Saturday 28 May 2022

Mencari mileage yang hilang....@BB-KKB Dam-Sg. Chilling - 28 May 2022

Dah lama berkayuh jarak jauh, sekali kena mintak nyawa sebab dah lama sangat tak berkayuh. Tapi cuaca hari ini nampak mendung dan redup, memang sesuai untuk berkayuh. Sebab tu terlajak sampai ke Sungai Chilling. Lagi pun Sungai Chilling sudah mula dibuka semula setelah hampir lebih kurang 3 tahun ditutup semenjak sebelum pendemic lagi. Ramai pengunjung di kawasan parking Sungai Chilling. Next time, plan bersama family untuk ke air terjun Sungai Chilling pulak. Sebelum tempat ini ditutup semula, lebih baik cepat pergi. Sebab Sungai Chilling memang kerap sangat ditutup kerana kawasan sungai di sini merupakan santuari ikan kelah di mana ikan kelah diternak di sini. Awas jangan cuba memancing atau menagkap ikan disini. Buruk akibatnya nanti.

Kayuhan bermula seawal jam 7.20 pagi, terserempak ramai dengan pengayuh lain pagi ini di Bukit Beruntung. Tetapi langsung tak nampak pengayuh dari pekan KKB menuju ke Sungai Chilling. 


Hari ini kayuh solo jea....bak kata orang, kalau nak kayuh slow-slow kena kayuh sorang-sorang...baru tak menyusahkan orang lain....langsung tak jumpa pengayuh di laluan menuju empangan KKB...hanya banyak kereta menuju ke Fraser Hill...

Awal pagi di hadapan Sirim Rasa....banyak kenderaan pagi ini...ramai yang bekerja hari ini...

Solo jea....

Pit stop....port biasa...persimpangan jalan Rasa-KKB.....lepak rehat dulu...putus nyawa tadi climbing roller coaster....

Sampai pekan KKB.... menuju ke empangan KKB....

Jambatan sebelum sampai ke empangan...dulu jambatan ini meriah dengan swing rope jumping...tetapi setelah berlaku kemalangan pada September 2020, dimana seorang peserta wanita yang terjatuh di atas batu semasa berhayun...tempat ini telah ditutup...

Sehingga kini telah sepi daripada aktivit swing rope....tetapi di bahagian kawasan bawah jambatan terdapat tempat untuk water rafting dimana akan menyusuri sungai sehingga ke kawasan Cherandong, berhampiran dengan Darul Quran...

Sampai di pintu masuk Empangan KKB....

Kawasan empangan masih lagi belum dibuka untuk orang ramai...minta kebenaran dari brother staff Air Selangor untuk masuk mengambil gambar empangan...brother tuu bagi 5 minit jea untuk ambil gambar...semasa dia menurunkan palang untuk mengelakan orang awam masuk, sempat berborak dengannya...orang asal Kampung Gerachi Jaya...banyak pengalaman dan tahu tentang selok belok serta sejarah di kawasan KKB...banyak juga nasihat serta panduan diberikan jika hendak masuk ke dalam hutan... satu benda yang sempat beliau bagi tahu yang menyebabkan terasa baru tahu akan kewujudannya adalah sebuah kediaman mewah yang bertaraf rumah agam yang mempunyai sebuah kolam renang yang terdapat di tepi tasik empangan KKB....try google map, memang betul kewujudan rumah mewah tersebut dimana pemiliknya pernah datang dengan menaiki helikopter dan akan mendarat di kawasan padang di dalam empangan KKB...

Ketenangan di empangan...

Kawasan ini selalunya berpasir....namun dipenuhi dengan air semasa air empangan penuh... 

Pintu masuk Sungai Chilling....sudah dibuka....next time akan pergi...

Kawasan parking yang penuh dengan kenderaan pengunjung....semasa Sungai Chilling ditutup..kawasan lenggang jea...kalau ada pun, pengayuh yang meletakkan kenderaan di sini untuk berkayuh ke Fraser Hill...

Refill air dulu....kayuhan balik masih jauh lagi....

Singgah di 7-Eleven Antara Gapi...perut lapar pulak...makan roti & air Nescafe dulu...

Kenderaan banyak hari ini...tak lalu dekat Sungai Choh...pintas masuk ke jalan belakang Perodua E9...minggu lepas pun guna jalan dekat sini jugak...

Parking yard Perodua....banyak kereta...

UMW High Value Park....giat dalam pembinaan....

Kawasan ini akan menjadik kawasan perindustrian yang baru tidak lama lagi...

Cukup untuk kayuhan hari ini....penat dan barai....dah lama tak kayuh jauh...terasa badan sakit-sakit...kaki pun nak cramp tadi..nasib baik tak teruk...

Next time nak kayuh jauh lagi....dah lama tak buat endurance...next time, tunggu stamina ada balik...ini pun dah nak minta nyawa...

Thursday 26 May 2022

Rayau KL @KL Car Free Day - 22 May 2022

Sebenarnya memang dah lama teringin nak berkayuh di KL Car Free Day, namun disebabkan pendemic Covid-19 yang melanda menyebabkan hasrat tidak berkesampaian. Apabila kelonggaran diberikan dan tidak perlu mematuhi SOP yang terlalu ketat, maka peluang untuk berkayuh kembali bersemangat. Walaupun event ini telah lama dimulakan semenjak tahun 2016, hanya setelah 6 tahun baru menyertainya. 

Laluan sejauh 5km & 7km akan ditutup untuk semua kenderaan bermotor bermula dari pukul 7 pagi sehingga 9 pagi. Antara laluan yang ditutup adalah Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Jalan Ampang dan Jalan P.Ramlee. Minggu pertama dan ketiga sejauh 7km jalan ditutup sehingga ke KLCC. Namum pagi minggu ini laluan hanya sejauh 5km dibuka tanpa melalui KLCC. Jika dulu event ini hanya pada minggu pertama setiap bulan, namun acara ini sudah menjadi acara minggu bermula tahun ini. Setiap minggu pada hari Ahad akan ada Car Free Day. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti berjogging, berbasikal, rollerblading/skateboarding atau berjalan kaki sahaja. Boleh refer dekat link ini untuk detail   KL Car Free Day  

First time berkayuh di KL Car Free Day.....next time nak repeat lagi....berkayuh santai sambil melayan suasana di bandaraya Kual Lumpur...

Bersama wife kali ini....dia teringin sangat nak berkayuh di KL....sekali-sekala beli jiwa....

First time kayuh basikal folding nie...agak kekok sikit....tak macam mtb...tayar kecik, penat sikit kayuh...

Jalan Sultan Ismail menuju ke Jalan Tunku Abdul Rahman....ramai jugak yang join pagi nie....ramai yang berbasikal & berlari....yang pakai roller blade pun ada jugak... yang beriadah bersama family pun ramai jugak...

Jalan Tunku Abdul Rahman....

Route untuk KL Car Free Day...laluan sejauh 5km dan 7km disekitar bandaraya Kuala Lumpur...

Pertama Complex....antara shopping mall yang paling lama di KL....memang best dekat sini, banyak jual barang ourdoor...

Kayuh santai jea.....just relax-relax jea....

Jalan ini memang top time bulan Ramadhan.....

KL Tower....mercu tanda Kuala Lumpur.....pernah sekali jea naik...itu pun dah lama sangat...lebih kurang 20 tahun yang lalu..itu pun time belum kahwin lagi..next time kena repeat balik kat sini....

Laluan kali ini tidak dibuka sehingga ke KLCC....simpang depan tu patah balik ke Jalan Sultan Ismail....next week buka kot sehingga ke KLCC....

Menuju ke Dataran Merdeka pulak....bergambar di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad....

Pertemuan dua sungai antara Sungai Gombak dan Sungai Klang....di Masjid Jamek KL...

Wagon ni kalau tak silap jual minuman kopi...tapi bila sampai dan packing nak tutup....tak merasa nak beli apa-apa....

Sungai Gombak....bersih tak ada sampah sarap tapi air tak jernih....keruh dan gelap...

Jambatan antara Masjid Jamek ke Dataran Merdeka....tadi ramai yang bergambar disini, sekarang dah kurang orang....mungkin ramai dah membawa haluan masing-masing disebabkan masa sudah hampir tamat...tak lama lagi semua jalan akan dibuka semula...

Tempat legend.....Central Market.....tempat yang penuh dengan kenangan....dulu time SRP tution dekat sini....Pusat Tution Kasturi....time free balik tution selalu singgah dekat sini terutama tempat orang melukis...layan artis yang sedang melukis...pelbagai gerai untuk survenior ada jual di sini yang bertemakan kebudayaan dan cara hidup Malaysia.... tapi dah lama jugak tak masuk sini...next time kena datang balik....

Ada gerai di sini.....laluan ditutup untuk basikal...hanya pejalan kaki sahaja...



Mileage 13km sahaja.....jadilah asalkan puas round-round KL....next time boleh repeat lagi...

Banyak lagi tempat yang boleh diexplore di sekitar KL...banyak lagi hidden place yang terdapat di sini...hanya perlu kayuh dan menghayatinya...

Sunday 22 May 2022

Back to saddle @Bukit Beruntung Loop - 21 May 2022

Setelah sekian lama tidak berkayuh road bike, kali ini menguatkan semangat untuk berkayuh semula setelah hampir 5 bulan tidak berkayuh di atas jalan raya. Disebabkan sudah lama tidak berkayuh, maka kayuhan kali ini adalah santai-santai sahaja. Loop Bukit Beruntung merupakan pembukaan kayuhan pada tahun ini dan diharapkan akan terus bersemangat untuk meneruskan kayuhan pada masa akan datang.

Kayuhan bersama Anas setelah lama tidak kayuh bersama dan kayuhan bermula awal disebabkan terdapat "open house" hari raya pada sebelah petangnya. Route santai melalui Bukit Beruntung-Rasa-Batang Kali-Antara Gapi-Serendah-Sg. Choh-Bukit Beruntung. Kayuhan sejauh 48km sebagai permulaan sebelum pegi lebih jauh lagi.


Dah lama tak berkayuh...terasa penat semasa mendaki di laluan roller coster Bukit Sentosa-Rasa....

Kayuhan di waktu pagi...masih lagi berkabus walaupun pada tengaharinya panas terik....maklumlah sekarang ini cuaca agak panas terutama semasa tengahari...

Santai jea kayuh hari ini....

Pit Stop...selepas Sirim Rasa.....layan panas kejap sambil bergambar..lepas itu meneruskan kayuhan ke Antara Gapi untuk bersarapan pagi...

Fuuuh.....matahari dah mula naik....dan panas di awal pagi....

Tiada gambar semasa berhenti rehat di Antara Gapi...on the way balik lalu jalan belakang Perodua E9....sambil kayuh sambil tengok-tengok progress kawasan UMW High Value Park....dah banyak kemajuan di kawasan ini...banyak jalan mula dibina dan kerja-kerja meratakan tanah sedang giat dijalankan...

Kawasan ini akan menjadi kawasan perindustrian Aeroangkasa dan terdapat juga pembinaan kilang-kilang vendor automotive di sini...

Banyak climbing jugak kat kawasan ini.....berpeluh jugak mendaki semasa cuaca dah panas nie...

Pakai nama Presint dekat kawasan ini....dah macam nama dekat Putrajaya pulak...

Roundabout UMW High Value Park....nak masuk kawasan ini tak boleh sebarangan sebab ada security yang jaga...kalau nak berbasikal selalunya dia orang tak kacau...hanya kalau naik motor jea dia orang akan tahan.... 

Parking yard kereta Perodua....banyak tempahan...lori carrier pun keluar masuk membawa kenderaan untuk diedarkan....hujung minggu laluan di sini memang sibuk dengan kenderaan lori....kena berhati-hati...

Cukuplah permulaan untuk kali ini....next time kayuh lagi....dah berumur ini tak boleh push push sangat...ramai sangat yang nak sihat tetapi akhirnya penyakit yang dapat....

Next ride.....nak panjat Fraser Hill pulak....dah lama tak berkayuh disana....rindu pulak nak climbing....