Tuesday 30 April 2013

Kayuhan Mencari Hassan..... 28 April 2013

Kayuhan Mencari Hassan......??? Sarjan Hassan ke?? ini bukan zaman perang Jepun, Hassan Ali ke??? ini bukan cerita lompat-lompat dekat blog politik...., Hassan Merican??? ini bukan cerita pasal harga minyak....tapi hanya lah Hassan BB7 yang merancang akan melangsungkan perkahwinan anaknya pada bulan hadapan.  

Sempena hari persandingan tersebut, satu kayuhan fun ride telah dirancang bagi meraikan keluarga pengantin. Kayuhan pada kali ini adalah untuk menguji trek yang disediakan bagi memastikan keadaan laluan selamat dan sesuai untuk semua golongan. Jarak kayuhan sejauh 35kilometer dengan laluan singletrek, pendakian, downhill serta laluan teknikal yang akan menguji kekuatan mental dan fizikal peserta.


Babat-Basri-Josh-Bart Anthem-Kulaan-Anaz-Abun-Hasuat

Singletrek Widuri....

Laluan teknikal...banyak akar kayu serta lopak air...


Pendakian....

Downhill pulak...

Lepak dulu di laluan menuju Bukit Tagar....

Kawasan berhampiran Bukit Beruntung Golf Club....


Laluan road.... cuaca panas terik...

Pendakian tarmac yang panjang serta memenatkan...

Pemandangan BB Golf Club....

Downhill tarmac....

Laluan yang sudah lama tidak dilalui....last berkayuh di sini pada tahun 2009....menjadi kenangan...


Laluan yang menarik....tidak seperti dulu...  

Pokok tumbang.....

Kawasan terbuka....laluan lapang dan berpasir...



Pemandangan disekitar Bukit Beruntung.....

Menuju ke Kiosk Ajiz....laluan penuh dengan bendera parti yang bertanding....kehangatan pilihanraya terasa....

Banyak pendakian....mungkin perlu di "adjust" semula kerana kayuhan nanti berbentuk fun ride... 

Laluan sejauh 35km.....


Tuesday 23 April 2013

Prima Beruntung~Sg. Buaya Ride - 21 April 2013

Minggu ini berkayuh di kawasan Prima Beruntung setelah sekian lama tidak berkayuh di sini. Seramai 24 orang pengayuh menyahut cabaran pendakian berbukit pada kali ini. Cuaca yang agak panas pada hari ini sedikit sebanyak telah mencabar mental dan fizikal setiap pengayuh.

Walaupun jarak kayuhan hanya 25km tetapi azabnya cukup terasa. Kayuhan road sejauh satu kilometer menyusuri Tesco Distribution Bukit Beruntung dan seterusnya memasuki laluan offroad kelapa sawit serta pendakian di lereng-lereng berbukit.

PRCC-SCT-KTR-SBCC


Bergambar dulu sebelum memulakan kayuhan....

Berkumpul di Restoran Thaqwa Corner di kawasan perniagaan Adenium....

Laluan road di hadapan Tesco Distribution....
 
Terowong Highway PLUS menuju offroad....

Kayuhan offroad bermula....

Pemandangan Highway PLUS.....

Rehat dulu....


Di puncak bukit.....

Downhill menuju perkampungan Orang Asli Bukit Manchong.....



Perkampungan Orang Asli Bukit Manchong.....

Pendakian di menara TNB....



Laluan offroad menuju Felda Sungai Buaya.....



Lepak dulu setelah penat berkayuh dalam cuaca panas terik....

Berhenti rehat di gerai makan....dah jadi macam khemah parti politik, maklumlah sekarang ini masa untuk pilihanraya....jangan lupa MENGUNDI.....


Jarak keseluruhan hanya 25km jea.....


Sunday 14 April 2013

PKNM Mini Jamboree Ride 2013 - 14 April 2013

Minggu ini berjamboree lagi di MITC,Air Keroh Melaka sempena kayuhan PKNM Mini Jamboree Ride 2013 yang telah dianjurkan oleh Tasik Utama Cycling Club (TUCC) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM). Bermula di perkarangan bangunan PKNM, seramai lebih kurang 560 pengayuh menyambut cabaran kali ini.

Kayuhan sejauh 35km dengan melalui trek ECC Burung Hantu tahun lepas memang cukup memuaskan. Jika sebelum ini hanya berkayuhan di laluan dalam keadaan gelap tetapi kali ini dapat melihat suasana sebenar berkayuh di siang hari.

Distance : 34.7 Kilometer
Moving Time : 2 hours 19 minutes
Stopped Time : 20 minutes 6 seconds
Max Speed : 47.1 km/hour
Moving Avg : 14.9 km/hour




Perkarangan bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)....

Geng Mastana.........

Kayuhan bermula pada pukul 8.40pagi dan telah dilepaskan oleh Ketua Menteri Melaka...

Laluan road....

Offroad.... climbing bermula...


Tolak...tolak....tolak...



Traffic jam....tersangkut di laluan ini lebih kurang 20 minit....

Menunggu giliran...aduuuhhh...lambatnye...


Yang tak sabar turun melalui tebing....

Ini bukan race.... ini jamboree....


Laluan yang sememangnya tak boleh nak kayuh....

Tebing yang curam ini menyebabkan berlakunya kesesakan....

Laluan terbuka bersebelahan dengan highway PLUS....

Laluan road menuju finishing line....



Sampai di finishing line....

Selesai kayuhan sejauh 35 kilometer.....

Puncak paling tinggi...di kilometer 11.28 iaitu 348ft...

Laluan trek ECC Burung Hantu memang menarik...