Sunday 25 October 2015

Melaka Century Ride 2015 - 25 Ocotber 2015

Melaka Century Ride 2015 merupakan event century ride yang ke-8 dan yang terakhir untuk tahun ini. MCR 2015 adalah penganjuran kali kedua setelah berjaya pada tahun lepas. Jika tahun lepas bermula di Bayou Resort Bukit Katil, namun kali ini bermula di Dataran Bersejarah Ayer Keroh. Penyertaan kali ini seramai lebih kurang 3100 orang peserta.

Laluan trek yang disediakan lebih sengsara dan menyeksakan berbanding tahun lepas. Kali ini banyak sangat pendakian di sepanjang laluan dan menyebabkan tenaga maksimum dikerahkan dan segala kudrat diperah sehingga ke garisan penamat.


Penyertaan MCR kali kedua untuk tahun ini....

Bersama Iskandar....Wak tak dapat join akibat masalah kesihatan disebabkan pembedahan kecil di bahagian kaki.... 

Pagi yang damai di Dataran Bersejarah Ayer Keroh....

Lebih kurang 3150 orang peserta pada tahun ini....lebih ramai berbanding tahun lepas....



Kayuhan bermula pada pukul 7.10 pagi dengan acara race dilepaskan dahulu diikuti dengan roadbike century ride dan mtb century ride....


Water Station 2... berhenti seketika untuk refill air dan makan pisang...


Suasana semakin sesak apabila semakin ramai rider yang sampai....


Kayuhan selepas Bukit Langsat.....


Last Water Station di Alor Gajah sebelum menuju ke Durian Tunggal.....

Woow....macam-macam ada....cendol ada...mee hoon pun ada...cukup meriah...

Ramai rider melepak di sini walaupun kayuhan masih berbaki 30km lagi.....

Macam biasa...hanya mengambil air mineral dan meneruskan semula kayuhan....tak berani nak makan cendol, takut cramp....



Sampai di garisan penamat dengan selamat.....alhamdullilah....


Menunggu acara lucky draw....macam biasa laa...tak lucky pun....

Medal yang menarik....


Laluan sejauh lebih kurang 158km...walaupun laluan berbukit memang banyak, namun disebabkan diawal kayuhan maka tidak terasa sangat keletihannya....pendakian di Bukit Langsat serta laluan berbukit di Nyalas serta Selandar memang cukup mencabar....pendakian terakhir di kawasan menuju ke Durian Tunggal juga hampir menyebabkan mental down....

Koleksi medal century ride yang kelapan untuk tahun ini....

Secara keseluruhannya, MRC kali ini menghidangkan laluan berbukit yang mencabar, kawalan trafik daripada pihak polis dan marshal juga memang terbaik. Pengurusan perjalanan acara juga berjalan dengan lancar dan teratur, hanya terdapat sedikit kekalutan semasa hari pengambilan goodies bag di Gold Coast Resort Hotel terutama untuk kategori individu yang menyebabkan banyak masa terbuang hanya semata-mata untuk menunggu giliran .... diharapkan dapat diperbaiki pada tahun hadapan...

Monday 19 October 2015

PCC Maxxis Presidential Ride 2015 - 18 October 2015

Acara dwi-tahunan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat tegar mountain bike muncul kembali pada tahun ini. Pertama kali menyertainya pada tahun 2009, namun kecundang di Check Point 3 setelah "time out" masa tamat. Namun kehampaan tahun 2009 telah ditebus semula pada tahun 2011. Tetapi disebabkan kekangan masa pada tahun 2013, tidak dapat menyertainya. Pada tahun ini menyahut semula cabaran di "PCC Maxxis Presidential Ride 2015" dengan tapak acara bertukar ke Eco Venture Semenyih Park berhampiran dengan Tanah Perkuburan Nirvana Semenyih.  

Penyertaan kali ini mencecah seramai lebih kurang 1400 peserta. Masing-masing cuba menghabiskan kayuhan sejauh 55km dengan rintangan mental dan fizikal di tahap maksimum. Hanya mereka yang melaluinya mampu mengambarkan bertapa sengsaranya dan azabnya kayuhan pada kali ini.


Event PCC yang ketiga disertai setakat ini...jika dulu plate number bersaiz kecil kini berbeza dengan material plastik yang kalis air....

PRCC
Nuar-Afitz-Babat-Iskandar-Abun

Bergambar dulu sebelum memulakan kayuhan....

Bersama dengan rakan SBOT.....

Ramai peserta telah bersedia di garisan permulaan....


Sungai Buloh Old Town....SBOT

Gimik flying fox bersama banner PCC sebelum acara bermula....


Kayuhan bermula pada pukul 8 pagi....

Memasuki laluan offroad....traffic jam.... 

Laluan denai yang sempit.....


Buat trek sendiri....ramai peserta yang memintas laluan....

Woow....Afitz...ceria

Titi sempit yang menjadi punca kesesakan....tunggu giliran sebelum melintas....

Climbing di ladang getah....boleh tahan tinggi bukit nie...

Ramai dah menolak basikal akibat kepenatan....

Rupanya ada climbing lagi....adduhhh...banyaknya bukit....

Afitz tengah henjut....muka ada senyum....

Downhill singletrek...tunggu giliran nak turun....

Kejapnya layan downhill....lepas tu layan climbing lagi....

Fuuuhh.....letihnya...

Tolak jea lah basikal....bukit tak habis-habis....

Laluan singletrek dalam hutan....menolak lagi...

Curam sangat. bukit nie...tolak jea laah.....

Sampai Check Point 1.....refill air dulu...

Lepas nie climbing tarmac pulak....boleh tahan tinggi bukit nie...lebih kurang 220meter...

Layan jea....

Habis climbing tarmac...layan climbing offroad pulak....

Tinggi gile bukit nie....kayuh tak sudah-sudah nie....

Bila nak habis bukit nie....rasanya dah nak sampai puncak nie...lepas nie layan downhill licin dan berpasir....

Lepas layan downhill...cross anak sungai pulak...sempat menyejukan kaki yang sememangnya tengah panas....

Terus climbing lagi.....laluan berbatu serta berpasir....

Hahaha....ini lah yang dikatakan "Mother of Bitch Hill".....

Bukit nie pacak tak ingat.....jenuh menolak basikal sehingga ke puncak....


Memang semua orang menolak...tak ada sapa pun yang mengayuh....

Sakit lutut dan kaki semasa menolak....pinggang pun dah mula sakit....

Jauh lagi nak sampai ke puncak.....

Menolak sepanjang mendaki....memang cukup meletihkan....

Menuju ke Check Point 2......

Masih ada sejam lagi sebelum check point ditutup....

Laluan kali ini banyak tertumpu di kawasan ladang kelapa sawit...terdapat climbing yang pendek tetapi pacak....

Sampai di check point ketiga....

Lega...cut off masa masih lama lagi....relax dulu sebelum menyambung semula kayuhan...

Laluan masih berbaki 8km lagi....namum bukit masih belum habis lagi....layan climbing lagi dengan menggunakan kudrat yang masih ada....

Sampai juga di Check Point 4...yang terakhir.....

Menuju ke finishing line....

Alhamdulillah syukur ....sampai jua akhirnya...


Jarak kayuhan sejauh 54km....

Medal sebagai kenangan yang cukup bermakna dan ditambah dengan keperitan dan kesengsaraan untuk menghabiskannya....sememangnya trail PCC memang berjaya menguji ketahanan dan kekentalan fizikal dan mental para peserta....Tahniah PCC....tahun 2017, in sya allah akan berkunjung semula di sini....