Thursday 30 August 2012

Kayuh Bendang 2012 ....muncul kembali...

Kayuh Bendang muncul lagi untuk edisi ke-3 pada tahun ini. Jarak kayuhan sejauh 48 kilometer. Lanskap yang akan dilalui meliputi sawah padi, kelapa sawit, ladang getah dan semestinya kawasan Bukit Birut... Masih mengekalkan konsep yang sama... Ride for fun and health..

Semoga tahun ini akan lebih meriah dan mencabar....kepada rider yang sudah mendaftar, selamat berkayuh dan jumpa di sana!!!





T-shirt Jamboree....

Hadiah Lucky Draw untuk para peserta....

Laluan trek untuk tahun ini....

 
Nombor bertuah untuk ride kali ini....semoga mendapat hadiah lucky draw...238

Ulusan untuk Kayuh Bendang 2011 :-
http://primariders.blogspot.com/2011/07/kayuhan-bendang-2001-10-july-2011.html

Monday 27 August 2012

KLMBH Hash #215 Broga - 26 August 2012

Setelah sekian lama tidak menyertai KLMBH Hash, pada kali ini berkesempatan untuk berkayuh di Broga,Semenyih. Ini merupakan penyertaan yang pertama untuk tahun ini. Jumlah peserta kali ini lebih kurang 150 orang. Walaupun sudah lama tak berkayuh bersama KLMBH namun wajah-wajah biasa riders tetap ada walaupun terdapat wajah-wajah baru yang masih belum dikenali. 

Pada kali ini, aku hanya mengambil laluan "short ride" disebabkan oleh faktor masa dan juga keadaan fizikal dan mental yang belum ditahap biasa disebabkan berehat selama sebulan semasa bulan Ramadhan lalu. Entah dimana yang silap, aku termasuk 5 riders yang lain telah tersalah laluan dengan memasuki laluan short ride secara bertentangan/melawan arus. Perasaan menjadi pelik apabila lebih kurang 60 riders yang mengambil laluan short ride tidak berada dibelakang kami. Akhirnya kami berjumpa dipertengahan trek namun kami tetap menghabiskan kayuhan sampai ke penamat.    


Tag number untuk ride kali ini....

Kawasan parking kenderaan yang terhad tidak dapat menampung jumlah peserta.....

Pendaftaran sebanyak RM15 untuk bukan ahli dan percuma untuk ahli....

Briefing daripada committee tentang trek dan faktor keselamatan...

Kayuhan bermula pada pukul 9.30 pagi....

Di awal laluan kami telah tersasar dari laluan yang sebenar....


Climbing di kawasan ladang kelapa sawit....


Mat Saleh bersama dengan anaknya juga tersesat bersama-sama kami...



Climbing concrete di ladang buah-buahan....

Sampai di puncak... boleh tahan jugak tinggi bukit nie...


Di sini lah kami berjumpa dengan peserta yang lain....mereka kehairanan bagaimana kami boleh tersalah laluan...

Kolam ternakan ikan air tawar.....bau yang kurang memuaskan di kawasan ini...


Menyeberangi anak sungai...

Tolak basikal....

Sampai jua akhirnya....wajah-wajah ceria walaupun tersalah jalan...

Puncak paling tinggi..480ft


Friday 17 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H

Semua rakan-rakan Prima Riders Cycling Club (PRCC) serta rakan-rakan sekutu ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua sahabat-sahabat MTB diseluruh Malaysia semoga sentiasa ceria dan berbahagia selalu disamping keluarga tercinta.

Selamat memandu dan semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui....

"Maaf Zahir & Batin"......

Semoga berjumpa dan berkayuh bersama di jamboree akan datang...wassalam....




Tuesday 7 August 2012

Jamboree sehingga hujung tahun 2012.....

Terdapat pelbagai acara jamboree yang akan mewarnai calander MTB sehingga hujung tahun ini. Tidak dinafikan sukan mountain bike sudah menjadi semakin popular di tanahair kita. Boleh dikatakan setiap minggu pasti terdapat pelbagai activiti MTB di seluruh negara. Hanya bergantung kepada faktor masa untuk menyertai setiap acara yang dianjurkan. Semoga apa yang dirancang akan dipermudahkan....


Kayuh Bendang 2012 - 1 September 2012
Merupakan penyertaan kali ke-2 pada edisi yang ketiga pada kali ini setelah menyertainya pada tahun lepas. Keadaan trek yang santai dan sedikit pendakian terutama di kawasan Bukit Birut.


Campaign For A Lane 4th Edition - 9 September 2012
Merupakan penyertaan kali ke-2 pada edisi yang keempat. Berkayuh disekeliling Pulau Mutiara dengan laluan yang mencabar terutama di kawasan Balik Pulau, kerana terdapat banyak pendakian. Seronok bermandi hujan di sepanjangan laluan pada tahun lepas dan diharapkan tahun ini cuaca akan lebih baik lagi.


SBCC MTB XC Jamboree 2012 - 23 September 2012
Acara di kawasan sendiri dan dianjurkan oleh rakan-rakan MTB, pasti tidak akan dilepaskan peluang. Bak kata orang "tempat jauh boleh pergi, tempat sendiri apa lah sangat"


 Hard Rock Jeli Ride 2012 - 29 September 2012
Tahun lepas dah penah sampai di Jeli, acara Jeli Ride 2011-Kayuh Sokmo. Tahun ini mungkin tak berkesampaian disebabkan jarak perjalanan yang jauh serta masa yang terhad. Walaupun trek yang disediakan memang mantap tetapi kali ini niat tidak dapat ditunaikan. 
  

UPM MTB Fete 2012 - 30 September 2012
Sekali lagi acara berbasikal berlangsung di universiti, kali ini di Universiti Putra Malaysia (UPM). Jika acara di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (USM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM), Universiti Teknologi Mara Jengka (UITM)  boleh pergi, kenapa kat Serdang tak nak pergi pulak??? Saya mesti pilih!!!


ECC Burung Hantu Nite Ride 2012 - 20 October 2012
Acara yang memang ditunggu-tunggu pada tahun ini. Masih belum ketinggalan untuk menyertainya walaupun sudah masuk tahun keempat. Harap-harap tahun ini tiada halangan seperti tahun-tahun sebelumnya.


Langkawi International Mountain Bike Challenge 2012 - 15~20 October 2012
Acara bertaraf antarabangsa yang akan diadakan di Pulau Lagenda Langkawi untuk tahun ketiga berturut-turut. Penyertaan merangkumi dari peserta dari dalam serta luar negara. Mungkin kali ini masih belum berhajat....


Kuala Kangsar MTB Jamboree 2012 - 4 November 2012
Acara jamboree di Kuala Kangsar untuk tahun ketiga berturut-turut. Penganjuran kali ketiga diharapkan lebih baik daripada 2 penganjuran yang lepas. Mungkin kali ini, pihak penganjur akan lebih peka dengan kehendaki para peserta. Sebagai peminat MTB usah lepaskan peluang ini...lupakan perkara yang lama "buang yang keroh, ambil yang jernih" 


Sepang MTB Jamboree 2012 - 11 November 2012
Penganjuran jamboree untuk tiga tahun berturut-turut. Hanya dapat menyertai untuk tahun yang pertama sahaja tetapi tidak berpeluang untuk tahun lepas disebabkan oleh penyertaan untuk jamboree yang lain. Tahun ini, insyaallah....


Putrajaya MTB Festival 2012 - 1~2 December 2012
Festa MTB yang berlangsung di Putrajaya selama 2 hari bertempat di Wetland...Kebarangkalian yang reandah, keutamaan untuk acara yang lain...


Kayuh Lasak X 2012 - 2 December 2012
Penganjuran untuk tahun yang ke-10 semenjak tahun 2002...tahun lepas sudah merasai kelasakannya, tahun ini nak lagi lasak.....


Fire X Ride Jamboree 2012 - 8 December 2012
Penganjuran tahun ke-2 setelah mendapat pelbagai pujian pada pengajuran yang lepas...tahun ini diharapkan akan lebih mantap lagi....


Bernam Jaya Mountain Bike Jamboree 2012 - 9 December 2012
Di antara penganjuran yang paling berjaya pada tahun 2010 tetapi tidak dapat dianjurkan pada tahun lepas. Namun tahun ini mungkin menjadi kenyataan, tetapi tarikh tersebut masih belum dimuktamatkan....mungkin akan ada pengumuman dari pihak penganjur tidak lama lagi.... 


p/s : Senarai acara jamboree diatas merupakan senarai yang diketahui pada masa ini. Mungkin akan terdapat lagi penambahan pada masa akan datang yang pasti akan menceriakan peminat mountain bike di Malaysia....