Saturday 11 March 2023

Kayuhan sebelum puasa @Serendah Loop - 4 March 2023

Berbaki cuti semester yang hanya tinggal 2 minggu lagi digunakan sepenuhnya untuk berkayuh road di kawasan Bukit Beruntung. Kali ini membuat Loop Serendah berbanding Loop KKB pada 2 minggu yang lepas. Jarak kayuhan yang pendek disebabkan terdapat urusan kenduri kahwin pada tengaharinya dan perlu balik awal. Walaupun cuaca hari ini mendung dan redup memang sesuai untuk berkayuh. Angin bertiup nyaman tanpa sinaran matahari membuat kayuhan agak bertenaga kali ini. Macam biasa, berkayuh dengan Hanazli yang sememangnya pun ada kenduri kahwin pada hari ini. Maklumlah cuti sekolah sekarang ini, ramai yang mengambil peluang sebelum tiba bulan Ramadhan nanti.

Kayuhan berdua yang bermula di PULAPOL Bukit Sentosa menuju ke Serendah melalui jalan belakang E9 Perodua iaitu menyusuri Kawasan UMW High Value Park (UHVP). Sepanjang kayuhan, tidak terserempak dengan ramai pengayuh, hanya seorang dua sahaja semasa di Serendah. Berhenti untuk bersarapan pagi di Antara Gapi sebelum menyambung semula kayuhan. Seperti biasa, kayuhan pulang di laluan Rasa-Bukit Beruntung sememangnya mencabar jika kurang stamina. Memang putus nafas dibuatnya, tetapi nasib baik cuaca mendung dan belum panas terik lagi.   


Santai jea...minggu depan tak free nak kayuh....ambil anak dekat asrama...minggu jea dapat kayuh...next time ingat nak kayuh Genting Sempah sebelum puasa...

Best kayuh hari ini....nyaman dan berkabung...lagi pun mendung sepanjang kayuhan...

Best kayuh hari ini...

Tepi jalan raya punnak bergambar...berhenti rehat kejap depan Petron Rasa...plan nak ke KKB tapi tengok masa macam tak sempat jea....masa terhad hari ini...

Lencong ke Rasa sahaja....next ride baru ke KKB....masa tak mengizinkan....

Anas,,,, training untuk OCBC Ride minggu depan dekat KL....tak dapat join sebab ambil anak habis SPM dekat Pekan...

Tengok pun dah sayup-sayup jea jalan ini...tapi nasib baik redup tak panas....ada semangat sikit nak mendaki....


Tak banyak kenderaan hari ini...tenang berkayuh ..tapi kadang-kadang laju-laju juga kereta... bas terutama "Smart Selangor" memang slow kalau nampak rider sedang berkayuh.... respect dekat driver bas...

Mileage kurang kali ini....

Jadilah....Loop Serendah...lain kali kayuh lagi.... tengah mengintai-intai event century ride selepas raya nanti...dah lama tak berkayuh jauh-jauh....next semester cuti awal sebab subject tak banyak...boleh kayuh lebih sikit....

Wednesday 8 March 2023

SBCC Croco Ride 1.0 @ Sungai Buaya - 26 February 2023

 

Kayuhan santai selepas MCO di Sungai Buaya sempena SBCC Croco 1.0 Ride. Acara yang dianjurkan oleh kelab Sungai Buanya Cycling Club (SBCC) bagi meraikan rakan-rakan basikal yang sudah lama tidak berkayuh di sini semenjak ketiadaan Otai Jamboree. Trail di Sungai Buaya sememangnya pelbagai, ada single trail, laluan di celah-celah pokok getah, mendaki bukit bersemak-samun dan menyusuri ladang kelapa sawit. Penganjur menghadkan jumlah penyertaan tidak lebih daripada 200 orang. Mendaftar di saat-saat akhir, walaupun nyaris-nyaris tidak dapat slot. Kali ini first time berkayuh dengan Babat Jr. @Danish yang selama ini berhajat sangat untuk masuk jamboree. Ini merupakan kayuhan offroad yang pertama untuk Danish, walaupun dah berjanji untuk berkayuh bersama tetapi hanya nampak kelibatnya dipermulaan kayuhan, namun ketika memasuki laluan offroad, terus hilang entah kemana.

Laluan memang menyeronokan walaupun minta nyawa ketika mendaki bukit terutama selepas memasuki kawasan Felda Sungai Buaya. Akibat dah lama tak kayuh offroad semenjak sambung belajar ini, menyebabkan kayuhan terasa perit dan memenatkan. Laluan berselut serta lecah disebabkan hujan yang kerap turun sejak kebelakangan ini. Banyak lopak-lopak air yang perlu dielak semasa berkayuh. Support dari mashall memang terbaik. Ramai marshal geng-geng SBCC yang terlibat menjaga di water station serta persimpangan jalan. Terdapat juga laluan yang telah berubah disebabkan pokok disekelilingi semakin membesar dan ada juga laluan yang telah dibersihkan untuk tujuan pembangunan.

Diharapkan ada jamboree selepas ini, setelah sekian lama menyepi tanpa kayuhan Otai. Dulu tak dapat join sebab belum cukup umur lagi. Sekarang ini dah terlebih cukup pulak.


Event pertama berkayuh dengan Danish @Babat Jr..... dah minta register untuk event yang lain selepas ini...

Laluan tarmac lebih kurang 2km sebelum memasuki laluan offroad....santai-santai jea...

Fuuuhhhh...awal lagi untuk pewaiii....

Tak banyak gambar yang diambil semasa kayuhan....rasa malas pulak nak bergambar...fokus pada kayuhan sahaja....maklumlah dah lama tak berkayuh....nafas memang semput...

Antara bukit yang tinggi.....climbing sampai puncak....selepas tuuu layan downhill sehingga ke water station 1....

Danish dah sampai awal....habis kena tinggal dengan anak....janji nak kayuh sama-sama...hampeh....

Baru sampai finishing line.....hari dah panas....kuda tua baru sampai....alhamdullilah, berjaya juga sampai tanpa kecederaan...

Bapak dengan anak bergambar bersama....first time masuk event bersama....lepas ini akan banyak lagi event bersama akan disertai...

Wife yang sentiasa support hobi ini sejak dahulu lagi.....

Permulaan event untuk berkayuh semula selepas menyepi semasa MCO....tapi kali ini bergantung kepada kelapangan masa sebab class belajar akan bermula tidak lama lagi....

Event yang terbaik dari pihak SBCC.....next time akan join lagi....terima kasih semua....persiapan yang mantap serta teratur....

Friday 3 March 2023

Kayuhan Semester Break @KKB Loop - 19 February 2023

Setelah sekian lama tidak meng”update” blog Prima Riders ini disebabkan oleh kekangan masa dan sibuk dengan urusan kerja. Lagi pun segala aktiviti outdoor telah diberhentikan semenjak bulan October tahun lalu disebabkan sambung belajar dan tiada lagi masa pada hujung minggu selain class online atau pun class face 2 face. Minggu ini semester break sebelum masuk semula ke semester-2 sehinggalah bulan puasa nanti. Cuti yang ada ini digunakan sepenuhnya untuk aktiviti yang berfaedah serta tertangguh sejak sekian lama. Bila masa kayuh sudah tiada terasa gian pulak nak kayuh. Namun, kadang-kadang disebabkan kesibukan assignment yang perlu dihantar, terlupa sementara segala aktiviti yang pernah dilalui dulu. Tapi tak mengapa, hanya tingga satu setengah tahun sahaja lagi. Nanti bila dah habis, boleh kayuh tiap-tiap minggu semula.

Kayuhan kali ini boleh dikatakan sebagai kayuhan pembuka tirai tahun 2023 walaupun dah masuk bulan February dah. Setelah hampir 5 bulan tidak berkayuh, kali ini kayuh santai dari Bukit Beruntung ke Kuala Kubu Bahru. Partner kayuhan seperti biasa, Hanazli. Kaki masih lembik disebabkan dah lama sangat berehat. Kayuhan roller coster semasa balik di Rasa sememangnya cukup memeritkan dalam cuaca panas. Dah lama lenggan tak berbelang. Angin bertiup kuat pagi ini. Terasa berat basikal melawan rintangan angin.  


Rasanya dah lama tak berkayu sampai ke Antara Gapi.....

Melalui kawasan perindustrian UMW High Value Park....berhampiran dengan kilang kereta Perodua...kawasan ini merupakan kawasan pembangunan industri AeroAngkasa oleh pihak UMW...

Santai jea laaa kawasan pagi-pagi nie....

Berhenti untul bersarapan pagi di Antara Gapi....lepak makan dulu sebelum meneruskan kayuhan ke KKB....

Laluan Ampang Pecah....dekat semak tepi jalan bergambar semata-mata view signboard "Fraser Valley" dekat belakang tuu...tapi tak berapa jelas sangat...


Sampai di pekan KKB....banyak kenderaan hari ini...maklumlah cuti sekolah baru bermula minggu ini...

Pit stop.....Petronas Jalan KKB menuju ke Tanjung Malim.... lepak refill air dulu....angin bertiup kencang....

Terserempak dengan geng-geng kalajuan....tak boleh nak follow...kita santai-santai jea....

SIRIM Rasa.....cuaca semakin panas.....


Dah lama tak berposing gambar berdua macam nie....pelan-pelan kayuh jea.....

Tengok laluan ini pun naik ngeri....cuaca panas ketika ini....memang minta nyawa....dah lama tak mendaki di sini....memang putus nafas...

Nampak gerai air mangga tepi jalan memang tak fikir panjang....berhenti dan minum....fuuuuhhh nikmat...

Mileage 64km jea.....jadi lah sebagai permulaan....cuti yang terluang ketika ini perlu digunakan sepenuhnya, kalau dah start belajar memang tak ada peluang laaa nak berkayuh....assignment memang melambak... 

Next time repeat lagi.....ini merupakan loop favorite kalau nak kayuh santai-santai...nak padu, kayuh sampai ke warung misteri Tanjung Malim....baru ada rasa....