Saturday 5 January 2019

Kayuhan Pembuka Tirai 2019 @Genting Sempah - 5 January 2019

Kayuhan pembuka tirai tahun 2019 di Genting Sempah bermula di kawasan lot kedai Seri Gombak. Bertiga sahaja pada kali ini dan kayuhan bermula lewat dengan keadaan cuaca yang panas pada pagi ini. Hanya mampu sampai di Genting Sempah manakala Hamdi dan Niazri meneruskan kayuhan sehingga ke Janda Baik. Lutut kanan terasa sakit akibat berlari baru-baru nie. Tidak inginkan kecederaan teruk, takut terlepas beberapa event penting yang akan datang. Persiapan Powerman perlu dimulakan sekarang nie. Personal record tahun lepas perlu diperbarui. Tidak mahu kecundang seperti tahun lepas.


Sampai sini jea....lutut tak mengizinkan....

Bertiga jea......

Awal pagi sebelum kayuhan....lepak breakfast kat kedai mamak dulu....

Solo jea....yang lain dah jauh ke depan....santai jea....


Layan selfie jea laaa...


Port bergambar jika sampai di puncak....

Cuaca panas hari nie....matahari dah panas terik...

Tak ramai sangat rider hari nie....tak meriah seperti biasa....


Dapatlah setakat 51km jea....jadi laa sebagai permulaan untuk tahun baru...


Lepas nie plan nak ke Bentong pulak....nak makan lemang Toki pulak...dah lama rasanya tak ke sana...

No comments:

Post a Comment