Sunday 27 January 2019

Kayuhan Amal SCT - 27 January 2019

Kayuhan amal bersama Sentosa Cycling Team (SCT) sempena mengutip sumbangan bagi rakan sekayuhan yang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pada 22 November yang lalu. Sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga waris dan melahirkan rasa simpati di atas apa yang telah berlaku.

Kayuhan bermula di perkarangan Masjid Saidina Ali Sentosa 2 pada pukul 8.30 pagi dan seramai lebih kurang 100 orang pengayuh disekitar Rawang dan Tanjung Malim telah menyertainya. Laluan kayuhan Masjid Saidina Ali-Jambatan Rasa-Bukit Tagar-Kg. Timah-MK Land-Masjid Saidina Ali sejauh lebih kurang 30km. Sudah lama tidak berkayuh di laluan ini, terkenang kenangan lama apabila mula-mula berkayuh basikal dahulu. Laluan ini merupakan laluan favorite disebabkan landai dan kurang pendakian serta menyusuri sungai. Pemandangan di sepanjang sungai dengan rumah-rumah pengusaha ternakan ikan air tawar serta penanaman sayur. Laluan adalah berdebu serta berpasir dan kadang-kadang berselisih dengan lori yang membawa kelapa sawit. Melalui  perkampungan estate SKC sebelum memasuki laluan road ke masjid semula.

Bergambar dulu sebelum memulakan kayuhan....seramai 100 pengayuh berkayuh hari ini....tidak semua yang dapat bergambar disebabkan baru sahaja sampai...

Jeffri dan Qayyum....dah lama tak berkayuh bersama....

Bagok jugak dah lama tak berkayuh bersama..... last kayuh pun semasa Prima Epic 3 tahun dahulu...

Sebelum memulakan kayuhan....sedikit tazkirah daripada Tn.Haji Azham....


Bacaan doa oleh Imam Masjid Saidina Ali....semoga acara ini mendapat keberkatan serta keredaan daripada Allah.....

Tuan Imam Syed.....

Kayuhan bermula pada pukul 8.15 pagi....

Semua nampak bersemanggat untuk berkayuh.....laluan tarmac menuju ke Rasa sejauh lebih kurang 10km sebelum memasuki laluan offroad...

Peserta telah dikawal selia oleh 4 orang marshal bermotorsikal di sepanjang kayuhan berlangsung...

Ceria....

Basri datang bersama YSuku nye...tak kayuh sebab sakit lutut...jadi marshal jea....

Tn. Haji Azham....masih bertenaga.....

Lepak berhenti di jambatan Rasa sebelum memasuki laluan offroad....

Relax-relax jea......kayuh santai jea....

Laluan offroad di Bukit Timah.....lepak rehat.....pit stop....tunggu rakan-rakan lain yang masih belum sampai lagi...



Lori bawa kelapa sawit nak lalu....bagi laluan.....

Kayuhan diteruskan.....menuju ke kawasan estate SKC..... banyak anjing dekat sini....kena salak dengan anjing....nasib baik tak kena gigit...

Selepas ini memasuki laluan road sejauh 6km sebelum sampai semula ke masjid....

Alhamdullilah....akhirnya sampai di perkarangan masjid....jamuan makanan disediakan...

Sambil peserta makan dan menunggu rakan lain sampai.....mengira duit sumbangan terlebih dahulu....

Lebih dari seribu ringgit berjaya dikutip dan sumbangan ini telah diserahkan kepada waris keluarga arwah pada sebelah petangnya....

Lepak santai dulu sebelum balik....borak-borak dulu...bukan senang dapat peluang macam nie...

Sebelum balik....bergambar kenangan dulu bersama peserta yang lain....

Kayuhan tamat pada pukul 10.30 pagi....lebih kurang 2jam lebih....laluan trek adalah fast rolling....

Pendakian yang teruk hanya di laluan tarmac menuju Rasa....berbentuk roller coaster.....

Jumlah jarak kayuhan sejauh 32km.....syukur alhamdullilah dapat bersua dan berjumpa dengan rakan-rakan basikal yang sudah lama tidak berkayuh bersama.... peluang begini bukan senang diperolehi, maklumlah ramai yang mempunyai urusan sendiri....diharapkan kayuhan seperti ini dapat dianjurkan lagi bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim dan ukhwah antara kita....

Sunday 20 January 2019

TwinCity Marathon 2019 - 20 January 2019

Event berlari pembuka tirai untuk tahun ini di Cyberjaya TwinCity Marathon 2019. Kali terakhir berlari di event ini pada tahun 2016, dah lama jugak tak berlari di Cyberjaya. Tetapi kali ini hanya memasuki acara half marathon sahaja. Larian bermula pada pukul 5.30 pagi dan cut-off time yang diberikan adalah selama 4 jam.

Seramai lebih kurang 15,000 orang menyertai acara pada tahun nie. Jumlah yang boleh dikatakan ramai bagi acara larian. TwinCity Marathon pada tahun nie merupakan penganjuran buat kali ke-5 semenjak tahun 2014. Tapak acara masih lagi tidak berubah iaitu di Persiaran Flora, Cyberjaya.

Event larian yang pertama untuk tahun ini....

Sampai di lokasi event pada pukul 5 pagi....warming up dulu sebelum memulakan larian...



Seramai 4500 peserta menyertai acara HM....larian bermula tepat jam 5.30 pagi....

Solo jea....

Bermula di barisan belakang....tak ada apa yang nak dikejarkan....podium jauh sekali....

Berhenti di Water Station 2 untuk solat subuh dulu....ramai runner berhenti untuk solat....tanggungjawap harus ditunaikan....boleh bangun pagi-pagi untuk berlari tetapi tak solat suboh, elok terjun ke dalam laut jea....lari untuk kesihatan bukan lari untuk menunjuk-nunjuk...bukan lama pun nak solat....5 minit jea....takut nanti kat akhirat...terpaksa berlari di kejar api neraka....

Tempat muslimat menunaikan solat....respect sebab ada yang berlari sambil membawa telekung  yang diikat di pinggang....


Ada jugak gambar time nak sampai finishing line.....TQ RunTag

Tak ada gambar semasa berlari....malas nak keluarkan handphone....hari dah panas...nak cepat sampai jea dekat finishing line....

Beratur untuk dapatkan slip timing.....

Lepas ambil finisher-tee terus lepak sambil buat stretching....

Lepak dengan Umar....terserempak semasa 3km yang terakhir.....

Jom balik.....hari dah panas....


Medal yang pertama untuk tahun ini...


Laluan landai....tidak banyak pendakian.....

Saturday 12 January 2019

Hiking Gunung Ulu Semangkok KKB - 12 January 2019

Dah lama rasanya tak berhiking bersama-sama dengan geng Prima Riders. Kali ini Prima Riders ber"reunion" di Gunung Ulu Semangkok. Perjumpaan kali pertama PRCC pada tahun ini setelah lama menyepi disebabkan masing-masing sibuk urusan sendiri. Gunung ini pernah ditawan semasa tahun 2017 dahulu ketika secara kebetulan hendak mendaki di Gunung Bunga Buah tetapi diserang hendap oleh Polis Bantuan Genting lalu kami pun mengambil keputusan untuk ke sini.

Trail head bermula di perkarangan kawasan Gap Fraser Hill dan permulaan trail adalah pacak dan agak santai dipertengahannya. Sebelum sampai di puncak Gunung Ulu Semangkok, akan sampai di puncak Gunung Gap terlebih dahulu dengan ketinggian 1183m dari aras laut. Selepas itu akan menuruni gunung semula sebelum mendaki ke puncak Ulu Semangkok.

Seramai 11 orang pendaki pada hari ini. Semuanya nampak bersemangat dan teruja disebabkan sudah lama tidak menghirup udara segar sambil menghayati keindahan alam.


Bergambar di atas puncak Gunung Ulu Semangkok.....

Parking kenderaan di Gap Fraser sebelum menuju ke trail head GUS.....

Memulakan langkah pada pukul 8.45 pagi....cuaca cerah hari ni...

Gerbang sempadan antara Selangor dan Pahang...

Awal-awal trail dah pacak.....baru nak warm-up terus climbing...

Fuuuhhh...tarik nafas dulu..... 

Dah start mandi peluh time nie....rasa pewai sebab dah lama tak hiking....last hiking pun September tahun lepas time hiking GBB....

Pacak tak ingat....dah macam Spiderman dah... 

Baraiii....muka dah pewaiii...

Ambil nafas kejap....jauh lagi...

Take five..... dah nak pengsan nie....

Dulu naik macam tak teruk jea....tapi kali ni macam tak sampai-sampai puncak...

Take five lagi.... sikit lagi nak sampai puncak Gunung Gap....

Sampai di puncak Gunung Gap dengan ketinggian 1183m.....tapi Ulu Semangkok belum sampai lagi...ada lebih kurang 2jam pendakian lagi...

Bergambar dulu di penanda batu puncak Gunung Gap....

Ketinggian 1183m dari aras laut....

Bergambar sebelum menuruni semula gunung dan kemudian mendaki semula untuk ke Gunung Ulu Semangkok....

Langit cerah hari nie....nampak sayup kelihatan tasik empangan KKB....

Mendaki semula setelah menuruni Gunung Gap....

Bersama Nasir....rakan lain ada yang sudah di depan dan ada yang masih dibelakang...

Akhirnya sampai di puncak Gunung Ulu Semangkok....berteduh di bawah beirut....sambil memasak air panas serta mengeluarkan segala makanan yang dibawa...

Macam-macam ada....ada sambal sardin, rendang daging, nasi impit dan tak ketinggalan...maggie...

Bergambar dengan champ audax...esok katanya nak berkayuh audax pink 200km pulak....orang kuat...hiking kuat...kayuh pun kuat...

Bersantai di atas puncak sambil perhabiskan makanan yang ada....

Bergerak turun pada pukul 2 petang....cuaca dah mula nak mendung....macam ada tanda-tanda hari nak hujan....

Sebelum turun.....seisi photography dulu....


Bergambar sebelum turun....

On the way turun...singgah di puncak Gunung Ulu Tranum....bergambar dulu...


Sampai semula di Gunung Gap....singgah dulu untuk solat Zuhur...dalam masa yang sama masak air dan maggie....lapar pulak perut nie...

Lutut dah mula sakit semasa turun....maklumlah dah lama tak berhiking....rehat dulu

Akhirnya keluar dari trail....menuju ke parking kereta....fuuhhh...alhamdullilah selamat sampai...

Mandi dulu dan solat Asar sebelum turun untuk pulang...

Jarak lebih kurang 8.5km sahaja....tetapi azab dia hanya yang mendaki sahaja yang tahu...

Elevation bertingkat-tingkat....sebab tuu rasa baraiii.....