Monday 24 November 2014

Shimano Lekas Highway Challenge 2014 - 23 November 2014

Shimano Highway Lekas Challenge 2014 merupakan penganjuran kali ke-2 oleh pihak pengurusan Lekas Highway. Berpeluang menyertainya setelah terlepas peluang pada tahun lepas. Memang cukup meriah serta hebat. Berkayuh di laluan lebuhraya 3 lorong dengan sebebasnya tanpa gangguan kenderaan bermotor.

Laluan highway ini telah ditutup seawal jam 4pagi sehinggalah pukul 12 tengahari semata-mata bagi memberikan laluan pada acara ini. Cukup meriah dan berjalan dengan sempurna dari segi pengurusan lalu lintas, aturcara majlis, penyediaan makanan dan minuman yang mencukup, lucky draw yang mantap serta medal yang cukup menarik.

Berkayuh seawal jam 6.45pagi dalam suasana yang masih gelap serta berkabus. Seramai lebih kurang 3000 orang mengayuh dalam suasana yang dingin serta menyegarkan. Disepanjang kayuhan, suasana mendung dan berangin. Ini mungkin berpunca daripada hujan yang turun dengan lebat pada sebelah malamnya.


Tahun depan pasti tidak ketinggalan....in sya allah...

Seawal jam 6.45pagi....flag off dilakukan....berada dalam kelompok kedua iaitu tempoh kayuhan 2-3jam...

Bersedia untuk flag off....

Menuju garisan penamat....

Rider yang telah menamatkan kayuhan....




Makanan tengahari....satey kajang...


Penyampaian hadiah kepada pemenang....


Sekalung medal buat kenangan....


Sehingga berjumpa di tahun hadapan....

No comments:

Post a Comment