Tuesday 30 September 2014

Lost World Of Mimaland Mini Jamboree 2014 - 28 September 2014

Lost World of Mimaland Mini Jamboree 2014 dianjurkan oleh Alternative Cycling Club - ACC Gombak dengan kerjasama PKM ADN Gombak Setia. PeBT Zon 6.7.8.9 dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Bertempat di Mutiara Gombak berhampiran dengan Sekolah Sungai Pusu telah melibatkan penyertaan seramai lebih kurang 600 orang pengayuh.

Laluan yang disediakan adalah mirip dengan laluan "JW MTB Carnival" pada tahun 2012. Laluan trek adalah mencabar mental dan fizikal disebabkan terdapat banyak pendakian. Keadaan trek yang berlumpur serta berselut sedikit sebanyak memberikan cabaran kepada setiap peserta. Kepada mereka yang pernah berkayuh dahulu pasti sudah dapat menduga azab yang harus ditempuhi bagi menghabiskan jarak kayuhan.

Namun, tahniah kepada pihak penganjur diatas persiapan yang rapi dari segi pengurusan acara dan laluan trek yang disediakan. Marshall yang ramai di dalam trek dan ditempat-tempat yang merbahaya serta water station yang mencukupi dari segi bekalan air minuman serta pisang.





Prima Riders berkumpul semula di jamboree setelah sekian lama.... 

Ceria....

Riders bersiap sedia di garisan permulaan....



Kayuhan bermula pada pukul 8.30pagi....

Membuat pusingan u-turn di hadapan Masjid Simpang Tiga Gombak...

Front riders....laju semuanya...

Batu 8 Jalan Gombak.... sebelum memasuki laluan offroad....

Awal-awal dah climbing.....

Macam biasalah....kesesakan di awal offroad....

Bukit tak sudah-sudah....mengimbau semula kesengsaraan semasa "JW Carnival".... 

Climbing lagi.....


Dekat depan tuu...climbing lagi...

Aksi disepanjang kayuhan....


Layan downhill berlumpur.....laluan licin dan merbahaya...

Layan singletrek di kawasan Mimaland....

Laluan di Mimaland....

Bangunan usang masih lagi kelihatan....terkenang semula semasa kecil dulu sempat 2 kali datang berkunjung di sini untuk mandi kolam...maklumlah, Mimaland merupakan taman tema pertama di Malaysia....namun itu semua tinggal sejarah apabila diarahkan tutup oleh pihak berkuasa selepas berlaku kejadian tanah runtuh..

Terowong bawah Highway Gombak....gelap & bertakung air....

Memasuki fasa kedua climbing.....lagi mencabar daripada fasa pertama....

Climbing yang tak sudah-sudah....

Dowhill berlumpur....

Last check point.....

Laluan road menuju finishing line....

Pintu masuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Finishing line....

Puas.....dapat bermain lumpur...

Makan tengahari....perut dah lapar...semuanya jadi sedap...

Puncak bukit yang dapat ditawan....

Kayuhan sejauh 38km....memang puas!!!

Saturday 27 September 2014

Harian Metro MTB Grand Prix 2014, Temerloh Pahang - 27 September 2014

Harian Metro MTB Grand Prix 2014 kali ini berkunjung di Temerloh, Pahang. Ini merupakan event Metro GP yang pertama disertai pada tahun ini setelah terlepas peluang di Kuala Kangsar pada bulan lepas. Penyertaan kali ini lebih kurang 1000 orang dan bermula di Stadium Temerloh.

Laluan trek yang disediakan berbentuk "fast trek" dan terdapat juga pendakian di pertengahan laluan. Penganjuran kali ini mantap dari segi pengurusan serta penyedian trek. Marshall dan Pertahanan Awam yang ramai di dalam trek terutama di laluan yang agak berbahaya. Tanda arah juga banyak serta mudah dilihat serta water station yang penuh dengan bekalan air minuman.

Penyertaan kali pertama untuk tahun ini...


Bersama Basri pada kali ini....

Rider di garisan permulaan...

Acara race dilepaskan pada pukul 8 pagi dan seterusnya jamboree pada pukul 8.15 pagi....



Kayuhan road sejauh 5km sebelum memasuki laluan offroad...


Kesesakan apabila memasuki laluan offroad...


Pendakian.....

Kayuhan di kebun getah....


Climbing lagi....

dan lagi....

Dah penat...tolak jea lah basikal....


Ingatkan dah habis....rupanya ada lagi bukit.....

TQ...Cyclomotion....

Woow....panas 


Water station 3.....

Fuuhhhh.....ada kopi-o ais rupanya.....idea terbaik, belum penah lagi di mana-mana jamboree.... 

Kawasan terbuka....panas....


Layan singletrek pulak...

Kayuhan road menuju finishing line.....

Lagi 2km jea.... 

Sampai di garisan penamat....

Puas.....


Basuh basikal dulu......terbaik....

Menjenguk di booth Jiwa Basikal....

Fuuuhh.....banyaknya bukit....

Laluan sejauh 38km......