Sunday 8 March 2015

Cyclomotion KTM X-Treme Jamboree @Kota Warisan 2015 - 8 March 2015

Cyclomotion KTM X-Treme Jamboree @Kota Warisan 2015 merupakan penganjuran kali ketiga dan sememangnya sentiasa meriah dan mantap. Penganjuran kali ini terbaik berbanding dua event sebelum ini. Dengan jumlah penyertaan mencecah seramai lebih kurang 2600 orang peserta termasuk untuk kategori race dan juga jamboree. Walaupun penyertaan ramai berbanding yang lalu, namun pengurusan serta susun atur acara berjalan dengan lancar. Jumlah marshall yang ramai di dalam trek terutama di laluan yang merbahaya, water station yang penuh dengan bekalan air serta pisang dan medic yang bertugas dengan baik bagi merawat peserta yang tercedera.

Laluan yang disediakan memang mencabar serta mantap berbanding tahun lepas dengan pendakian yang panjang terutama di Bukit 360. Cuaca panas ketika ini juga sedikit sebanyak menduga kekentalan mental dan fizikal peserta.

Penyertaan kali ketiga di Kota Warisan....hampir kecewa bila penyertaan telah ditutup awal disebabkan jumlah peserta mencapai sasaran, namun disaat akhir dapat mengantikan rider yang tidak dapat berkayuh...terima kasih kepada JiwaBasikal...

Tapak event seperti tahun lepas....namun kali ini tidak keseorangan...

Starting line....peserta race di bahagian hadapan...

Khemah urusetia....



Woow....ramai peserta di garisan permulaan...kali ini bermula di bahagian belakang sekali...

Is....

Kayuhan bermula pada pukul 8 pagi dengan peserta race dilepaskan dahulu dan seterusnya peserta jamboree pada pukul 8.20 pagi...

Kayuhan road sejauh 4km...sebelum memasuki laluan offroad...

Traffic jam...laluan sempit...tunggu giliran...

Pendakian bermula...

Tak larat tolak....yang kuat kayuh...adat dalam jamboree....

Melintas di landasan rail KLIA Transit....


Pendakian lagi....

Fuuuhh...rehat di puncak....

Water station...macam-macam ada...cendol pun ada...


Q Plus...yang nak spray rantai pun boleh...

Kata mashall...lepas check point ni, ada 3 bukit lagi kena climbing....

Huhuhu....dah nampak dah bukit kat depan tuu....


Menolak basikal....fuuhhhh...letihnya..

Memang semua orang menolak jea...laluan berlubang-lubang dan curam...


Climbing lagi....

Layan downhill pulak...

Pendakian di kawasan terbuka pulak...

Woow...panas nye...

Tolak jea lah...tinggi sangat bukit nie...



Sampai ke puncak pencawang....

Layan downhill sebelum climbing semula ke Bukit 360....

Sesak...ramai yang menolak sebab dah keletihan...


Puncak Bukit 360....


Menuju ke finishing line...Abg. Chik dan Basri...

Alhamdullilah...selamat sampai..

Medal yang menarik...untuk setiap peserta..

No comments:

Post a Comment