Sunday 27 April 2014

Janamanjung Fellowship Ride 2014 (120Km) - 27 April 2014

Janamanjung Fellowship Ride 2014 merupakan event roadbike pertama untuk tahun ini. Bertempat di Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung, Perak berlangsung acara yang sudah pastinya ditunggu-tunggu oleh peserta setiap tahun dan kali ini merupakan penganjuran buat tahun ke-7. Walaupun tahun ini merupakan tahun pertama menyertainya setelah berjinak-jinak dengan roadbike, event ini memang antara yang terbaik. Cukup meriah dan hebat.

Laluan sejauh 120km dengan laluan bermula di Stesen Janakuasa menuju Pantai Remis-Batu Hampar-Kg.Bakar Bata-Ayer Tawar-Sitiwan-Stesen Janakuasa. Terdapar 3 Water Station disepanjang laluan iaitu KM43 (Dewan Orang Ramai Pantai Remis), KM63 (Sekolah Menengah Changkat Beruas) dan KM78 (Kg. Bakar Bata).  

Terasa berpuas hati pada kayuhan kali ini, semuanya terbaik daripada pihak penganjur. Layanan yang diberikan memang cukup hebat dan sempurna. Patutlah sebelum ini ramai yang memberikan "thump up" kepada event ini. Setelah merasainya sendiri, memang benarlah seperti apa yang dikatakan. In sya allah...Janamanjung pada tahun hadapan pasti ditunggu....


Bergambar dulu sebelum memulakan kayuhan....

Peserta di garisan permulaan.....bersiap sedia seawal jam 6.30pagi....



Kayuhan bermula pada pukul 7.20 pagi...

Water Station 1....Dewan Orang Ramai Pantai Remis....


Refill air dulu....


Mastana.....terbaik...

Sampai di garisan penamat.....


Medal terbaik.....buat kenang-kenangan....

Acara lucky draw bermula.....

Makanan tengahari dengan lapan meja hidangan buffer, gerai cendol, gerai air kelapa mawar dan sebagainya....

Keluarga yang memberikan sokongan....





Sunday 20 April 2014

Janda Baik Waterfall Ride 2014 - 20 April 2014

Janda Baik Waterfall Ride 2014 edisi ke-2 berlangsung di tempat yang sama seperti tahun lepas tetapi lebih lasak kali ini. Penyertaan yang meningkat sehingga 1750 orang berbanding edisi yang pertama menunjukkan sambutan yang menggalak dari peminat mtb.

Laluan trek sememangnya berbukit bukau, umum sudah mengetahui kawasan Janda Baik memang kawasan yang berbukit dan kesukaran memang sudah dijangkakan. Trek yang dihidangkan memang penuh dengan pendakian serta downhill yang mencabar kemahiran. Walaupun banyak pendakian, namun trek yang disediakan adalah yang terbaik. Boleh dikatakan semua laluan adalah "rideable", hanya bergantung kepada kemampuan serta stamina masing-masing untuk mengayuh atau menolak.

Distance : 29.6 Kilometers
Moving Time : 2 hours 35 minutes
Stopped Time : 15 minutes 35 seconds
Max Speed : 54.0 km/hour
Moving Avg : 11.5 km/hour

HR Avg : 156
HR Peak : 173
Energy : 2326 kcal
TE : 5.0

Janda Baik edisi ke-2.....


Rakan-rakan kayuhan yang lain... 

Tapak acara yang sama seperti tahun lepas....

Kayuhan bermula pada pukul 8.30 pagi....

Kayuhan road mengelilingi kawasan Janda Baik....


Kayuhan sejauh 12km....sebelum memasuki laluan offroad...

Laluan offroad bermula...

Traffic jam...pendakian concrete....


Woow.....ramainya riders...

Semua tolak basikal....

Downhill concrete pulak....laluan licin disebabkan pasir....tolak lagi basikal....ingat naik jea tolak, turun pun tolak jugak....



Fuuhhh.....letihnya tolak basikal....

Layan jea laa....


Sampai Check Point 1.....sticker & water station....

Layan downhill....

Lepas downhill....climbing pulak...

Climbing lagi....

dan lagi....woow....banyaknya climbing....nak tercabut lutut...


Cross sungai pulak....haha...dah jadik macam pesta mandi-manda....


Pendakian lagi....

Rasanya, ini bukit yang terakhir....

Fuuhhh...lega...dah nampak finishing line....

Medal mantap....besar dan menarik.....

Manda-mandi pulak bersama family....


Jarak kayuhan sejauh 30km....

Namun pujian yang diberikan haruslah disusuli dengan pandangan-pandangan positif dari semua pihak, semoga pada masa akan datang event ini lebih berjaya serta senantiasa diingati oleh semua rider. Semoga kejadian "Homestay-Chalet-Resort" tidak berulang lagi...