Sunday 24 February 2019

Hiking Bukit Kutu V5.0 : Training PTTP - 24 February 2019

Bulan ini sudah 2 kali mendaki ke Bukit Kutu, ini bagi persiapan untuk mendaki Pine Tree & Twin Peak Trail (PTTP) pada bulan hadapan. Persiapan perlu dilakukan kerana laluan ke Twin Peak lagi mencabar mental dan fizikal. Untuk menawan 2 puncak gunung perlukan persediaan yang mantap. Pendakian kali ini seramai 10 orang walaupun sepatutnya lebih dari itu, namun atas faktor yang tidak dapat dielakkan hanya ini sahaja yang berjaya. Ramai rakan-rakan yang kesibukan pada minggu ini.

Pendakian bermula pada pukul 8.45 pagi dan berakhir pada pukul 2.30 petang. Cuaca yang baik pada kali ini dengan suasana panas tanpa hujan disepanjang pendakian. Namun kali ini, ramai pendaki yang mendaki puncak Bukit Kutu, suasana meriah di atas puncak manakala kawasan parking kenderaan penuh sesak sehingga terpaksa meletakkan kenderaan di tepi lereng jalan.

Berjaya sampai di puncak Bukit Kutu pada 11.45 pagi setelah 3 jam mendaki....


Memulakan pendakian pada pukul 8.45 pagi....

Jambatan besi usang....walaupun sudah roboh tetap masih tetap boleh digunakan lagi...


Menyeberangi sungai kedua....pendakian sebenar pun bermula....

Pit stop "I Love Bukit Kutu"....rehat 5 minit sebelum meneruskan kembali pendakian...


Mandi peluh hari nie.... 

Jadi sweeper denga Nasir kali nie....

Pendakian pacak menuju ke Batu Tedung....

Sampai ke Batu Tedung...lepak rehat dulu....


Setelah berehat selama 10 minit....meneruskan kembali pendakian untuk sampai ke puncak...masa yang diperlukan untuk sampai ke puncak lebih kurang 45 minit...tetapi tidak seteruk pendakian menuju ke Batu Tedung...

Puncak Bukit Kutu....disebabkan ramai sangat pendaki pada kali ni...ambil keputusan untuk bersantai di bawah sahaja....

Serombong asap.....trademark Bukit Kutu....

Santai-santai jea.....lepak dalam sejam....turun semula pada pukul 12.45 tengahari....


Bergambar dulu sebelum turun....

Sampai jua akhirnya.... tak ambil gambar semasa turun...handphone simpan dalam bag jea...

Redah sungai jea...malas nak naik jambatan...lagi pun air sungai cetek jea tetapi sejuk....

Jambatan gantung yang terakhir....sampai di parking kenderaan....

Puas hati....dapat mandi peluh minggu nie.... minggu depan kita ber"powerman" di Putrajaya pulak...

Parking kenderaan masih penuh....ramai lagi yang masih belum balik....

Jumlah masa turun naik lebih kurang 4 jam 20 minit.... ini mengikut kecergasan fitness masing-masing....ada yang laju dan ada yang santai jea....

Jarak lebih kurang 12km untuk pergi dan balik.... 2 minggu lagi, berjumpa di Twin Peak Trail pulak...

Saturday 9 February 2019

Hiking Bukit Kutu V4.0 - 9 February 2019

Hiking Bukit Kutu V4.0 merupakan kali keempat mendaki di sini. Bukit Kutu bukan sebarangan bukit, nama sahaja bukit tetapi ketinggiannya seperti gunung. Bukit ini sememangnya tidak sesuai untuk newbie disebabkan oleh tempoh pendakian yang panjang iaitu lebih kurang 4 jam pendakian dengan mengikut kekuatan fitness masing-masing. Namun, pemandangan di atas puncak memang menarik terutama jika dapat berdiri di atas batu besar di puncak sambil menikmati pemandangan empangan KKB.

Memulakan pendakian pada pukul 7.30 pagi dengan hanya bertiga sahaja. Menyeberangi 2 buah sungai terlebih dahulu sebelum pendakian sebenar bermula. Pendakian menuju ke puncak Bukit Kutu merupakan laluan yang agak sukar dan tidak sesuai bagi mereka yang pertama kali mendaki kerana terdapat laluan yang memerlukan pendaki untuk memanjat sambil menggunakan tali. Tempoh masa lebih kurang 2 jam setengah diperlukan untuk sambil ke Batu Tedung dan 45 minit lagi untuk sampai ke puncak. Lebih kurang 4 jam diperlukan untuk sampai dan ini juga bergantung kepada kekuatan fizikal dan stamina setiap pendaki.


Kali ke-4 mendaki Bukit Kutu....walaupun diberi nama bukit tapi tahap kesukarannya tidak boleh dipandang mudah...

Laluan masuk ke trail....jambatan besi...

Bertiga jea hari nie....


 
Jambatan besi usang yang masih berguna untuk menyeberangi sungai....dah lama rasanya jambatan ini dalam keadaan begini.... walaupun sudah sengget namun masih lagi berjasa...

Air sungai yang tenang....

Air agak cetek mungkin disebabkan hujan yang kurang turun ketika ini...

Pendakian sebenar pun bermula.....pacak tegak...

Relax dulu....ambil nafas dulu...


Mendaki lagi....semakin tinggi ...semakin pacak...

Sampai pit stop " I Love Bukit Kutu".....rehat dulu....

Tak ramai yang mendaki Bukit Kutu hari ini....

Sampai di kawasan "Batu Tedung"....rehat 5 minit sebelum memulakan pendakian semula...

Masa pendakian dari Batu Tedung ke puncak Bukit Kutu lebih kurang 45 minit bergantung kepada stamina...

Sampai di puncak pada pukul 10.30 pagi....lebih kurang 3 jam diperlukan untuk sampai...

Trademark Bukit Kutu....Chimney yang masih kukuh di atas puncak....bekas peninggalan rumah Pegawai British semasa era penjajahan Bristish di Tanah Melayu.... 

Hanya lepak berehat selamat 30 minit sahaja dan kemudian bergerak untuk turun...

Layan pemandangan dulu....cuaca cerah dan panas terik...


Mula turun pada pukul 11 pagi.....disebabkan hanya bertiga...tak tunggu lama...kalau tidak, selalunya masak air dulu sambil pekena air kopi panas dan nasi lemak...tapi kali ini makan roti jea....

Hampir sampai di parking kereta...lebih kurang 2 jam masa diambil untuk turun...

Kenderaan penuh di kawasan parking sehingga ada yang parking di bahu jalan...ramai yang berkelah bersama family di kawasan ini....

Alhamdullilah....selamat sampai tanpa sebarang kecederaan atau perkara yang tidak diingini...nasib baik jugak tidak terserempak dengan Jabatan Hutan.... disebabkan sekarang nie tengah panas pasal isu permit masuk ke kawasan hutan sekitar Hulu Selangor...

Jarak sejauh 6km dari kawasan parking kenderaan sehingga ke puncak Bukit Kutu....jarak keseluruhan lebih kurang 12km sahaja...tapi azabnya tetap terasa....