Sunday 14 March 2010

Kayuhan Di FRIM,Kepong-13 March 2010

Minggu ini kayuhan kami di Forest Research Institute Malaysia,FRIM di Kepong. Kali terakhir kami berkayuh di sini pada December tahun lepas. Starting point kami, macam biasa di Hospital Kusta, Sungai Buloh. Tempat ini merupakan tempat yang selalu digunakan oleh pengayuh-pengayuh mountain bike untuk meletakkan kenderaan mereka. Pagi ini tidak ramai pengayuh-pengayuh MTB yang kelihatan, cuma 3 orang "mat salleh" sahaja yanag berada diparking kereta. Kami seramai hanya 4 orang sahaaj yang terdiri dari Aku,Nuar,Fairuz dan Wak. Ramai kawan-kawan lain yang tidak diberkelapangan untuk menyertai ini kayuhan pagi ini. Josh & Azam akan berkayuh pada hari Ahad di Trek Hash Sungai Buaya untuk membawa rakan-rakan mountain bike yang lain yang tidak berpeluang untuk merasai trek tersebut pada hari hash yang lalu. Kami berempat tidak berkesempatan untuk berkayuh bersama mereka kerana terdapat jemputan perkahwinan pada hari tersebut.

Babat....

Peroz....

Nuar...

Wak.....

Peroz... mendaki "steroid"...3x pusing

Sasaran kayuhan kami kali ini, seperti biasa laluan "Streroid" & "Single trek-Dream Trail". Selepas selesai melayan Streroid, kami berahat di Kafetaria FRIM. Selepas itu, kami pun memasuki laluan Single trek dan seterusnya pulang menuju ke parking kereta.


Laluan masuk "single trek"

Pokok Berusia Ratusan Tahun...