Wednesday 26 May 2021

PKP3.0 Solo Ride @BB-KOM Avian - 26 May 2021

Kayuhan secara solo sempena cuti public holiday dari Bukit Beruntung ke Puncak Avian Ulu Yam. Kayuhan santai dari Bukit Beruntung menuju ke Kuala Kubu Bahru dan seterusnya ke Ulu Yam Baru serta pendakian ke puncak Avian dan turun semula ke Antara Gapi sebelum pulang ke Bukit Beruntung melalui Serendah. Kayuhan pagi ini dalam cuaca yang redup serta mendung. Memang sesuai untuk kayuh jarak jauh. Tidak ramai pengayuh yang berkayuh pada pagi ini. Hanya sekali-sekala terserempak dengan pengayuh yang lain. Semasa mendaki di Avian pun hanya berseorangan jea manakala yang berkayuh turun pun tidak sampai 10 orang. Di puncak Avian pun tidak begitu ramai pengayuh. Mungkin ramai yang bekerja pada hari ini.

Di atas puncak Avian pun tiada batu penghalang sempadan seperti PKP2.0 yang lalu. Jika PKP3.0 dikatakan diperketatkan namun keadaannya nampak longgar berbanding PKP2.0. Tidak pasti apa yang diperketatkan. Yang penting "KitaJagaKita" dan "Sosial Distancing" dilakukan.


Kali terakhir naik Avian nie time PKP2.0....time tuu jalan lenggang sebab dekat atas ada batu penghalang....hanya motor jea boleh lalu dekat celah longkang...tapi kali ini tak ada batu pun....kenderaan laju-laju pagi nie....yang berlumba pun ada.... tapi motor Grab Food memang ramai yang lalu dekat sini....

Persimpangan jalan Rasa-KKB....lepak rehat dulu sambil ambil gambar....cuaca masih teduh lagi walaupun matahari dah mula menyinar...

Kenderaan tak banyak pagi nie....maklumlah cuti umum dan PKP...

Tak ada peluang lagi...tak lalu pun keretapi pagi nie.....

Setelah berkayuh di KKB...menuju ke Ulu Yam pulak....cuaca masih redup lagi...

Jambatan Ulu Yam...kalau dari sini climbing dia tak berapa pacak sangat....tapi kalau datang dari arah Ulu Yam...memang pacak....

Sampai di persimpangan Antara Gapi-Ulu Yam....dekat sini dah start climbing....

Kenderaan tak banyak..tetapi yang lalu memang laju-laju semuanya....

Fuuuhhh...minta nyawa nie....letih gile....kayuhan dari Bukit Beruntung sehingga ke sini sememangnya cukup meletihkan...

Kadang-kadang sunyi jea dekat sini...tapi kalau malam jangan harap nak lalu dekat sini walaupun pakai kereta...banyak kisah mistik dekat sini....maklumlah kiri kanan hutan....

Sampai puncak Avian.....ada bebrapa orang pengayuh yang sedang lepak sambil menunggu untuk turun...ada yang datang dari arah Gombak....

Sempadan daerah Gombak-Hulu Selangor....kalau ikutkan tak boleh rentas daerah...tapi ada jea rider yang selamba buat loop dekat sini...tak kena tahan tak apa lah..tapi kalau kena tahan..sendiri mahu jawap lah...duit kasi stand-by....

Bergambar dulu sebelum turun....

Terima kasih kepada rider yang sudi ambilkan gambar.....

Time turun...refill air dekat 7-eleven Antara Gapi dulu....nasib baik bawak mask..kalau tak..tak dapat masuk....

Makan dulu dekat kaki lima...lapar gile perut.....kedai buka tapi tak boleh nak makan..hanya bungkus jea....

On the way balik....lalu dekat Perodua....dia orang kerja hari nie....tak cuti...

Dekat depan...Masjid Perodua....dah lama tak solat dekat sini....tak tahu lah bila lagi boleh solat...sekarang PKP pun tak boleh pergi solat 5 waktu.....

Nak dapatkan mileage lebih 100km...tapi apa kan daya...ini jea yang mampu....lain kali kayuh lagi....

Fuuuhhh...tinggi jugak puncak Avian nie....lebih kurang 400m dari aras laut....sebab tuu macam nak putus nyawa dibuatnya...

Next time terus buat loop sampai Selayang...lepas tuu balik ikut Rawang Bypass....baru mencabar...2 kali KOM....memang azab...

Sunday 23 May 2021

PKP3.0 Road Ride @BB-Warung Misteri - 23 May 2021

Kayuhan sempena PKP3.0 yang baru diumumkan oleh pihak kerajaan di mana akan bermula pada 25hb May ini yang meyaksikan SOP yang sedia-ada diperketatkan bagi mengekang wabak Covid-19 yang semakin meningkat ketika ini. Walaupun sukan berbasikal masih lagi dibenarkan tetapi terhad kepada hanya 2 orang pengayuh sahaja di dalam daerah yang sama. Tidak boleh merentas daerah mahu pun negeri. Pematuhan SOP ini masih lagi memberi peluang untuk beriadah walaupun dihadkan sehingga jam 8 malam sahaja. 

Cuaca pagi ini cerah dan panas. Kayuhan balik ke Bukit Beruntung di jalan lama Rasa-Bukit Beruntung sememangnya sungguh azab. Rasa terbakar kulit hari ini. Maklumlah, dah lama hujan tidak turun.


Kayuhan rentung hari ini dalam cuaca panas terik....dah lama hari tak hujan...kali ini kayuh dalam cuaca panas terik memang menguji mental dan fizikal...

Awal-awal dah tersadai dekat bus stop Kerling....rehat dulu sebelum meneruskan kayuhan ke Tanjung Malim....terserempak dengan ramai rider hari ini....

Hampir sampai ke Tanjung Malim....warung misteri...tetapi masih lagi dalam daerah Hulu Selangor...tak rentas negeri pun....maklumlah daerah Tanjung Malim telah diistiharkan sebagai kawasan PKPD.....sempadan berkawad besi, tak boleh nak masuk...

Panas terik...perut pun dah lapar....

Adduuhhh......tutup pulak.... kena cari kedai lain pulak....tak ada rezeki nak makan nasi kerabu....

Tak dapat makan nasi kerabu....nasi lemak lauk telur pun jadi laaa.....bungkus jea...makan tepi jalan...sekarang nie susah sikit, sebab tak boleh nak makan dekat kedai...bungkus dan cari port lain untuk makan....perlu carbo loading dulu....kayuhan balik masih jauh lagi....

Sedap jugak nasi lemak dekat kedai nie....rasanya hanya kedai ini jea yang buka...kedai lain banyak yang tutup....

On the way balik....singgah Shell Kelumpang......refill air dulu....top-up apa yang patut....cuaca panas nie kana banyak minum air.....

Relax dulu.....ambil tenaga dulu....

Sampai KKB....singgah Petronas pulak....lepak dulu...cuaca semakin panas....ambil semangat dulu nak kayuh balik nie...nak layan "dragon back" Rasa ini memang azab.....semoga dikuatkan semanggat...

Dapat jugak mileage lebih dari 100km.....next time nak plan buat century ride pulak....dah lama tak layan long distance endurance...

Route hari nie.....Bukit Sentosa-Perumahan Ros-Masjid Perodua-Sungai Choh-Serendah-Antara Gapi-Batang Kali-KKB-Kerling-Kelumpang-Tanjung Malim-Kelumpang-Rasa-Bukit Beruntung....
Next time...route century ride pulak.....
#KitaJagaKita
#prayforPalestine

Friday 14 May 2021

PKP3.0 Syawal 1442H Ride @KKB Loop Repeat - 15 May 2021

Hari ini repeat balik KKB Loop tapi kali nie masuk pekan KKB untuk bergambar dan time balik tidak melalui jalan Hulu Yam Bahru untuk ke Antara Gapi, tetapi hanya terus sahaja dari Batang Kali. Kayuhan berdua bersama Anas dan yang penting hari ini tak mandi hujan seperti semalam. Kenderaan banyak hari ini di atas jalan raya tetapi tidak ramai rider yang berkayuh hari ini, tidak seperti semalam.

Kayuhan santai dan hanya berhenti berehat di station minyak disebabkan tidak banyak kedai makan yang dibuka. Kalau buka pun tidak boleh makan di sana, hanya perlu bungkus sahaja. 


Kayuhan di pagi Syawal yang ketiga....pagi ini cuaca cerah serta panas....tidak seperti semalam, bermandi hujan....

Tenang sahaja....laluan Bukit Beruntung-Rasa....tetapi kenderaan banyak pagi ini....

Tidak ramai terserempak dengan rider pagi nie....jika semalam boleh dikatakan sepanjang laluan akan terserempak dengan penunggang basikal....

Berdua dengan Anas....pagi ini....

Port biasa.....kalau sampai di sini kena bergambar dulu....tunggu jugak kalau-kalau ada keretapi yang lalu.....macam biasa...hampa...

Pagi ini cuaca cerah....ada peluang kena bahang mentari kejap lagi time balik...

Sampai di pekan KKB.....walaupun pun Lukisan Mural ini dah lama ada...tapi baru kali ini berpeluang untuk bergambar di dinding kedai yang mengambarkan tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekitar kawasan Hulu Selangor....

Boleh berbasikal ke Fraser Hill....tapi sekarang nie tak boleh lah...ini dah dikira rentas sempadan...sebab atas puncak Fraser Hill dah dikira daerah Raub...nanti kena saman pulak...kali ini saman bukan setakat 1K...tapi boleh cecah sampai 50K kalau bernasib baik....hahahaha..

Aktiviti photograper sambil mengambil gambar burung di puncak Fraser Hill...aktiviti ini bukan ada di sepanjang tahun tetapi terdapat pada bulan-bulan yang tertentu...ada musim dia...kalau tak silap bulan June-July....

Posing gambar lah dulu....

Santuari Ikan Sungai Chiling....terdapat penternakan ikan kelah di sini....boleh datang tengok tetapi kena hiking dulu sebelum sampaidi sini....kalau dah sampai sini boleh terus mandi dekat air terjun Sungai Chiling....memang cantik kawasan air terjun ini....air pun sejuk dan segar....

Ini semua hasil usaha Majlis Daerah Hulu Selangor bagi memperkenalkan tempat-tempat menarik di sini...

Paragliding di atas puncak Bukit Batu Pahat.....antara aktiviti yang terbaru di kawasan Hulu Selangor ini....boleh terjun jika berminat....

Sepanjang lorong ini boleh bergambar.....nasib baik tak ada orang pagi ini.....line clear....

Kayuhan balik semula ke Bukit Sentosa....melalui jalan Perodua....berhadapan dengan Masjid Perodua....dah 2 tahun tak berpeluang untuk solat Tarawikh di masjid nie... In Sya Allah tahun depan dapat bersolat semula di sini...

Sebenarnya mileage lebih pendek berbanding semalam....sebab kali ini tidak melalui jalan Hulu Yam Bahru....lebih 15km kurang berbanding semalam...

Kali ini loop sempurna...tak ada yang terputus di tengah jalan....