Sunday 7 August 2016

Standard Chartered KL Marathon 2016 - 7 August 2016

Standard Chartered KL Marathon 2016 merupakan event marathon yang terbesar setakat ini di Malaysia. Jumlah peserta keseluruhan mencecah seramai 35K orang yang terdiri daripada pelbagai negara dan merupakan event yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh semua pelari di seluruh dunia. Jika tahun lepas event ini terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir akibat daripada masalah jerebu yang melanda negara ketika itu. Untuk tahun ini, yuran peserta yang mendaftar pada tahun lepas telah dikurangkan dan keutamaan slot diberikan kepada mereka terlebih dahulu sebelum dibuka kepada peserta lain. Alhamdullilah, berjaya mendaftar sebelum slot kehabisan.

Hanya mampu untuk acara 10km sahaja setakat nie, in sya Allah akan dipertingkatkan jika berkemampuan nanti. Peserta full marathon telah dilepaskan pada pukul 4 pagi dan haft marathon pada pukul 5.30 pagi. Untuk kategori 10km, pelepasan pada pukul 6.45 pagi dan seterusnya kategori 5km, 3km dan 1km untuk kanak-kanak.

Pelepasan untuk kategori 10km telah dilakukan di hadapan Shopping Complex Sogo dan berakhir di Dataran Merdeka.

Di antara acara yang sememangnya ditunggu-tunggu pada tahun ini.....

Berkumpul di hadapan Shopping Complex Sogo seawal jam 6 pagi....ramai peserta berada di garisan permulaan....

Flag Off pada pukul 6.45pagi...untuk kategori 10km Speed....dan 7.15pagi untuk leisure...

Kategori 10km merupakan penyertaan paling ramai iaitu 15k kesemuanya....


Jarak sudah 7km....menuju ke Jalan Kuching dan seterusnya ke Bulatan Bank Negara...membelok ke Padang Merbok-Tasik Perdana-Masjid Negara dan seterusnya ke Dataran Merdeka....

Berlari bersama dengan peserta haft marathon....


Menuju ke finishing line.....

Alhamdullilah.....selamat sampai...


Collect medal dan makanan....

Sebagai permulaan....in sya allah tahun depan akan masuk haft marathon pulak....


Ramai peserta membanjiri Dataran Merdeka....sesak dengan lautan manusia....

Tidak menunggu lama...bergegas balik ke hotel....sebab tengahari ada kenduri kahwin di Sabak Bernam....


Jumpa lagi SCKLM tahun hadapan....

Jalan Raja Laut.....

Masih ada lagi peserta acara fun run yang masih belum menghabiskan lagi larian....

Pertama Complex merupakan shopping complex yang masih kekal sehingga ke hari ini....dulu tempat ini merupakan tempat untuk mencari segala barang keperluan....masih terkenal sehingga ke hari ini....

Medal sebagai kenangan untuk tahun ini.....

Cukup sekadar yang mampu.....

Jarak sejauh 10km sahaja.....tahun depan cuba 21km pulak....
Laluan 10km...Jalan Tunku Abdul Rahman-Jalan Dang Wangi-Jalan Ampang-KLCC-Jalan Sultan Ismail-Jalan Kuching-Bulatan Bank Negara-Padang Merbok-Tasik Perdana-Masjid Negara-Dataran Merdeka....

Berpeluang mengambil gambar untuk peserta haft marathon pada pukul 5.30 pagi apabila mereka berlari di hadapan hotel....

Konvoi marshall di barisan hadapan....

4 pelari Kenya mendahului semua peserta....dah macam kuda dia orang nie berlari....

Diikuti dengan peserta yang lain dengan perbezaan jarak lebih kurang 15meter....




Peserta semakin ramai....dianggarkan lebih kurang 10 ribu peserta yang menyertai haft marathon....




 Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.....

No comments:

Post a Comment