Monday 31 March 2014

Khazanah Alam MTB Jamboree 2014 - 30 March 2014

Khazanah Alam MTB Jamboree 2014 telah berlangsung di Tekam Plantation Resort, Pahang. Acara yang telah disertai oleh seramai lebih kurang 1000 orang dari serata semenanjung. Jarak kayuhan sejauh 47km dengan laluan di dalam ladang kelapa sawit. Memang tidak dapat dinafikan kawasan Jengka merupakan kawasan tanaman kelapa sawit dan trek yang disediakan adalah berbentuk "fast rolling" dan kurang pendakian. Laluan di dalam gua memang menarik kerena jarang berpeluang berkayuh di dalam gua dan ini merupakan satu keunikan semasa berkayuh disini.

Tanda arah yang jelas serta mashall yang ramai di dalam trek terutama dipersimpangan jalan dan di tempat yang agak merbahaya. Water station juga penuh dengan bekalan air serta minuman isotonic dan pisang di water station yang terakhir.
Suasana di tapak acara juga meriah dengan makanan tengahari yang terbaik walaupun tidak dapat menunggu sehingga cabutan lucky draw disebabkan mengejar masa untuk balik ke KL.
Tahniah kepada pihak pengajur diatas penganjuran yang terbaik serta layanan yang mesra dari setiap petugas.....tahun hadapan pasti Jamboree akan dinanti-nanti....

Distance : 47.4 Kilometers
Moving Time : 2 hours 43 minutes
Stopped Time : Zerro
Max Speed : 49.3 km/hour
Moving Avg : 17.4 km/hour

HR Avg : 163
HR Peak : 176
Energy : 2754 kcal
TE : 5.0

Acara jamboree pertama disertai  di negeri Tok Gajah pada tahun ini....

Peserta di garisan permulaan....


Kayuhan bermula pada pukul 7.45 pagi...


Laluan offroad bermula setelah kayuhan road disekitar Tekam Plantation Resort....

Pendakian di ladang sawit.....

Laluan berpasir....susah nak berkayuh disini....ramai rider menolak basikal disebabkan tayar terbenam di dalam pasir.....

Laluan road sejauh 3km sebelum masuk semula ke laluan offroad ladang sawit....


Sayup mata memandang.....

Laluan offroad sawit semula....

Berkayuh di dalam Gua Penyu.....suasana yang cukup menarik...

Ramai rider berhenti seketika untuk bergambar.... 




Sempat bergambar dulu.....

Menarik permandangan di laluan ini....

Check Point serta Water Station yang terakhir....lagi 10km menuju finishing line...

Laluan road menuju Tekam Plantation Resort.....

Memasuki pintu masuk Tekam Plantation Resort.....

Menuju finishing line.....




Selamat sampai.....

Solo rider lagi....


Kayuhan sejauh 47km.....trek yang cukup berpuas hati....

Monday 24 March 2014

Ride with Mastana - 23 March 2014

Minggu ini kayuhan roadbike bersama dengan geng Mastana di Masjid Tanah, Melaka. Kali terakhir berkayuh di Melaka pada November tahun lepas. Laluan kali ini Masjid Tanah-Linggi-Kota-Rembau-Pedas-Rantau-Pasir Panjang-Kuala Sungai Baru-Masjid Tanah. Jarak keseluruhan sejauh 107km dan berkayuh dalam cuaca panas sehingga mencecah 40 darjah. Cukup terasa bahang kepanasan semasa kayuhan serta tiupan angin yang kencang.

Distance : 107.7 Kilometers
Total Time : 5 hours 21 minutes 58 seconds
Total Calories : 2206


Dah lama sangat tak kayuh roadbike....dapat jugak lepas gian....bergaya dengan jersey Mastana...

Cuaca panas....dan berangin...

Pit Stop.....Petronas Rembau....relax dulu, panas sangat...


Relax dulu.....



Kayuhan menuju pulang.....



Laluan di Pasir Panjang.....


Hasil kayuhan pada kali ini....


Masjid Tanah-Linggi-Kota-Rembau-Pedas-Rantau-Pasir Panjang-Kuala Sungai Baru-Masjid Tanah....
Jarak kayuhan sejauh 107km.....

Sunday 9 March 2014

MH Cyclomotion Jamboree Lasak 360 - 9 March 2014

MH Cyclomotion Jamboree Lasak 360 edisi ke-2 telah berlangsung di Kota Warisan, Sepang. Acara ini telah disertai oleh seramai lebih kurang 2100 orang pengayuh. Acara kali ini lebih hebat daripada tahun lepas. Trek yang disediakan memang bersesuai dengan jarak kayuhan dan mungkin sedikit kurang hardcore berbanding tahun lepas. Walau apa pun, tahniah kepada pihak penganjur dengan penganjuran yang terbaik dan mantap.... tahun depan pasti ditunggu-tunggu....

Distance : 31.7 Kilometers
Moving Time : 2 hours 25 minutes
Stopped Time : 16 minutes
Max Speed : 39.9 km/hour
Moving Avg : 13.1 km/hour

HR Avg : 163
HR Peak : 183
Energy : 2866 kcal
TE : 5.0

Penganjuran jamboree yang terbaik setakat ini....

Garisan permulaan....



Bersama Fairuz sekali lagi....

Peserta telah bersiap sedia....

Kayuhan bermula pada pukul 8.10 pagi....

Laluan road bersebelahan rail ERL KLIA......kayuhan road sejauh 5km...

Offroad bermula... traffic jam...




Pendakian....

Climbing lagi....


Puncak 360.....

Pendakian lagi....

Laluan rail ERL sekali lagi...

Downhill di pencawang......

Hampir sampai di garisan penamat....

Menuju garisan penamat....

Selamat sampai....

Puncak paling tinggi...Bukit 360...

Jarak kayuhan sejauh 32km......