Monday 23 November 2020

PKPB Offroad Ride @Prima-Sungai Buaya - 22 November 2020

Jika semalam layan road....hari nie layan offroad pulak. Lagi pun musim PKPB nie bukan boleh pergi ke mana-mana pun untuk bawa family jalan-jalan. Oleh itu, kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya untuk berkayuh. Nanti kalau PKPB dah tamat, kena beli jiwa pulak. Satu hari kayuh, satu hari lagi bersama family, baru adil. Keluarga juga perlu diutamakan. Family First. 

Kayuhan pagi ini bermula di Restoran Ali Nas Prima Beruntung bersama geng JiwaBasikal, SCT, Prima, MKCC dan ramai lagi. Sudah lama tidak berkayuh di trek Sungai Buaya ini, banyak laluan sudah berubah menyebabkan tersesat di dalam trail.  

 

Kayuhan ke Sungai Buaya setelah hampir 8 tahun tidak berkayuh di sini....banyak kenangan di sini terutama semasa membuat trail hash bersama KLMBH....

Bersarapan di Restoran Alinas Prima Beruntung....tak sangka dalam kawasan Prima sudah ada restoran... nampak sangat dah lama tak masuk ke kawasan ini....jika dulu kawasan prima merupakan tempat permainan di hujung minggu.... merupakan satu-satunya restoran yang terdapat di kawasan ini...

Berkumpul dulu sambil breifing serta bacaan doa dari Ustaz Roslan sebelum memulakan kayuhan....

Banyak perubahan telah berlaku di kawasan Prima Beruntung nie....tak tahu akan kewujudan taman perumahan baru nie kawasan ini...dah 2 tahun perumahan ini dibina...baru tahu kewujudannya....

Laluan trail ke Sungai Buaya....laluan ini masih lagi kekal seperti dulu....tidak berubah, masih sama...

Sedikit climbing di kawasan ini....laluan semakin lebar...tidak sempit seperti dulu....tetapi masih lagi berpasir serta licin...nasib baik tanah lembab dan basah....

Layan singletrail....

Banyak kenangan di sini....

Menarik laluan singletrail di sini....masih kekal sama....syookkk....

Memasuki Felda Sungai Buaya.....

Dipersimpangan Loji Penapisan Air Sungai Buaya.... banyak kenangan di sini....

Menuju ke puncak pencawang.....laluan mendaki....ada yang menolak dan ada yang mampu berkayuh...

Sampai di atas puncak....di hadapan tuu lagi tinggi....nasib baik tidak kayuh ke situ...dah tentu azab nanti...

Layan.....

Laluan ini baru di buat...jika dulu tiada lagi pencawang di kawasan ini....jaringan cable voltan tinggi ini menuju ke Batang Berjuntai....

Turun dari bukit pencawang....menuju ke kawasan lapang tanaman durian serta pokok kayu gaharu....laluan ini ditutup dengan zink besi menyebabkan kami terpaksa memikul basikal di tepi tebing untuk meneruskan semula kayuhan...

Agak keliru dengan keadaan laluan trail ketika ini...menghantar rider-rider yang kuat untuk recce laluan keluar....nasib baik terserempak dengan pengusaha kebun ini...boleh lah bertanya tentang laluan keluar....sebenarnya tidak jauh tersesat pun....kolam pancing ikan yang terkenal dahulu sebagai port pemancing sudah lama terbiar....menyebabkan laluan sukar dikenalpasti...

Berkumpul semula di kawasan Felda Sungai Buaya sebelum meneruskan semula kayuhan....ada rakan kayuhan lain yang ingin pulang awal dan ada juga yang masih lagi tidak puas untuk berkayuh...

Seramai 9 orang pengayuh daripada 34 orang telah meneruskan kayuhan ke ladang kelapa sawit "WaterFall"...manakala yang lain menuju ke starting point di Restoran Alinas Prima Beruntung....

Anak sungai semasa menuju ke perkampungan orang asli.....berdekatan dengan Bukit Rumput yang merupakan kawasan penanaman sayur-sayuran....namun disebabkan sudah lama tidak masuk ke sini..kami telah tersesat dan tidak menjumpai perkampungan serta bukit rumput tersebut....tidak pasti macam mana boleh tersesat masuk ke dalam ladang sawit....

Setelah puas mencari jalan seterusnya...kami mengambil keputusan untuk berpatah balik apabila mendapati laluan semakin menjauhi Sungai Buaya...berpatah balik ke Felda Sungai Buaya dengan keadaan kehampaan.....laluan di cari tidak ditemui....mungkin lain kali akan berkayuh semula ke sini....

Sampai semula di Felda Sungai Buaya...berhenti rehat di kedai runcit sambil refill semula air.....ada lagi 5km baki sebelum sampai di Prima Beruntung....

Tercapai juga hasrat untuk berkayuh di Sungai Buaya...walaupun matlamat serta objektif kayuhan tidak tercapai....

In Sya Allah.....akan datang semula untuk berkayuh di sini....mungkin bantuan rider-rider tegar dari geng Sungai Buaya diperlukan kali ini bagi menunjukan laluan yang sudah banyak berubah....tunggu di lain waktu...

Saturday 21 November 2020

PKPB Ride @Warung Misteri Tanjung Malim - 21 November 2020

Kayuhan PKPB tanpa rentas negeri ke Warung Misteri Tanjung Malim bermula dari Bukit Beruntung pada minggu ini. Sudah lama merancang untuk berkayuh ke sini semasa musim PKPB ini. Kayuhan santai bermula bersama Anas menuju ke persimpangan Sirim-Rasa sambil bergabung dengan rakan kayuhan yang lain dari Antara Gapi. Bersarapan pagi di Warung Misteri Tanjung Malim dan kemudian berkayuh pulang. Cuaca yang cerah semasa keluar dari rumah rupanya hanya seketika kerana bermandi hujan semasa sampai di Sirim Rasa. Berhenti berteduh dulu di bus stop sehingga hujan kembali reda. Sepanjang kayuhan cuaca mendung dan redup. Memang sesuai untuk berkayuh pada pagi ini. Kayuhan pulang pun dibasahi semula dengan hujan semasa sampai di Bukit Beruntung. Kayuhan bermula seawal jam 7.15pagi dan tamat pada pukul 1 tengahari.


Akhirnya sampai jugak di sini....kayuhan tanpa rentas daerah...masih dalam daerah Hulu Selangor...

Berteduh dulu di bus stop sementara menunggu hujan berhenti...

Selepas hujan berhenti...meneruskan semula kayuhan...cuaca mendung serta berkabus...

Best kayuh hari nie...tak panas...

Menuju ke Tanjung Malim...climbing sebelum sampai ke Kerling....dan juga di Kelumpang...terserempak dengan ramai pengayuh hari nie...

Sampai di simpang masuk Warung Misteri....kalau terus ke depan ada roadblock....kalau nak cross kena ada surat...kalau tak ada nanti abam Polis bagi surat pulak....huhuhuhu...

Check in Warung Misteri.....SOP perlu dipatuhi....MySejahtera kena update...

Sarapan dulu..... bersama Basri...Birthday Boy hari nie....

Makan kuih jea....tak ada selera nak makan nasi....cukup sekadar alas perut jea....


Warung penuh dengan pelanggan.....kebanyakan datang untuk makan nasi kerabu...

On the way balik...singgah Petronas KKB dulu.....lepak dan rehat....

Sampai Bukit Beruntung....tak cukup mileage lagi....layan jalan E9 Perodua pulak....time ni hujan dah mula turun balik....kayuh dalam hujan...

Sunyi jea kilang nie....maklumlah musim Covid nie....industri penerbangan merundum dengan teruk....banyak kilang-kilang aerospace yang terjejas sama....harap-harap tahun depan akan kembali semula seperti sedia kala....

Alhamdullilah...dapat jugak 3 angka.....yang penting kayuh untuk kesihatan...

Esok nak kayuh offroad pulak....nak main lumpur dekat Sungai Buaya pulak....dah lama tak layan trek offroad dekat sini...rindu sangat nak berkayuh di sini....

Sunday 15 November 2020

PKPB Offroad Ride @Bukit Tagar - 15 November 2020

Minggu ini ber"offroad" pulak setelah melayan road ke Lembah Beringin pada minggu lepas. Kayuhan pagi nie bersama geng SCT menyusuri Sungai Selangor sehingga ke Bukit Tagar. Bulan July hari tuu selepas PKP ada jugak buat kayuhan ke Bukit Tagar sehingga sesat meraban di dalam ladang kelapa sawit. Namun kali ini, kayuhan berjalan dengan lancar tanpa sesat disebabkan laluan sudah dikenalpasti. Tetapi kali ini tidak memasuki laluan ke MK Land disebabkan longkang besar yang dikorek serta semak samun menyebabkan kami melencong ke laluan SKC. Laluan adalah berbentuk landai serta berpasir dan kadang-kadang ada sedikit pendakian.

Kayuhan pagi ini bermula di Kedai Ajis dengan 11 orang pengayuh. Kayuhan bermula pada pukul 7.50 pagi dengan laluan roller coaster di Jalan Rasa sebelum memasuki laluan offroad di jambatan besi Rasa.

Kayuh lagi ke Bukit Tagar....kawasan yang penuh dengan kolam ikan keli...rasanya ada berpuluh kolam ikan disini....kepada pengemar ikan keli, kalau dah sampai sini mesti fikir 2 kali selepas nie kalau nak makan ikan keli...pastikan ikan keli yang bersih dan halal...

Tak sesat lagi macam hari tuu....dah tahu jalan...lepas nie boleh repeat lagi...

Jambatan di Jalan Rasa.....lepak tunggu rakan-rakan lain sampai dulu...cuaca masih redup lagi....

Tuan Haji Azham.....otai masih lagi berbisa...

Memasuki laluan offroad....lembu keluar kandang....pergi cari makan....

Laluan landai serta berpasir....kurang lecah kali ini walaupun banyak takungan lopak air di tengah jalan...menyusuri Sungai Selangor sehingga ke PLUS Highway....ramai orang memancing pagi ini...boleh dikatakan disepanjang sungai terdapat sahaja pemancing yang mencari port terbaik untuk memancing ikan...terdapat ikan baung, patih serta keli di sini...

Relax dulu....laju-laju pun nak buat apa....bukan ada race pun...

Ada rakan yang pancit tayar...tunggu dulu untuk tukar tiub sebelum memasuki laluan ke dusun durian Musang King....

Sampai di atas puncak bukit dusun durian Musang King....baru sahaja ditanam...lama lagi nak tunggu hasil...

Lepak dulu....masa bulan July hari tuu....di sini lah tempat top-up air minum...nasib baik Wak Indon yang jaga kebun ini sudi bagi air mineral untuk diminum...jika tidak memang kehausan lah disebabkan bekalan air tidak mencukupi...tak sangka sesat sampai kehabisan air...

Lepas nie layan downhill kelapa sawit pulak....

Memasuki laluan ladang kelapa sawit....dulu berpusing-pusing dekat dalam ladang nie....terpaksa bertanya tokey kebun nie jalan keluar....

Sampai di kolam ikan keli Bukit Tagar....penuh dengan burung bangau di kawasan ini....berpuluh kolam ikan ada di sini....

Berkayuh di tebing antara kolam....bau air kolam ini jangan cakap lah...boleh loya tekak nak muntah...busuk sangat....menusuk ke dalam lubang hidung...

Ikan keli....berebut-rebut memakan dedak yang diberikan...bau loya sangat....

Sampai di Estate SKC...nasib baik ada kedai dekat sini..boleh lah refill air...air dah nak habis...panas sangat kali ini...jauh lagi perjalanan pulang nie...masih ada lagi 15km nak sampai rumah...

Sampai 2 botol 100Plus dibalunnya...nampak sangat dahaga gile nie...memang panas cuaca tengahari nie...

Memasuki laluan perumahan banglow di MK Land....kawasan sunyi tapi berpenghuni...

Last climbing bukit dekat depan tuu....pacak jugak....

Last check point di hadapan Adenium....sebelum berpisah ke haluan rumah masing-masing....

Mileage dapat lah 45km...jadilah....asalkan dapat keluar peluh..kayuh untuk kesihatan...

Next week...plan nak kayuh Prima Beruntung-Sungai Buaya pulak....dah lama tak masuk trek Sungai Buaya nie....banyak kenangan di sini..mungkin banyak laluan sudah berubah....tunggu minggu depan...