Monday 23 January 2017

Prima Reunion Epic Ride 2017 - 22 January 2017

Kayuhan yang menghimpunkan semula rakan-rakan Prima Riders yang selama ini menyepikan diri dan muncul semula dalam Kayuhan Prima Reunion Epic Ride. Kayuhan yang dirancang bagi merasai laluan full loop Prima Hill sejauh lebih kurang 35km. Kali terakhir berkayuh di sini pada bulan Jun 2012, sudah hampir 4 tahun berlalu. Banyak laluan yang telah berubah dengan ditumbuhi dengan semak samun dan belukar. Sukar untuk mengenali laluan pada kali ini disebabkan terdapat laluan yang telah dilencongkan dan ada juga laluan yang dikorek seperti parit bagi menyukarkan sesiapa yang ingin masuk ke dalam kawasan.

Kayuhan pada pagi ini bermula lewat iaitu pada pukul 9 pagi dengan berkumpul di Restoran Taqwa Adenium Bukit Beruntung. Seramai 18 orang pengayuh menyahut cabaran pada kali ini, walaupun tidak menduga yang kayuhan kali ini menguji segala mental dan fizikal. Dengan keadaan laluan yang telah berubah tanpa diduga, boleh dikatakan bahawa ride pada kali ini mungkin yang terakhir terutama di bahagian Bukit Tagar disebabkan kesukaran untuk melaluinya kerana kebanyakan laluan telah ditutup kerana milik persendirian.

Bergambar dahulu sebelum memulakan kayuhan....bukan mudah untuk menggumpulkan semula rakan-rakan Prima disebabkan oleh kekangan masa dan urusan keluarga....

Bersarapan dulu kerana banyak tenaga diperlukan bagi menghabiskan kayuhan pada kali ini...

Kayuhan bermula pada pukul 9 pagi dengan melalui kawasan perumahan Adenium sebelum menuju ke Prima Beruntung....


Segalanya bermula di sini.......

Pondok pengawal Prima Beruntung....pelbagai kenangan ada di sini...penuh suka dan duka....semuanya terpahat sebagai kenangan....

Laluan di tepi tasik di kawasan Prima Beruntung....laluan basah serta berlumpur akibat hujan yang turun sejak kebelakangan ini....

Berada di atas puncak Bukit Feed-Up.....kejadian yang tidak diingini berlaku...4 orang rakan telah disengat oleh tebuan sehingga ada yang bengkak tangan serta kaki.....

Hamdi paling teruk kena....3 das di tempat yang sama....rawatan sementara dengan menyapukan cream panas pada bahagian yang disengat....

Kayuhan diteruskan semula dengan climbing di Bukit Roundabout setelah melalui Perkampungan Orang Asli Bukit Mancung.....disambut dengan sorakan dari kanak-kanak orang asli yang berdiri di tepi jalan sambil melambai-lambaikan tangan....

Climbing di Bukit Roundabout ini juga mempunyai sejarah hitam di masa lalu....kehilangan seorang rakan kayuhan semasa kayuhan malam masih dalam ingatan...

Berada di puncak paling tinggi di Prima Hill.....rehat dulu sementara menunggu rakan-rakan yang lain sampai.... 

Bergambar di puncak sambil melayan tiupan angin yang cukup menyegarkan...kuat angin bertiup...
 
Wak.....keletihan disebabkan sudah lama tidak berkayuh....baru nak start kayuh balik terus kena layan epic ride....peawaiii.....

Layan downhill pulak setelah penat mendaki....

  
Downhill dari puncak kelapa sawit sehingga ke ladang getah....


Layan.....penat mencungap-cungap......tak cukup nafas....

Ambil nafas dulu....sebelum layan downhill pulak....

Ingatkan layan downhill jea....rupanya ada climbing lagi....huhuhu.... 





Tiba-tiba dalam hutan, jumpa pulak orang jual air bungkus dan kuih....apa lagi disesahnya Wak Indon sampai menggelabah dia apabila diserbu oleh rider-rider yang sedang kelaparan dan kehausan.... habis semua air ditapaunya... ada kopi ais, teh-o ais, jagung sejuk, sirap bandung dan air susu..licin semuanya....senyum wak tuu, sambil offer rokok free.... 

Menghayati kenikmatan air sejuk yang jarang-jarang dinikmati di dalam hutan....

Kesian regular customer Wak ini yang terdiri daripada penoreh-penoreh getah di kawasan ini apabila semua bekalan air habis licin disapu oleh kami....

Tayar basikal Man Badang pancit pulak.....ambil masa untuk rehat lagi walaupun perut sudah kenyang melantak kuih donut....

Relax dulu....

Perhati jea bukan nak tolong pun....huhuhu....

Parit besar sebelum masuk ke kawasan ladang kelapa sawit Bukit Tagar....

Bantu membantu....ringan sama dijinjing, berat sama dipikul....


Besar punya parit dia korek....ini nak buat sungai ke....

Sampai atas puncak bukit sawit..... angin bertiup kencang...berangin serta nyaman....

Keadaan masih seperti dulu...tidak banyak berbeza....

Selesa dapat baring....lelap mata kejap.....hari semakin panas...perut semakin lapar....lama lagi nak sampai ini....lepas ini azab lagi teruk....

Woow...Mie Cha, tunjuk lengan pulak....climbing senafas jea....

Menuju ke kawasan yang kami gelar sebagai Jurasic Park....tetapi laluan ke sana sudah terbuka dan panas....banyak pokok kelapa sawit yang telah ditebang untuk penanaman semula....dulu laluan ini terdapat satu lopak air besar yang menyebabkan kami terpaksa mengharungi, jika musim hujan paras air sehingga ke lutut....

Namun lopak air ini telah tiada tetapi terdapat satu anak sungai yang mengalir di bahagian tepi ladang sawit..... 

Cari tempat berteduh....

Pintu gerbang yang masih lagi utuh berdiri menyambut kedatangan kami....tetap sama seperti 4 tahun yang lalu...

Setelah penat mendaki....sampai di puncak bukit dan laluan seterusnya adalah sukar disebabkan semak samun yang telah mula tumbuh sehingga laluan asal telah hilang dan sukar untuk merentasinya....

Pondok ini juga masih teguh seperti asal......berteduh sambil berehat menghilangkan penat....

Redah semak belukar.....jalan asal dah hilang...terpaksa meredah semak samun....bercalar-balar tangan dan kaki, nasib baik jersey tak koyak......huhuhu..dugaan... 

Nuar...recce laluan...mencari trail yang telah hilang....

Muka Mie Cha dan Basri dah mula sedih......menyesal pun ada kot...

Keluar juga dari semak samun untuk sampai ke puncak...dulu laluan ini bersih dan terjaga disebabkan terdapat satu kebun buah di sini...namun semuanya sudah berubah...

Berteduh dulu sebelum memulakan semula kayuhan....

Rehat dah tamat...kayuhan mesti diteruskan...laluan seterusnya adalah kawasan rumah yang dulunya berpenghuni namun semuanya sudah ditinggalkan usang tanpa penunggu...

Halangan pagar semasa ingin masuk ke dalam kawasan ladang kelapa sawit...dengan selamba terpaksa membuka palang pagar disebabkan ini sahaja laluan yang paling hampir jika tidak terpaksa melalui kawasan kolam ikan keli di Bukit Tagar...

Sampai di Restoran Taqwa Adenium pada pukul 5 petang....perut kelaparan, makan dulu sebelum balik...

Dugaan hari ini....tapi alhamdullilah semuanya selamat sampai di finishing....