Monday 30 March 2015

Kedah Century Ride 2015 - 28 March 2015

Kedah Century Ride 2015 merupakan acara century ride yang kedua pada tahun ini dan yang keenam setakat ini. Penyertaan kali ini seramai lebih kurang 800 peserta dan telah bermula di Muzium Padi di Alor Star, walaupun pada mulanya di perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star.

Kayuhan kali ini melalui 5 daerah di Kedah iaitu Kota Setar, Pendang, Kuala Muda, Pokok Sena dan Yan sejauh 160km. Kayuhan berbentuk landai di permulaan dan diakhir kayuhan tetapi di dalam suasana angin yang bertiup kencang. Cuaca agak panas ketika ini dengan suasana sawah padi yang baru habis dituai dan keadaan tanah yang kering akibat kekurangan hujan ketika ini. Boleh dikatakan disepanjang laluan, keadaan angin yang bertiup kencang banyak mempengaruhi kekuatan mental dan fizikal peserta.


Kali pertama berkayuh Century Ride dengan tersalah jalan pada KM12 dan terpaksa berpatah balik... menyebabkan "front rider" berdesup-desup mengejar semula peloton dihadapan....   

Suasana pagi di Muzium Padi, Alor Setar....

Bersiap sedia mengharungi kepanasan mentari serta tiupan angin kencang.....

Bersama Fairuz kali ini.....

Aksi disepanjang kayuhan...


Berjaya menamatkan kayuhan walaupun masa kayuhan kurang memuaskan....

Medal sebagai kenangan.....berwarna gelap seperti tahu akan derita panas yang dilalui...



Sunday 15 March 2015

Le Tour de Langkawi (LTDL) @KKB-Kuala Lumpur - 15 March 2015

Le Tour de Langkawi (LTdL) 2015 merupakan edisi yang ke-20 untuk tahun ini. Acara yang sudah berusia 2 dekat yang merupakan acara berprestage untuk sukan berbasikal di Malaysia. Final stage kali ini bermula di pekan Kuala Kubu Bahru dan berakhir di Dataran Merdeka sejauh 96.1km.

Pertama kali berada di garisan permulaan di acara LTDL merupakan satu pengalaman baru kerana dapat melihat dari dekat persediaan serta persiapan para peserta sebelum memulakan kayuhan. Dapat melihat mekanik setiap pasukan melakukan pemeriskaan terakhir setiap basikal dan peserta mempersiapkan diri masing-masing.


Final Stage : Kuala Kubu Bahru - Dataran Merdeka

Profile ketinggian untuk final stage....


Team basikal mula sampai di tapak permulaan....

Setiap team menggunakan Proton Preve dan sebuah van sebagai kenderaan rasmi kumpulan masing-masing....



Polis traffic bertugas bagi memastikan kelancaran acara pada petang ini...



Basikal berharga puluhan ribu bersedia untuk beraksi...

Kebanyakan pasukan menggunakan jenama basikal "Pinarello"...

Mekanik pasukan melakukan persiapan terakhir....

Rider Tinkoff Saxo....

Pasukan negara...TSG...

Basikal jenama "Willier"...

Pentas utama...setiap rider menurunkan tandatangan sebagai tanda kehadiran untuk kayuhan stage terakhir kali ini....

Pengacara majlis....

Team TSG diperkenalkan kepada penonton yang hadir....

Jentera pasukan TSG....

Harris Salleh....





Persembahan tarian Sewang oleh Orang Asli Kuala Kubu Bahru...

Pemenang stage sebelumnya diperkenalkan...

Rider bersiap sedia di garisan permulaan....


Kayuhan bermula pada pukul 2 petang....

Support car setiap pasukan....

Friday 13 March 2015

Le Tour de Splash - 14 March 2015

Kayuhan santai dari Bukit Beruntung ke Empangan Splash Kuala Kubu Bahru dengan niat di hati ingin melihat para pengayuh professional LTDL mengakhiri kayuhan di pucak Fraser Hill. Namun, dijangkakan para peserta akan sampai pada pukul 4.30 petang kerana kayuhan dari Shah Alam bermula pada pukul 12 tengahari. Hajat tidak tercapai kerana ada urusan family pada sebelah petangnya. Kayuhan berakhir di Empangan Kuala Kubu Bahru sebelum berpatah balik ke Bukit Beruntung.


Di Empangan Kuala Kubu Bahru sebelum berpatah balik ke BB

Berkumpul di Kedai Ajis sebelum memulakan kayuhan pada pukul 8.20pagi...
 
Pit Stop...jalan Rasa-KKB....


Panas cuaca hari ini....


Puncak Empangan KKB.... 




Selesai kayuhan......

Kayuhan santai sejauh 55km sahaja....