Thursday 7 February 2019

Hiking Gunung Lambak V2.0 - 5 February 2019

Pendakian kali kedua di Gunung Lambak setelah mencubanya  buat kali pertama pada bulan October yang lalu. Kali ini cuba memperbaiki masa pendakian namun disebabkan laluan sibuk dengan pendaki, maka hanya mampu yang terdaya sahaja. Ramai pendaki pada kali ini, maklumlah public holiday. Ingatkan tak ramai yang mendaki, tapi puncak penuh sesak dengan pendaki terutama remaja sekolah yang menghabiskan waktu cuti sekolah dengan mendaki.

Jika sebelum ini kabus meliputi puncak gunung, namun kali ini berpeluang untuk menikmati pemandangan bandar Kluang dari atas puncak.


Berada di puncak buat kali kedua.....

Laluan masuk ke Gunung Lambak...

Laluan simen konkrit sebelum masuk ke laluan offroad.... ramai pengunjung pagi ini....ramai yang bersama family untuk mandi di kolam yang terdapat di kaki gunung.... terdapat Gunung Lambak Water Park di sini..

Laluan offroad bertangga di permulaan....awal-awal trek sudah pacak menegak....tak sempat nak ambil nafas....

Lokasi pemgambilan air untuk pertabalan Sultan Johor dulu.....

Ramai pendaki pada pagi nie....terdapat ramai yang telah mendaki di awal pagi....di sesetengah kawasan terpaksa menunggu pendaki yang ingin turun dan ada juga yang ingin naik...terpaksa tunggu giliran....

Fuuuhhhh....mandi peluh.... tiada kabus tebal di kawasan ini.... 

Kawasan bersantai terutama warga emas....tetapi kawasan nie lenggang disebabkan cuti tahun baru...

Kolam ikan koi.....


Penunggu setia di kawasan nie....hanya memerhatikan sahaja setiap pergerakkan penggunjung di sini....


Pendakian di teruskan....laluan semakin curam...peluh semakin mencurah-curah....

Di mana kawasan yang curam dan licin...terdapat tali yang disediakan untuk berpaut.... nasib baik laluan kering serta lembab...

Laluan di pertengahan agak mencabar fizikal disebabkan kecuraman yang pacak...

Akhirnya sampai di puncak.....suasana cerah serta berangin....

Bergambar dulu sebelum turun....


Pemandangan di sekitar Kluang dari atas puncak.....

Tidak menunggu lama di atas puncak disebabkan ramai pendaki di sini....kawasan terhad....hanya 5 minit sahaja untuk mengambil gambar dan terus turun...

Ramai pelajar-pelajar sekolah pada pagi nie....

Mengambil masa lebih kurang 25 minit untuk turun.....berlari-lari di celah-celah akar pokok yang berselirat di tengah laluan...

Laluan offroad tamat di kawasan nie....seterusnya laluan konkrit sehingga ke kaki gunung....

Laluan konkrit.....tamat pendakian di sini...

Ketinggian Gunung Lambak lebih kurang 510 meter daripada aras laut.....jarak untuk ke puncak pula lebih kurang 2km..... next time, plan untuk ke puncak yang satu lagi.....

No comments:

Post a Comment