Sunday 24 August 2014

Kayuhan @Batang Kali - 24 August 2014

Mengimbau kembali kenangan nostalgia di Batang Kali semasa mula-mula berkecimpung dalam dunia MTB. Jika dulu, trek di sekitar Batang Kali merupakan trek yang menjadi pilihan terutama di air terjun Sungai Sendat namum apabila masa berlalu semuanya pasti berubah termasuklah laluan trail sudah tidak seperti dulu lagi.

Kawasan Batang Kali mempunyai pelbagai trek serta laluan singletrek yang menarik. Kenangan semasa "Epic Ride KLMBH" di kawasan air Panas Hulu Tamu serta Bukit Awan memang sukar dilupakan. Setelah hampir 2 tahun tidak berkayuh disini, banyak perubahan berlaku akibat daripada penerokaan tanah untuk pembangunan atau pun penanaman semula kelapa sawit.

Terima kasih kepada Bro. Reme serta Abg.Ajis yang sudi menunjukan jalan untuk berkayuh pada kali ini sambil mengembalikan kenangan lama....



Laluan road di Hulu Tamu....


Kayuhan road sejauh 4km....sebelum memasuki laluan offroad...

Offroad ladang kelapa sawit...


Rehat dulu....


Climbing lagi....

Pemandangan dari puncak bukit pertama....

Ambil nafas dulu....


Pit Stop....kawasan resort Restu Ibu...sebelum menuju ke Sungai Sendat....


Di puncak Bukit Lori....memang tinggi bukit nie....

Puncak bukit kedua.....

Terserempak dengan geng roadbike yang baru turun dari Goh Tong Jaya semasa menuju ke parking kereta....

2 puncak bukit yang berjaya ditawan....

Jarak keseluruhan sejauh 26km....

Sunday 17 August 2014

Campaign For A Lane 6th Edition 2014 - 17 August 2014

Penyertaan untuk kali yang ke-4 bagi edisi ke-6 Campaign For A Lane (CFAL) 2014 di Pulau Mutiara. Kali ini ada sedikit kelainan, jika 3 penyertaan sebelum ini menggunakan basikal MTB tapi kali ini RB pula....Kayuhan santai mengelilingi Pulau Penang memang menyeronokkan dengan penyertaan yang ramai kali ini iaitu lebih daripada 3000 orang peserta.

Seperti biasa, kayuhan bermula pada pukul 7 pagi bersama-sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guang Eng. Cuaca kali ini amat baik jika dibanding dengan edisi sebelum ini. Laluan memang sama seperti tahun-tahun sebelum ini dan seperti biasa cabaran semasa pendakian di Teluk Bahang. Berlaku juga siri kemalangan pada peserta terutama semasa menuruni laluan berbukit menuju ke Empangan Teluk Bahang. Kelainan pada edisi kali ini ialah tiada no plate basikal namun digantikan dengan wristband dan terdapat water station Red Bull di puncak laluan Teluk Bahang serta T-Shirt untuk finisher.

Apa-apa pun tahniah kepada penganjur.....edisi ke-7 pasti ditunggu-tunggu pada tahun hadapan....


Wristband mengantikan Plate No Basikal....

Kayuhan roadbike kali ini.....

Kayuhan bermula pada pukul 7 pagi...




Berhenti seketika semasa pendakian di Teluk Kumbar...

Bersama geng Jiwa Basikal....

Di puncak Teluk Bahang...


Selesai pendakian....lepas ini layan downhill sehingga Empangan Teluk Bahang....

Berkumpul semula....

Finishing line....


Pentas utama....


Lega....selesai kayuhan 

Macam biasa....setiap tahun medal memang mantap...kali ini seperti loceng basikal...

Thursday 14 August 2014

Campaign For A Lane (CFAL) .......

Campaign For A Lane (CFAL) muncul kembali....kali ini dengan edisi ke-6 pula. Setelah menyertainya untuk 3 tahun berturut-turut, namun kali ini dengan sedikit perbezaan iaitu dengan menggunakan roadbike pula. Kayuhan mengelilingi Pulau Mutiara memang menyeronokan dengan pendakian di Teluk Bahang serta pemandangan disepanjang pantai di Batu Feringgi.

Diharapkan cuaca cerah pada hari Ahad ini kerana kerap kali bermandi hujan semasa kayuhan. Jumpa di sana....


Tahun 2011....1990

Tahun 2012....1763

Tahun 2013....2854
Diharapkan plate number untuk tahun ini lebih kalis air berbanding tahun lepas...

Koleksi medal sepanjang menyertai CFAL....


CFAL 3th Edition 2011 :
http://primariders.blogspot.com/2011/09/campaign-for-lane-3rd-edition-2011-11.html

CFAL 4th Edition 2012 :
http://primariders.blogspot.com/2012/09/campaign-for-lane-4th-edition-9.html

CFAL 5th Edition 2013 :
http://primariders.blogspot.com/2013/09/campaign-for-lane-5th-edition-2013-8.html

Monday 11 August 2014

Syawal Reunion Ride bersama PRCC-SCT-BB7 & Jiwa Basikal - 10 August 2014

Kayuhan reunion bersama PRCC-SCT-BB7-Jiwa Basikal di trek SCT sempena bulan Syawal yang telah tiba. Seramai lebih kurang 30 orang pengayuh meluangkan masa untuk berkayuh bersama-sama sambil mengeratkan lagi ikatan silaturrahim sesama rakan-rakan basikal yang lain. Kayuhan bermula pada pukul 8.15pagi dengan kayuhan road menuju laluan singletrek Widuri dan seterusnya menuju ke Batu 30 Ulu Yam. Kayuhan agak hardcore kali ini dengan banyak pendakian yang panjang serta laluan singletrek teknikal.

Semoga kayuhan seperti ini akan lebih kerap dilakukan disamping dapat mengeratkan ikatan ukhwah sesama insan....

Bergambar beramai-ramai sebelum memasuki singletrek Widuri....


Ber"selfie" terlebih dahulu...

Laluan road menuju Widuri....



Laluan offroad bermula...

Berehat seketika sebelum melayan trek Widuri....

Layan....Afitz cameraman terbaik kali nie....bersemangat merakamkan gambar rakan-rakan...



Lobai Azam....dah lama tak kayuh kali ini cari stamina balik...

Laluan ladang kelapa sawit.....

Relax dulu.....

Woow.....dah ramai yang keletihan....banyak pendakian yang panjang...

Ceria dalam kepenatan...

Ber"selfie" lagi....

Adduhh....tak larat, tolak jea....


Relax kejap...

Menunggu rakan-rakan yang lain...

Kayuhan pulang menuju Kedai Ajiz....

Woow...tinggi-tinggi bukit kali ini.... 

Terlupa "ON"kan GPS semasa awal kayuhan....hilang suku dari jarak kayuhan sebenar...