik skill tukar tiub masih ada.....

Distance dapat 47km jea....jadi lah..sebab dah lama tak berkayuh....ini baru datang mood...kalau tidak memang malas nak berkayuh....

Next time...plan nak kayuh ke Tanjung Malim pulak....dah lama tak bersarapan pagi di sana....

Saturday 26 October 2019

Kayuhan Otai @SKC Trail - 20 October 2019

Kayuhan bersama otai-otai mountain bike Bukit Beruntung di laluan SKC bermula dari Kedai Ajis menuju ke Rasa dan kemudian menyusuri aliran Sungai Selangor sehinggalah ke Bukit Beruntung Golf Club. Lebih kurang 30 orang pengayuh bersama-sama berkayuh santai sambil mengeratkan tali silaturrahim sesama rider. Ada antara yang masih tetap berkayuh sejak dulu dan ada juga yang aktif semula setelah lama mengantung basikal.


Berkumpul di kedai Ajis dahulu untuk bersarapan pagi sebelum memulakan kayuhan...

Kayuhan menuju ke Rasa dengan laluan dragon back....
Bersama Tuan Haji Azham....sudah lama tak berkayuh bersama....

Otai Audax.....Pak Enal....bukan calang-calang rider.....1000Km Audax dah 2 kali khatam...

Rider-rider SCT.....

Josh....dah lama tak masuk offroad katanya....

Salah satu cabang Sungai Selangor.....air keroh disebabkan hujan yang kerap turun sekarang nie...

Otai Nazmi.....dah layan touring sekarang nie.....katanya nak touring dekat New Zealand tahun depan...



Pit stop dulu....sebelum masuk ke laluan offroad menuju ke SKC....

Lepak dulu...kayuh santai-santai jea....tak ada apa yang nak dikejarkan....


Rehat dulu.....sambil tunggu rakan yang lain sampai...

Climbing dragon back di MK Land....first time kayuh kat laluan ini...boleh tahan mencunggap kat sini....

Laluan ini sesuai untuk buat latihan mendaki.....boleh tahan pacak dekat sini...

Jadilah...34Km jea....asalkan dapat jumpa dengan rakan-rakan lama....seronok dapat berkayuh semula dengan otai-otai...

Next time ke buat kayuhan lagi.....kena kumpulan semua rider-rider yang ada di sekitar Bukit Beruntung.....