Monday 3 March 2014

Thompson Trail (TT7) - 2 March 2014

Minggu ini berkayuh di kawasan tanah tinggi Cameron Highland dengan laluan trek yang tidak asing lagi iaitu "Thompson Trail". Kayuhan kali ini dikenali sebagai "Thompson Trail 7" atau TT7 bersama dengan geng Kayuhbeb. Seramai 30 orang pengayuh menyahut cabaran kali ini. Walaupun ini merupakan kali ke-5 berkayuh disini, namun tetap teruja dengan downhill serta pendakian yang banyak menuju ke puncak Boh.

Terima kasih kepada geng Kayuhbeb yang menganjurkan kayuhan kali ini, walaupun pernah berkayuh bersama pada TT3 pada tahun 2011. In Sya Allah tahun depan akan berkunjung lagi....

Distance : 44.7 Kilometers
Moving Time : 4 hours 15 minutes
Stopped Time : 3 hours 16 minutes
Max Speed : 67.7 km/hour
Moving Avg : 10.5 km/hour

HR Avg : 145
HR Peak : 181
Energy : 6038 kcal
TE : 5.0


Bergambar dulu sebelum memulakan kayuhan....

Bersama Fairuz....

Briefing tentang laluan....

Serta bacaan doa sebelum memulakan kayuhan....

Kayuhan road menuju Ringlet....


Melalui laluan Highway Cameron-Kuala Lipis...

Kayuhan offroad bermula....sekali-sekali dipintas oleh lori serta truck CH yang mengangkut sayuran....

Laluan sudah diturap dengan concrete....agak mudah kayuhan kali ini berbanding dengan sebelumnya...

Check Point.... disini lah tapak persidangan meja bulat semasa kayuhan yang pertama dahulu.... 


Laluan concrete menuju downhill....agak mudah kayuhan kali ini...


Layan downhill concrete....



Downhill offroad bermula....laluan semak serta banyak alur air....

Melintas sungai disebabkan jambatan yang runtuh....

Kesan runtuhan jambatan....

Acara yang biasa dilakukan apabila sampai di perkampungan orang asli.....memberikan gula-gula dan coklat kepada anak-anak orang asli....


Post Monson.....


Highway Cameron-Kuala Lipis....

Acara pendakian pun bermula.....

Pit Stop..... Perkampungan Orang Asli Kuala Boh....

Laluan hutan di Lembah Bertam....

Jambatan besi di Sungai Lembah Bertam....

Perkampungan Orang Asli Kampung Penggen....

Batang pokok yang menjadi kenangan....masih tetap disini....

Pondok rehat di kaki ladang Boh....merupakan Water Station semasa Thompson Trail Fun Ride pada tahun lepas....

Laluan di ladang teh....cuaca agak panas disebabkan sudah lama hujan tidak turun...

Pemandangan indah di ladang teh....

Bukit Meluat....menuju ke kedai Achi....

Tempat kenangan.....tempat bergambar setiap kali berkayuh di sini...

Menuju puncak Boh.....bangunan sudah kelihatan...menandakan sudah hampir untuk menamatkan kayuhan....

Bersantai dahulu sebelum downhill road menuju ke kereta....

Nikmat secawan teh tarik panas yang sukar dibayangkan.....

Kepuasan pada diri sendiri....



No comments:

Post a Comment