Sunday 25 October 2015

Melaka Century Ride 2015 - 25 Ocotber 2015

Melaka Century Ride 2015 merupakan event century ride yang ke-8 dan yang terakhir untuk tahun ini. MCR 2015 adalah penganjuran kali kedua setelah berjaya pada tahun lepas. Jika tahun lepas bermula di Bayou Resort Bukit Katil, namun kali ini bermula di Dataran Bersejarah Ayer Keroh. Penyertaan kali ini seramai lebih kurang 3100 orang peserta.

Laluan trek yang disediakan lebih sengsara dan menyeksakan berbanding tahun lepas. Kali ini banyak sangat pendakian di sepanjang laluan dan menyebabkan tenaga maksimum dikerahkan dan segala kudrat diperah sehingga ke garisan penamat.


Penyertaan MCR kali kedua untuk tahun ini....

Bersama Iskandar....Wak tak dapat join akibat masalah kesihatan disebabkan pembedahan kecil di bahagian kaki.... 

Pagi yang damai di Dataran Bersejarah Ayer Keroh....

Lebih kurang 3150 orang peserta pada tahun ini....lebih ramai berbanding tahun lepas....



Kayuhan bermula pada pukul 7.10 pagi dengan acara race dilepaskan dahulu diikuti dengan roadbike century ride dan mtb century ride....


Water Station 2... berhenti seketika untuk refill air dan makan pisang...


Suasana semakin sesak apabila semakin ramai rider yang sampai....


Kayuhan selepas Bukit Langsat.....


Last Water Station di Alor Gajah sebelum menuju ke Durian Tunggal.....

Woow....macam-macam ada....cendol ada...mee hoon pun ada...cukup meriah...

Ramai rider melepak di sini walaupun kayuhan masih berbaki 30km lagi.....

Macam biasa...hanya mengambil air mineral dan meneruskan semula kayuhan....tak berani nak makan cendol, takut cramp....



Sampai di garisan penamat dengan selamat.....alhamdullilah....


Menunggu acara lucky draw....macam biasa laa...tak lucky pun....

Medal yang menarik....


Laluan sejauh lebih kurang 158km...walaupun laluan berbukit memang banyak, namun disebabkan diawal kayuhan maka tidak terasa sangat keletihannya....pendakian di Bukit Langsat serta laluan berbukit di Nyalas serta Selandar memang cukup mencabar....pendakian terakhir di kawasan menuju ke Durian Tunggal juga hampir menyebabkan mental down....

Koleksi medal century ride yang kelapan untuk tahun ini....

Secara keseluruhannya, MRC kali ini menghidangkan laluan berbukit yang mencabar, kawalan trafik daripada pihak polis dan marshal juga memang terbaik. Pengurusan perjalanan acara juga berjalan dengan lancar dan teratur, hanya terdapat sedikit kekalutan semasa hari pengambilan goodies bag di Gold Coast Resort Hotel terutama untuk kategori individu yang menyebabkan banyak masa terbuang hanya semata-mata untuk menunggu giliran .... diharapkan dapat diperbaiki pada tahun hadapan...

No comments:

Post a Comment