Monday 28 March 2011

Malaysian Gold Jamboree 2011 - 27 March 2011

Malaysian Gold Jamboree 2011 mencipta sejarah di dalam Malaysia Book of Record dengan penyertaan yang paling ramai setakat ini iaitu 2600 penyertaan. Bertempat di Bukit Merah Lake Town Resort, acara ini telah berjalan dengan jayanya. Program yang telah dianjurkan oleh Biro Sukan Pemuda Umno Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan.

Distance : 45.7Km
Moving Time : 2 hour 36 minutes
Stopped Time : Zero
Max Speed : 58.8 Km/hour
Moving Avg : 17.5 km/hour

No. Plate...2238

Peserta di Starting Point....



Tempat acara jamboree berlangsung...

Puncak Jamboree....letih mendaki kat area nie...dah nak sampai penamat kena mendaki menuju Lake Town Resort...

Berjaya menamatkan kayuhan...

Solo lagi.....


Acara membasuh basikal...



Anak kesayangan datang membantu....



Medal... Malaysian Gold Jamboree

Laluan trek sejauh 46.7 kilometer

Laluan kali ini agak landai dan kurang berbukit....tapi sedikit pendakian di saat akhir menuju garisan penamat

Secara keseluruhannya, jamboree kali ini agak berjaya walaupun terdapat kelemahan yang perlu diatasi. Rata-rata kebanyakan peserta melahirkan perasaan tidak puas hati semasa di starting point. Untuk penganjur, tindakan mengarahkan peserta yang berada di bahu-bahu jalan ke garisan permulaan merupakan tindakan yang sia-sia sahaja. Perkara ini telah banyak kali berlaku semasa jamboree yang lepas. Sepatutnya, tempat yang lebih luas serta kawasan permulaan yang dipalang dengan pagar seperti di Jerai Jamboree perlu diambil perhatian. Ini kerana  penyertaan kali ini mengundang jumlah yang ramai dan segala kemungkinan perlu dijangkakan.

Laluan trek yang landai serta kurang berbukit mungkin sesuai untuk keadaan musin hujan pada ketika ini. Segulung tahniah kepada pihak penganjuran kerana berjaya menjayakan jamboree kali ini dengan sebaik mungkin...Syabas!!!

Friday 25 March 2011

Malaysian Gold Jamboree 2011

Malaysian Gold Jamboree 2011 merupakan jamboree yang seterusnya di Bukit Merah Lake Town Resort. Setelah berjaya mengharungi cabaran di Jerai, Gugusan Adela, Jeli Kayuh Sokmo dan Teluk Batik Jamboree, kini di Bukit Merah, Perak.


Peyertaan keseluruhan seramai lebih kurang 2462 peserta. Ini merupakan penyertaan yang paling ramai setakat ini yang penah dicapai. Diharap tidak berlaku kesesakan di laluan trek.

Lokasi Jamboree....




Laluan trek....





















Monday 21 March 2011

Jersey Prima Rider Cycling Club (PRCC)

Jersey terbaru Prima Riders Cycling Club (PRCC).......


Padangan Hadapan....

Logo...PRCC





D'Hatyai.....

Semasa percutian di Hatyai pada hujung minggu yang lalu, aku sempat meluangkan masa ke kedai basikal, Srisuwandee Bicycle Shop kepunyaan Mr.Teoh yang merupakan penganjur bagi Hatyai Jamboree 2011. Banyak info yang telah diberikan oleh Mr.Teoh berkenaan Hatyai Jamboree pada bulan June nanti.


Kedai Basikal Mr. Teoh di Bandar Hatyai...


Jersey Hatyai Jamboree 2011.... (logo 4 negara ... Thailand,Malaysia,Singapore & Indonesia)

Bersama Mr. Teoh......

Menurut Mr.Teoh, laluan trek pada tahun ini berbeza dengan tahun yang lepas. Jarak kayuhan kali ini sejauh 40~45km berbanding 55km pada tahun lepas. Peserta akan dihidangkan dengan pelbagai jenis trail dan bentuk muka bumi. Medal serta sijil akan diberikan kepada mereka yang dapat menghabiskan kayuhan.

Hatyai Municipility Park... lokasi jamboree... tempat yang sama seperti tahun lepas


Di antara tempat yang sempat dilawati....

Samila Beach...Songkhla...

Floating Market....


Di waktu malam...

Florida Hotel... hotel penginapan yang selesa dan murah....


Kepada mereka yang ingin menyertai Hatyai Jamboree pada tahun ini, penyertaan telah dibuka. Sila layari .http://thaitrackzone.com/en/index_en.htm untuk makluman lanjut.