Sunday 28 August 2016

Cyberjaya Night Duathlon 2016 - 27 August 2016

Cyberjaya Night Duathlon merupakan duathlon yang kelima untuk tahun ini selepas Powerman Asia Championship, Putrajaya Duathlon, Kerian International Duathlon dan Cyberjaya Duathlon. Kali ini berlainan sedikit, duathlon pada waktu malam yang sememangnya berbeza dari kebiasaannya.

Bertempat di Setia Eco Glade Cyberjaya Gallery, acara ini dianjurkan dengan jayanya. Pengurusan di sepanjang acara berjalan dengan teratur dan lancar. Walaupun laluan untuk First dan Second Running adalah sama walaupun sepatutnya berbeza dari segi jarak dan laluan, namun atas nasihat daripada pihak PDRM telah terpaksa ditukar pada saat akhir. Namun begitu, ia tidak menganggu perjalanan acara ini dan masih tetap terbaik.....


Duathlon yang ke-5 untuk tahun ini....tetapi kali ini berlainan sedikit disebabkan diadakan pada sebelah malam....memang teruja suasana yang agak sedikit gelap dan suram di sekitar Cyberjaya....

Bike Check-In pada sebelah petangnya semasa mengambil goodies....

Masih ramai lagi yang masih belum meletakkan basikal di kawasan transition area....tempat yang disediakan agak luas dan dikawal sepenuhnya oleh marshall....

Nombor bertuah untuk kali ini.....masuk kategori Men Junior Veteran...

Basikal tidak hanya dihadkan kepada roadbike sahaja....mountain bike dan folding bike juga dibenarkan.... 

Disebelah malamnya....sebelum acara bermula...ramai peserta telah berkumpul di kawasan galeri Setia Eco Glade Cyberjaya....senaman pemanasan badan diadakan dengan instructor dari Fitness First sebagai salah satu sponsor...  

Sponsor dari Red Bull....setin air redbull kepada semua peserta bagi menambahkan tenaga....

Berjumpa dengan Umar ARB di garisan permulaan....

Sempat berselfie dulu....

Bersedia di garisan permulaan...dianggarkan seramai lebih kurang seribu orang peserta pada malam ini...terdapat juga peserta antarabangsa yang bersaing dengan peserta tempatan...

Tamat larian.....tak ada gambar selepas berlari sebab bateri handphone habis....
 
 Unofficial time untuk first running.....

Unofficial time untuk bike course sejauh 22km....bearing BB jammed sepanjang kayuhan...ini lah akibatnya kalau dah lama tak kayuh basikal sebab asyik berlari jea...terasa berat basikal dan bunyi bising semasa berkayuh...mula-mula ingatkan brake pad bergesel dengan rim tapi pelik masa tak kayuh bunyi tuu hilang...rupa-rupanya BB yang berbunyi....nasib baik dapat juga menghabiskan kayuhan...

Kayuhan sejauh 22km di sekitar Cyberjaya.....laluan landai dan sedikit pendakian....

Masa tak rasmi untuk second running.....
Sememang duathlon pada waktu malam terdapat kelainan...in sya allah, kalau ada lagi pastikan akan sertai lagi....

Tuesday 23 August 2016

myBuddies Run 2016 - 21 August 2016

Sebenarnya tak penah dengar pun pasal larian ini, namun kebetulan ada event larian "Puma Night Run" di Shah Alam pada malam sebelumnya dan merancang untuk stay di Cyberjaya, terus sahaja register untuk event ini "myBuddies Run". Event ini dulunya dikenali sebagai "Larian Sehati Sejiwa" dan telah dianjurkan oleh MYNIC Berhad yang merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia. Terbahagi kepada tiga kategori iaitu larian 10Km, 5Km dan 3Km.

Walaupun keletihan disebabkan berlari pada malam sebelumnya, namun layan jea laaa...lari-lari anak jea...asalkan sampai di garisan penamat. Sebenarnya faktor penarik untuk event ini adalah hadiah lucky draw yang disediakan iaitu sebuah kereta Proton Iriz dan beberapa buah basikal.


Larian kedua di Cyberjaya untuk tahun ini setelah Twincity....sememangnya laluan di Cyberjaya lebih selesa disebabkan tidak banyak kenderaan terutama di waktu pagi....
 View dari Drone...terbaik gambar nie...


Woow.....view atas kepala....terbaik...

Acara senamrobic terlebih dahulu untuk memanaskan badan....lebih kurang 8000 orang peserta pada pagi ini yang terdiri daripada kategori 10km,5km dan 3km.....

Selfie dulu sebelum berlari....solo jea kali ini....ada yang bertopeng tutup mata...dah macam "zoro" pulak....

Bergerak ke garisan permulaan....flag off pada pukul 7.15 pagi....

Mana yang dapat  t-shirt event boleh lah pakai time berlari...tapi macam aku ini, terpaksa lah pakai second design punya t-shirt sebab t-shirt dah habis..."pelik kan???"...dulu time Twincity pun jadi macam nie jugak, janji nak post selepas event...sampai kesudah tak post2 pun....lebur, halalkan jea laah....harap-harap kali ini post lah seperti yang dijanjikan...




Tamat larian sejauh 10km....

Alhamdullilah....selamat sampai....

Semakin ramai peserta yang telah mula sampai....cuaca pagi ini mendung tanpa pancaran mentari....

Air mineral dan buah apel setelah tamat berlari....


Letih.....nak balik hotel dah....malas pulak nak tunggu lucky draw.....

Pentas utama....pelbagai acara diadakan...meriah....tapi tak tunggu lama..terus balik hotel...sambung tidur...

Terbaik....mee hoon goreng dimasak terus...panas2 baru sedap nak makan....tapi yang beratur ambil makanan panjang macam keretapi.....


Banyak medal running jea tahun nie....medal basikal kurang....


Jarak sejauh 10km.....santai dan relax jea....

Saturday 20 August 2016

Puma Night Run 2016 - 20 August 2016

Puma Night Run 2016 datang kembali, tetapi kali ini di bandaraya Shah Alam iaitu di Dataran Kemerdekaan Shah Alam setelah bermandi hujan Setia Alam Convention Center pada tahun lepas. Jika tahun lepas berlari di dalam hujan lebat dengan kilat sambung menyambung sehingga menyebabkan pembatalan acara perlumbaan, namun kali ini lebih bernasib baik. Hanya terdapat satu kategori sahaja iaitu 10km bagi Men Open dan Women Open.

Namun laluan di sekitar Shah Alam agak sibuk dan sesak dengan kenderaan serta kadang-kadang menyukarkan untuk peserta berlari di laluan yang sempit. Dengan jumlah peserta yang ramai, lebih kurang 8000 orang telah menyebabkan kesesakan yang teruk di sekitar bandaraya Shah Alam.


First time berlari di bandaraya Shah Alam....tak sempat nak ambil gambar semasa starting line sebab terlambat sampai...masa sampai first wave runner dah berlari....terpaksa mencelah-celah diantara pelari second wave....

Traffic jam teruk di sekitar bandaraya Shah Alam....rasanya macam tak berapa sesuai acara larian ini di Shah Alam terutama semasa waktu puncak di malam minggu....

Kadang-kadang terpaksa memberikan laluan kepada kenderaan lain yang ingin bergerak disebabkan kesesakan yang teruk....minta maaf kepada penduduk Shah Alam diatas kesulitan.....

Larian Mizuno Wave Run juga akan diadakan di sini pada bulan October nanti....namun acara ini akan bermula pada tengah malam...mungkin dapat mengurangkan kesesakan dan keselamatan peserta lebih terjamin.... 



Tamat larian....collect minuman dan makanan.....


Pisang.....jadi lah untuk mengalas perut....



Pentas utama....acara berhenti seketika....tumpuan peserta bukan di pentas tetapi di screen besar disekitar bagi menyaksikan perlawanan akhir badminton Olympic antara Dato' Lee Chong Wei dan Chen Long...

Semua peserta tertumpu di semua screen besar di sekitar dataran....


Balik awal...esok pagi nak lari lagi....

Peserta yang baru sampai....


Koleksi medal larian yang seterusnya untuk tahun ini.....

Sekadar mampu.... 

Official time....