Sunday 30 November 2014

Selangor MTB Challenge 2014 - 30 November 2014

Selangor Mountain Bike Challenge 2014 muncul kembali setelah menyepi hampir selama 2 tahun. Kali ini bertempat di Tasik Biru, Kundang, Selangor, seramai lebih kurang 600 penyertaan kali ini dengan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Men Open, Women, Junior, Veteran dan Open Selangor.  

Laluan yang disediakan berbentuk tarmac di awal kayuhan dan seterusnya laluan offroad disekitar Kuang menuju Rawang serta Tasik Puteri. Kayuhan di ladang kelapa sawit disekitar lebuhraya Guthrie dengan keadaan trek yang berlumpur serta berselut memang mencabar.


Design Plate Number yang tidak berubah dibanding dengan sebelum ini...

Plate Number Selangor MTB Challenge 2011....
Dulu B-10....sekarang B-26...

Bersama Bro Azemi di starting line....

Jika dulu di Dewan Merdeka Kuang, kini di Tasik Biru Kundang....


Flag off pada pukul 8.30 pagi....

Awal-awal bukit dah pacak....

Ramai yang menolak dari berkayuh....

Tinggi bukit ini...keadaan laluan yang berlumpur serta licin....

Bukit lagi....bersebelahan padang golf Kelab Rahman Putra....


Laluan road di Jalan Kuang-Rawang....

Offroad bermula di ladang kelapa sawit....

Layan climbing pulak....

Laluan road menuju ke Kuang semula.....

Climbing lagi....laluan yang sama seperti tahun 2011....



Bersebelahan Highway Guthrie.....Bukit Lagong...

Menuju finishing line....


Di antara booth sponsor yang ada....Volt 

Berlumpur....sama keadaan pada tahun 2011....

Sempat lagi basuh basikal kat tasik....


Laluan sejauh 34km....

Monday 24 November 2014

Shimano Lekas Highway Challenge 2014 - 23 November 2014

Shimano Highway Lekas Challenge 2014 merupakan penganjuran kali ke-2 oleh pihak pengurusan Lekas Highway. Berpeluang menyertainya setelah terlepas peluang pada tahun lepas. Memang cukup meriah serta hebat. Berkayuh di laluan lebuhraya 3 lorong dengan sebebasnya tanpa gangguan kenderaan bermotor.

Laluan highway ini telah ditutup seawal jam 4pagi sehinggalah pukul 12 tengahari semata-mata bagi memberikan laluan pada acara ini. Cukup meriah dan berjalan dengan sempurna dari segi pengurusan lalu lintas, aturcara majlis, penyediaan makanan dan minuman yang mencukup, lucky draw yang mantap serta medal yang cukup menarik.

Berkayuh seawal jam 6.45pagi dalam suasana yang masih gelap serta berkabus. Seramai lebih kurang 3000 orang mengayuh dalam suasana yang dingin serta menyegarkan. Disepanjang kayuhan, suasana mendung dan berangin. Ini mungkin berpunca daripada hujan yang turun dengan lebat pada sebelah malamnya.


Tahun depan pasti tidak ketinggalan....in sya allah...

Seawal jam 6.45pagi....flag off dilakukan....berada dalam kelompok kedua iaitu tempoh kayuhan 2-3jam...

Bersedia untuk flag off....

Menuju garisan penamat....

Rider yang telah menamatkan kayuhan....




Makanan tengahari....satey kajang...


Penyampaian hadiah kepada pemenang....


Sekalung medal buat kenangan....


Sehingga berjumpa di tahun hadapan....

Sunday 23 November 2014

NS Nature MTB Jamboree 2014 - 22 November 2014

NS Nature MTB Jamboree 2014 kali ini di Tampin pula, setelah berjaya di Jelebu pada awal tahun ini. Bertempat di Stadium Tampin, seramai lebih kurang 700 orang pengayuh menyahut cabaran pada kali ini. Laluan yang disediakan memang mencabar di awal kayuhan kerana terpaksa mendaki bukit sehingga ke puncak, namum ramai yang menolak sehingga ke puncak disebabkan terlalu panjang untuk didaki.

Laluan menuju CP1 memang cukup memenatkan disebabkan pendakian yang panjang. Manakala laluan menuju ke CP2 adalah landai dan sedikit pendakian tetapi banyak masa terbuang di laluan ini akibat kesesakan di dalam trek yang sememangnya tidak boleh berkayuh. Laluan ke CP3 lebih landai dan fast rolling sehingga ke garisan penamat.

Secara keseluruhanya, acara ini berjalan dengan lancar namun terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaiki seperti ketiadaan marshall di dalam trek kerana hanya tertumpu di water station sahaja. Menyediakan air minuman berisotonik di water station (setidak-tidaknya salah satu water station menyediakannya) dan bukan hanya air mineral sahaja. Ketiadaan makanan seperti pisang di water station juga harus dipertimbangan pada masa akan datang. Selain itu kawalan laluan lintas dengan masa yang terhad sahaja terutama di persimpangan traffic light sebelum ke stadium juga harus dipertimbangkan kerana ia membabitkan keselamatan pengayuh.

Distance : 38.5km
Moving Time : 2 hours 54 minutes
Stopped Time : 1 hours 22 minutes
Max Speed : 45.7 km/h
Moving Avg : 12.7 km/h

Event yang ke-2 di Negeri Sembilan untuk tahun ini....

Wakil Prima Riders....
Nuar-Afitz-Is-Babat

Acara bertempat di Stadium Tampin..... ruang acara yang selesa serta tempat letak kereta yang banyak... 



Kayuhan bermula pada pukul 8pagi....dengan kategori race dilepaskan dahulu dan seterusnya jamboree...

Laluan road sejauh 5km sebelum memasuki laluan offroad....

Traffic jam di kawasan penternakan ayam....boleh tahan bau dekat sini...rasa nak pening kepala... 


Menunggu giliran meniti di titian yang usang....

Pendakian yang menyeksakan bermula....

Ramai yang menolak daripada berkayuh.....

Yang kuat mengayuh....yang tak larat, tolak jea....

Sayup kelihatan sehingga ke puncak....tapi masih belum sampai ke puncak lagi....masih jauh pendakian...

Tolak lagi....

Woow...tak habis lagi rupanya....




Tolak...tolak...tolak jea....


Sampai ke puncak akhirnya...Water Station 1....

Pemandangan dari puncak....lepas ini layan downhill pulak....

Adduuhh.....jam lagi....apa hal kat depan tuu....sampai tak bergerak...

Kawasan tebing berlurah....terpaksa menunggu giliran untuk turun...banyak masa terbuang disini...hampir 30 minit menunggu giliran....


Jalan pintas...turun dari tebing tinggi....

Waahhh.....tensionnya, peluh pun dah kering....

Kesesakan lagi.....menolak di kawasan singletrek hutan...kawasan ini memang tidak boleh nak berkayuh, terpaksa menolak basikal dalam keadaan berlumpur dan berselut....banyak jugak masa terbuang di sini...

Macam rasa laluan ini tak perlu untuk rider...sebab memang tak boleh berkayuh disini dan banyak masa terbuang untuk menunggu giliran untuk menolak basikal....

Layan jea laaahh....

Menuju ke finishing line....


Pendakian di 10km yang pertama sehingga ke ketinggian 870ft...

Kayuhan sejauh 38km....