Sunday 15 January 2017

Pulau Indah 180 Ride For Glory - 15 January 2017

Penyertaan buat kali kedua di event Pulau Indah 180 Ride for Glory 2017 setelah mengharunginya pada tahun lepas. Bermula di tempat yang sama iaitu diperkarangan pejabat Central Spectrum di Pulau Indah. Laluan route juga masih sama hanya diterbalikkan sahaja pada tahun ini. Keadaan permukaan jalan masih sama, teruk dengan kesan berlubang-lubang dan tar yang pecah akibat lori trailer yang keluar masuk daripada Westport. Jika tahun lepas banyak berlakunya kemalangan, tahun ini juga sama. Ramai rider yang cedera akibat berlanggar sesama sendiri dan tidak kurang juga yang terjatuh akibat mengelak lubang di permukaan jalan. Rasanya 4 kemalangan besar berlaku di depan mata, nasib baik sempat mengelak dari terlibat sama.

Kayuhan bermula pada pukul 7.30 pagi dengan penyertaan lebih kurang 1500 orang. Tahun ini lebih meriah dengan penyertaan peserta berbanding hanya 800 ratus penyertaan pada tahun lepas.   


Event pembuka tirai untuk tahun ini....setelah audax pada tahun baru... 

Bersama Hamdi dan Azman pada pagi ini....seperti gabungan semasa audax

Di garisan permulaan...berada di garisan paling belakang sekali....penyertaan seramai lebih kurang 1500 orang....

Hujan renyai-renyai semasa subuh...namun berhenti setelah mentari mula menyinar....petanda yang cuaca pada hari ini akan cerah dan panas....

Flag off pada pukul 7.30 pagi.....

Hamdi...jersey baru katanya....beli dekat ebay.... 

Permulaan kayuhan...keluar dari perkarangan Pejabat Central Spectrum....


Atas jambatan Pulau Indah....




Menuju ke garisan penamat.....30km yang terakhir memang mental....bonk gile rasanya....cuaca panas dan terik serta berangin....tiupan angin yang kencang memang cukup meletihkan.... 




Abg Zaem....di garisan penamat...otai masih berbisa....

Medal pertama untuk tahun ini.....

Gerai makanan dan minuman yang disediakan...penuh dengan makanan sepeti laksa, rojak, air milo sejuk, coconut shake dan sebagainya....mewah dengan makanan....

Khemah untuk peserta.....berteduh dari terik panas mentari....maklumlah kawasan berhampiran dengan laut....cuaca memang panas....

Sejukkan badan dulu....mandi air bomba....memang menyegarkan...


 
Geng-geng kuat dari Melaka......



Sekadar yang mampu.....

Laluan sama seperti tahun lepas, namun diterbalikkan.....

No comments:

Post a Comment