Sunday 24 March 2013

Menjejaki Trek Antara Gapi Fun Ride - 24 March 2013

Minggu ini kayuhan menjejaki semula trek Antara Gapi Fun Ride 2009 yang telah lama ditinggalkan semenjak tamat acara yang dianjurkan dulu. Seramai 5 orang pada mulanya dan hanya 4 orang yang meneruskan kayuhan pada kali ini. Bermula di shop lot kedai berhampiran pintu masuk Antara Gapi seawal jam 8.40 pagi dengan menyusuri jalanraya menuju denai di Guru Nanak. Laluan road sejauh 2 kilometers dan seterusnya melalui laluan offroad mendaki yang licin serta berlumut.

Walaupun matlamat untuk berkayuh sehingga ke puncak Bukit Dagu tidak kesampaian disebabkan laluan yang banyak sudah berubah dan juga faktor masa. Dengan berpandukan GPS tanpa "treklog" serta hanya mengharapkan daya ingatan yang sudah 4 tahun lamanya, memang sukar untuk menjejaki semula laluan tersebut. Banyak pembangunan drastik telah dilakukan sehingga menyukarkan kami. Tetapi kami telah merancang untuk menjejaki semula laluan tersebut pada masa akan datang.....banyak kenangan nostalgia suka-duka sebelum,semasa dan selepas semasa kayuhan Fun Ride tersebut berlangsung...."semua itu sudah menjadi sebuah kenangan".....


Babat,Basri,Abun,Baguk,Josh

Halangan pertama sebelum memasuki laluan offroad di Guru Nanak...

Double trek climbing yang panjang.... 

Laluan licin dan berlumut.....

Relax dulu.....letih climbing...

Denai hutan yang menarik....

Memasuki semula taman perumahan Antara Gapi....



Climbing tarmac menuju Rumah Pump Air....

Pemandangan dari puncak...

Downhill tarmac....di sini lah lokasi aku semasa menjadi mashall dahulu....sempat ambik gambar peserta masa downhill....


Laluan ini memang berubah sama sekali...tak sama seperti dulu....jika dulu laluan lurus berpasir di dalam ladang kelapa sawit tetapi sekarang sudah menjadi jalan utama penduduk Antara Gapi ke Ulu Yam....

Memasuki laluan offroad menuju kebun sayur...masih seperti dulu...

Laluan berpasir....


Dulu tak ada pagar.... sekarang kena mintak kebenaran dulu sebelum nak masuk...

Banyak perubahan...sukar untuk menentukan laluan...

Climbing yang panjang....


Laluan semakin sukar tanpa treklog GPS... terpaksa berpatah balik...




Gambar kenangan semasa Antara Gapi Fun Ride 2009....


Bergambar bersama YDP Hulu Selangor....

Laluan ini sudah tak wujud lagi....sekarang sudah menjadi jalanraya menuju Ulu Yam....


Sunday 17 March 2013

Tekas Fun Ride 2013 - 17 March 2013

Minggu ini fun ride pulak di Taman Rimba Ampang @Bukit Belacan sempena Tekas Fun Ride 2013. Lebih kurang 500 orang pengayuh telah menyertainya dan berkayuh road sejauh lebih kurang 30 kilometers. Kayuhan berbentuk santai dan sempena meraikan perkahwinan anak brother Muz Racer Tekas yang telah melangsungkan perkahwinan pada hari ini. Acara lain dari yang lain, dimana diakhir kayuhan, pasangan pengantin berkayuh bersama-sama dengan peserta ke khemah sebelum dihidangkan dengan jamuan nasi minyak dan juga cabutan bertuah.

Kayuhan road mengelilingi kawasan perumahan Ampang Jaya dengan melalui Kelab Darul Ehsan dan seterusnya mendaki di Bukit Ampang sambil melayan pemandangan di sekitar bandar Kuala Lumpur.

Kepada pasangan pengantin...Aizuddin & Munira diucapakan "Selamat Pengantin Baru" semoga berbahagia hingga ke akhir hayat....


No Plate yang menarik .....

Solo rider.......


Di garisan permulaan...



Briefing tentang laluan oleh saudara Annuar Salehan...

Kayuhan bermula pada pukul 8.45 pagi..


Check Point 1....water station

Relax dulu....



Kayuhan menuju Bukit Ampang....

Check Point 2.... sebelum mendaki Bukit Ampang...


Pendakian bermula...

Pemandangan bandaraya Kuala Lumpur...

Check Point 3 ....Bukit Ampang...


Rehat dulu.... layan bergambar bersama Harian Metro, Roda Pantas & Cycling Malaysia....


Kayuhan di sambung semula... menuju rumah pengantin...



Pasangan pengantin yang diraikan.... Aizuddin & Munira...berkayuh bersama peserta menuju ke khemah pengantin...


Sampai di rumah pengantin...



Makan tengahari....nasi minyak pengantin..

Bergambar bersama pasangan pengantin...

Acara lucky draw bermula... macam biasa, tak lucky...

Pasangan pengantin berarak ke pelamin untuk bersanding....

Puncak paling tinggi di Bukit Ampang...

Laluan di sekitar Ampang Jaya.....