Wednesday 26 December 2018

Endurance Ride : Renew Lesen Fraser Hill - 25 December 2018

Lewat sangat renew lesen Fraser Hill tahun nie. Dah nak hujung tahun baru nak renew. Terasa rindu pulak dengan angin sejuk di puncak dan bergambar kenangan di menara jam Fraser Hill. Kayuhan kali ini sebagai pengubat duka apabila tidak sampai ke puncak pada Sabtu lepas. Mencuba untuk kayuhan endurance pada kali ini dengan bermula dari rumah di Bukit Beruntung. Kayuhan bermula awal kerana untuk mengejar masa supaya balik dalam tempoh masa yang ditetapkan. Berkayuh bersama dengan rider junior JiwaBasikal memang bukan lah kayuhan santai. Kadang-kadang nak tercabut jantung pun ada. Maklumlah orang muda, mana nak terlawan dengan rider tua beruban macam nie.

Kayuhan seawal jam 7.30 pagi bermula dari rumah menuju ke Fraser Hill. Berhenti berkumpul di hadapan Masjid Saidina Ali, Bukit Sentosa. Seramai 6 orang pengayuh menyahut cabaran endurance pada kali ini. Dari 6 orang menjadi 5 orang sahaja apabila salah seorang rider berpatah balik akibat kecederaan pada lutut. Lima orang pengayuh bergerak menuju ke puncak dan sampai pada pukul 12.30 tengahari. Berbaki 4km sebelum sampai ke puncak, hujan mulai turun dan apabila kami sampai di menara jam, hujan turun dengan lebatnya. Lebih kurang sejam setengah kami menunggu sehingga hujan reda sebelum berkayuh untuk turun. Keadaan jalanraya yang basah dan licin memberikan sedikit cabaran semasa turun terutama dari puncak menuju ke Gap.


Bergambar di menara jam Fraser Hill apabila hujan mulai berhenti...

Dah lama tak bergambar di sini.....akhirnya berjaya juga merenew lesen Fraser Hill pada tahun ini.... berasa puas apabila berjaya sampai di sini dengan berkayuh dari rumah...

Jalan Widuri....menuju ke jalan Rasa Lama.... ikut budak-budak muda, habis maximum speed dekat laluan roller coaster..... nasib baik tak termuntah....

Aqlan.....kaki pecut nie.....

Berjaya sampai di Empangan Kuala Kubu Bahru.... port bergambar nie....selfie dulu sebelum menuju ke Fraser Hill....

Rehat dulu.....ambil nafas dulu....

Jentera kayuhan pun nak rehat jugak....


Jambatan Pertak....tak ramai kaki pancing yang memancing pada pagi nie......kalau petang...jambatan in merupakan port untuk bergambar sambil layan view pemandangan disekitar empangan...


Geng kayuh belakang-belakang jea.....yang lain dah berdesup-desup....

Sampai di Air Terjun Semangkok....rehat kejap...ada 9km lagi sebelum sampai ke Gap....

Sampai di Gap Fraser....jam dah menunjukkan pukul 11.10 pagi.... target nak sampai puncak sebelum pukul 12 tengahari...

Banyak kenderaan yang naik ke puncak....maklum lah, hari nie public holiday....ramai yang datang bersama family ke sini...

8km lagi nak kena hadap.....perut dah terasa lapar sangat time nie....pagi tadi tak breakfast lagi....ingatkan berhenti di KKB, tapi terus sampai ke puncak...nasib baik ada bawa 2 powergel....telan powergel baru kembali bertenaga.... 
Air 2 botol pun dah habis....terpaksa berhenti dekat tepi jalan ambil air sungai yang mengalir...air sejuk dan segar, harap-harap tak sakit perut nanti....

Lagi 1km jea nak sampai puncak....hujan renyai-renyai dah mulai turun....baju dah mula basah....

Alhamdullilah....akhirnya sampai.... berhenti kat kedai runcit dulu ....beli coklat dan air....rasa nikmat sungguh bila perut sememangnya tersangatlah lapar.....

Pekena nasi lemak ayam dengan air teh-o panas.....makan sambil menunggu hujan berhenti....

Isi perut dulu.....jauh lagi nak kayuh balik.....

Hujan lebat turun....terasa sejuk sampai ke tulang.....lebih kurang 1 jam setengah menunggu hujan berhenti......

Hujan masih lagi lebat...... orang ramai pun masih berteduh disekitar kedai-kedai di sini....kalau turun semasa hujan, amat merbahaya disebabkan oleh permukaan jalan yang licin...

Hujan mulai reda.....

Akhirnya bertemu semula dengan Opah....semasa berkayuh tadi dah terserempak... Opah minta allen key, nasib baik ada rakan yang bawa...katanya nak adjust seat sebab rendah sangat, sakit kaki...

Puas hati......

Masa untuk turun.....dah nak pukul 2 petang dah...bila nak sampai rumah macam nie...

Ramai yang datang lepak dekat sini sempena cuti Hari Krismas...

Semasa turun...layan bergambar dekat sini dulu....view cantik...kadang-kadang ada kabus....maklumlah baru lepas hujan...


Posing dulu.....ambil angle yang terbaik...

On the way balik......time dekat Jambatan KKB, ternampak pulak ada orang nak terjun "swing rope".... layan tengok dulu...bukan senang dapat tengok live....

Hati kental betul kakak nie..... respect laaa.....

Tingginya.....deras air sungai kat bawah tuu......

Batu-batu besar pun banyak.....seram tengok...



Habis jea tengok orang terjun swing rope....on the way nak ke pekan KKB...tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya....habis basah lencun..... singgah dekat Petronas KKB, solat Zuhur dulu...kewajipan kena tunaikan... kayuh tetap kayuh, solat jangan tinggal....

Sebelum berpisah....ambil gambar kenangan dulu....terbaik lah semua...

Jumlah masa kayuhan lebih kurang 6 jam setengah....fuuuuhhhh barai...

Jarak kayuhan dapat lebih kurang 135km......
Puas hati.....lain kali boleh cuba buat lagi....

Sunday 23 December 2018

Sg. Chilling - Gap Fraser Ride - 22 December 2018

Kayuhan bersama Basri Ahmad dan Iskandar Aman pada minggu ini bermula di Sungai Chilling ke Gap Fraser Hill. Disebabkan ada yang sudah lama tidak berkayuh maka jarak kayuhan dipendekkkan dengan bermula di Sungai Chilling sahaja. Tidak ramai yang parking kenderaan di sini disebabkan penutupan sementara Sungai Chilling sehingga 28 February 2019 disebabkan oleh kerja-kerja pembenihan ikan. Terdapat juga pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur yang kecewa disebabkan penutupan tersebut.

Kayuhan kali ini bermula agak lewat iaitu pada pukul 9.20 pagi. Bersarapan pagi terlebih dahulu di pekan KKB sebelum menuju ke Sungai Chilling. Kayuhan santai walaupun terserempak dengan beberapa orang pengayuh yang sedang turun dan yang sama-sama mendaki ke Fraser. Namun disebabkan kekangan masa dan cuaca nampak seperti hujan hendak turun, kami membuat keputusan untuk tidak berkayuh sehingga ke puncak. Walaupun agak sedikit kecewa kerana lesen Fraser Hill tidak dapat direnew pada kali ini. Tahun ini masih lagi belum menjejakkan kaki ke menara jam Fraser. Baki tinggal beberapa hari lagi ini sebelum hujung tahun, akan cuba untuk sampai ke atas puncak.

Half way....rehat kejap sambil bergambar....

Basri dan Iskandar....dah lama tak berkayuh bersama....last ride pun time Burung Hantu Night Ride hari tuu....

Cuaca mulai panas.....walaupun laluan ini terlindung dengan bukit bukau...

Posing sakan nampak.....Gap jauh lagi nie....Air Terjun Semangkok pun belum sampai lagi...


Sampai di kawasan rehat Air Terjun Semangkok....

Hampir sampai di Gap Fraser....laluan tenang hari ini...tak banyak kenderaan yang lalu-lalang...


Jambatan gantung di Gap Fraser.....


Persimpangan jalan menuju ke puncak Fraser Hill....ke kiri naik ke puncak....jika terus menuju ke Kuala Lipis....

Jarak 8km jea untuk sampai ke puncak.... tetapi climbing agak mencabar....


Iskandar & Basri ....

Kedai tutup pulak.....baru ingat nak order maggie sekali tutup pulak....perut dah lah lapar....kecewa tak dapat makan...

Termenung jea dekat pondok nie.....sambil merehatkan kaki dan bersedia untuk turun semula....




Lepas bergambar....ambil keputusan untuk turun semula....tak jadi kayuh sampai ke puncak....sedikit kecewa....lain kali kita kayuh lagi....

Sampai di tempat parking kenderaan di Sungai Chilling.....hanya ada beberapa buah kenderaan sahaja....suasana agak sunyi....



Jadi lah untuk kali ini....lain kali kita repeat lagi....lesen Fraser tetap kena renew tahun ini....