Tuesday 30 November 2021

Train To Dabong : Sayonara Dabong

Percutian singkat hujung minggu berakhir dengan ketibaan keretapi di Stesen Keretapi Dabong pada pukul 5.50 petang dan mula bertolak pada pukul 6.10 petang. Perjalanan pulang, kami memilih untuk menaiki DMU (Diesel Multiple Unit). Keretapi yang agak moden berbanding dengan Express Timuran. DMU ini seakan-akan ETS kerana fasilitinya agak moden dan cantik. DMU merupakan keretapi antarabandar yang pertama di pantai timur yang diharap menjadi pemangkin ekonomi di sebelah pantai timur. Kami tidak memilih untuk menaiki Express Timuran kerana jadual perjalanannya agak lewat iaitu pada pukul 9.50 malam dan hanya akan sampai di Kuala Lipis pada pukul 1.45 pagi. Agak lewat kerana perlu memandu selama 3 jam lagi untuk sampai di Bukit Beruntung. 

Kepada mereka yang tiada kekangan masa bolehlah menaik Express Timur kerana DMU ini adalah keretapi antarabandar yang akan berhenti di setiap stesen. Sejumlah 24 stesen keretapi yang perlu  ditempuhi dari Dabong hinggalah ke Kuala Lipis. Disebabkan itu, masa perjalanan DMU lebih lama berbanding dengan Express Timuran. Lebih kurang 5 jam perjalanan dengan DMU. Tetapi perlu diingat, laluan DMU adalah dari Tumpat ke Kuala Lipis sahaja. Bermaksud stesen terakhir adalah Kuala Lipis. Oleh itu jika ada yang hendak ke Gemas, perlu mengunakan Express Timuran sahaja.  


Perjalanan sejauh 162km dari Dabong ke Kuala Lipis selama 5 jam menggunakan DMU...

Stesen keretapi Dabong...

Keretapi dah sampai....


Kemudahan agak moden berbanding dengan Express Timuran....agak selesa dan bersih...

Dah start nak tidur dah...

Muka penat.....dah nak tidur dah nie....keretapi jalan jea...terus tutup mata....

Tiket untuk balik beli semasa sampai di Dabong pada hari Sabtu...elok bila sampai jea terus beli untuk mengelakkan terburu-buru semasa balik nanti...
Terdapat 2 tiket yang akan diberikan untuk ke Kuala Lipis...
Dabong ke Gua Musang.....dan
Gua Musang ke Kuala Lipis...
Walaupun 2 tiket tetapi tiada pertukaran train....masih dengan train yang sama jea...sehingga ke Kuala Lipis...

Layout train DMU....ada 4 koc....

Cafe dalam DMU....disini hanya disediakan makanan segera dan minum 3In1 sahaja...tidak seperti Express Timur, boleh makan di Cafe Koc...

DMU hanya menyediakan 2 meja makan sahaja...penumpang dibenarkan untuk makan di tempat duduk masing-masing....hanya beli di sini dan makan di tempat duduk...

Cafe pun di dalam Koc penumpang...tidak seperti Express Timuran yang mempunyai Koc Cafe sendiri...

Makan maggie cup dengan Nascafe 3 In 1 sahaja...harga ok lah...berpatutan...

Banyak stesen perhentian....disebabkan itu masa perjalanan agak lama...

Untuk ke Kuala Lipis....24 stesen...memang meletihkan..asyik-asyik berhenti....susah jugak nak lelapkan mata...

Akhirnya sampai di stesen Kuala Lipis pada pukul 10.30 malam...awal 30 minit....

Muka dah letih.....3 jam lagi nak drive ke Bukit Beruntung....adduhh letihnya...

Homestay di Dabong.....memang selesa duduk di sini...layanan pun mesra daripada owner...sampai masakkan kami ikan patin tempoyak dan menjamu makanan tradisional Kelantan....
Kepada mereka yang ingin ke Dabong....bolehlah menginap di sini....

Suasana kampung.....

Berhadapan dengan jalan utama Dabong.....ada masjid dekat depan tuu dan sekolah rendah...

Bersarapan pagi di halaman homestay sambil hujan renyai-renyai turun...makanan pun sedap


Percutian singkat ke Dabong mencapai matlamat yang telah dirancang....walaupun tidak lama tetapi sangat berpuas hati...apa yang dirancang berjalan dengan lancar...In Sya Allah...akan ke sana kembali...kepada mereka yang berhajat ke sana...rancanglah perjalanan anda, pasti berpuas hati...

Budget percutian kali ini lebih kurang RM440 sahaja....
1. Tiket Keretapi Kuala Lipis - Dabong : RM69
2. Homestay : RM80
3. Pakej Lawatan & Pengangkutan : RM270
4. Tiket Keretapi Dabong - Kuala Lipis : RM21
(harga subsidi dari kerajaan Negeri Kelantan)
Tidak termasuk makan dan minuman.

Train To Dabong : Day 2 - Stong Hill Resort

Hari kedua kami di sini, hujan turun pada sebelah pagi sehinggalah ke tengahari ini. Ini menyebabkan aktiviti pada hari ini terganggu disebabkan hujan lebat yang turun. Hanya selepas Zohor kami bersiap-siap untuk pergi ke Stong Hill Resort. Rupanya tak sampai pun 5 minit, kami telah sampai ke Stong Hill Resort. Resort ini terletak disebalik bukit di belakang homestay. Punca air di homestay ini pun datang daripada sungai Gunung Stong. 

Gunung Stong terletak di daerah Dabong dalam Jajahan Kuala Krai. Walaupun di jajahan Kuala Krai tetapi ia lebih hampir dengan bandar Gua Musang. Gunung ini setinggi 1,422 meter (4,664 kaki). Ia terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Stong berhampiran dengan Air Terjun Jelawang. Gunung ini menjadi lokasi popular kepada pendaki gunung kerana sangat mencabar.

Gunung Stong berada di jajaran Banjaran Titiwangsa. Gunung Stong mempunyai hutan Dipterokrap Bukit, hutan Dipterokarp Atas dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Gunung Stong setinggi 1,422 meter terletak kira-kira 300 kilometer dari Kota Bharu dan digambarkan sebagai lokasi eko-pelancongan terkenal Malaysia kerana mengalir di kawasan itu adalah air terjun Jelawang setinggi 303 meter yang didakwa sebagai tertinggi di Asia Tenggara.

Gunung Stong terletak di satu lembah yang dikelilingi oleh empat gunung, iaitu Gunung Basor, Gunung Anak Noring, Gunung Chamat dan Gunung Stong.

Tak jauh pun Stong Hill Resort nie dari homestay...kepada yang ingin mendaki Gunung Stong boleh stay jea dekat homestay nie sebab dekat sangat berbanding homestay yang lain...

Stong Hill Resort merupakan salah satu laluan masuk untuk ke Gunung Stong....boleh register di sini...pendakian Gunung Stong perlu memohon permit dan guide bagi mengelakkan ditahan atas dakwaan menceroboh hutan simpan...permohonan permit perlu dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sebelum pendakian... 

Kawasan hadapan resort....

Bayaran RM5 dikenakan untuk setiap pengunjung yang ingin masuk di sini...



Harga sewaan chalet di sini....boleh pilih ikut kemampuan...

Mendakian di laluan konkrit untuk melihat air terjun di resort ini...


Senarai aktiviti outdoor dengan harganya sekali...

Sudah lama resort ini dibuka semenjak tahun 1994 lagi....sudah 27 tahun usia resort ini...

Jambatan gantung yang terdapat di resort ini....tetapi di tutup untuk orang ramai...tidak pasti atas aspek keselamatan atau selainnya....

Jambatan pun agak usang....nampak agak kurang selamat untuk digunakan...

Pondok di resort ini agak usang dan tidak berjaga....nampak seperti kurang penyelenggaraan dan kurang diduduki....tak pasti disebabkan oleh PKP sebelum ini atau memang sudah kurang berpenghuni...

Bergambar di kawasan air terjun dulu sebelum balik....lepak hanya 30 minit sahaja untuk mengambil gambar...

Sunyi sepi.... kawasan hutan simpan di negeri Kelantan akan mula ditutup untuk pendakian bermula 1 December 2021 sehingga akhir Januari 2022 bagi menghadapi musim tengkujuh yang akan datang...tiada permit pendakian yang akan dikeluarkan dalam tempoh ini...banyak negeri telah mula menutup hutan masing-masing bagi menghadapi musim hujan yang akan tiba...

Air deras dan dalam....tiada orang pun yang kelihatan mandi di sini...

Kawasan parking....boleh parking kenderaan di sini...dan berjalan kaki untuk masuk ke resort...

Sebelum balik...bergambar dulu...kawasan dataran Gunung Stong yang masih lagi dalam pembinaan...kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan...


Dari sini boleh lihat Air Terjun Jelawang...simpan angan-angan dulu untuk ke sana...In Sya Allah...suatu hari nanti akan berhiking di sini...

Suasana berkabus selepas hujan....

Woow....awesome sungguh....

Monday 29 November 2021

Train To Dabong : Day 1 - Lata Kertas & Sungai Kenerong

Perjalanan diteruskan pada sebelah petangnya setelah berehat dan mandi di homestay. Kali ini kami menjelajahi ke Lata Kertas yang merupakan salah satu kawasan rekreasi perkelahan bersama keluarga. Kawasan terletak 12Km daripada pekan Dabong dan jaraknya dari Air Terjun Gunung Stong adalah 7Km. Antara kemudahan yang terdapat di sini adalah seperti wakaf, laluan pejalan kaki, tandas awam, surau dan juga kedai untuk membeli barangan. 

Jarak perjalanan daripada homestay lebih kurang 10km. Air sungai yang deras serta dalam menyebabkan kami hanya datang untuk bergambar dan bukan untuk bermandi-manda. Ini berikutan telah berlaku kejadian kepala air pada pertengahan bulan November di kawasan ini. Terdapat juga papan tanda amaran kepada penggunjung tentang bahaya untuk mandi di sini.


Cantik kawasan air terjun di sini....tetapi disebabkan arus sungai yang deras menyebabkan kami hanya bergambar disini sambil meihat kesan kepala air yang telah berlaku baru-baru ini...

Air sungai yang deras....


Bahaya untuk mandi-manda di sini...kedalaman melebihi 6 meter...

Layan pemandangan sahaja sambil bergambar...






Bergambar jea laa...


Habiskan masa selama setengah jam di sini...dan kemudian meneruskan perjalanan ke Sungai Kenerong...di Sungai Kenerong terdapat sebuah Mahad Tahfiz....

Sampai di Sungai Kenerong...air di sini agak cetek...paras buku lali...tetapi deras...


Terdapat sebuah empangan hidroelektrik di sini...tetapi kena berjalan ke depan lagi...badan pun dah letih..hanya mampu mendengar deruan motor turbine dari sini sahaja... 



Tidak ramai pengunjung pada petang nie.....ramai di waktu pagi...terdapat juga kanak-kanak tahfiz yang sedang bermandi-manda di sini....seronok melihat gelagat mereka...

Di sini juga terkenal dengan "tiub besar" atau tubing...di mana pengunjung mandi sambil terapung dengan pelampung....

Terjumpa perangkap ikan atau udang...tak pasti...

Masjid dalam pembinaan, namun masih belum siap lagi....dinding masjid diperbuat daripada batu-batu sungai...

Surau di tepi sungai....sungguh mendamaikan...



Pondok-pondok tahfiz....diperbuat daripada kayu....

Jarak perjalanan....pergi-balik lebih kurang 35km....puas hati dengan aktiviti hari ini....cukup setakat hari ini sebab badan dah letih sangat...

Aktiviti hari ini tamat pada pukul 6 petang...terus balik ke homestay untuk berehat sambil makan malam....makanan kami ditapau oleh guide kami...Safuwan....disebabkan agak keletihan kerana tidak cukup tidur pada sebelah malamnya...