Sunday 9 September 2018

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2018 - 8 September 2018

Ini merupakan larian Full Marathon yang pertama kali disertai setelah hampir 3 tahun berlari. Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud merupakan kayu pengukur sama ada mampu untuk berlari full marathon atau hanya setakat half marathon sahaja. Larian di negeri pantai timur yang pertama kali serta di luar kawasan Selangor dan Kuala Lumpur selain Penang. Teruja disebabkan hanya datang berseorangan diri tanpa family serta menaiki bas dari Bukit Sentosa ke Kuala Terengganu. Setelah hampir 15 tahun tidak menaiki bas express, berasa jakun dan kekok semasa menaikinya sambil mengimbau kembali zaman semasa belajar di universiti dulu.


Larian full marathon yang pertama kali disertai.... terasa teruja....i'm survive

Hujan lebat turun pada pukul 8 malam dan masih lagi renyai-renyai semasa flag off pada pukul 12 tengah malam...

Cuaca terasa dingin dan sejuk....nampaknya berlari dalam hujan lah kali nie...

Peserta 42km tidak ramai hanya sekitar 400 orang sahaja.... tak ramai...kategori paling ramai adalah fun run yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah sekitar Terengganu...

Solo jea....muka nampak nervous...sama ada boleh habiskan larian atau tidak...

Ada jugak gambar time flag off....

Awal-awal dah berjalan....macam tak nak berlari jea....


Akhirnya sampai di garisan penamat dengan selamatnya tanpa sebarang kecederaan...alhamdullilah...syukur...

Suasana semakin meriah di awal pagi....ramai pelajar-pelajar sekolah mula berkumpul dengan pelbagai ragam....

Baru tahu berapa azabnya untuk menghabiskan larian FM nie.... kalau tak cuba tak tahu...dah tahu tak pasti nak cuba lagi ke atau tak lain kali....huhuhuhu...

Solat subuh sebaik tiba di Kuala Terengganu....berehat dan melelapkan mata seketika di Masjid Abidin selepas solat subuh...ramai runner yang dari jauh telah awal sampai dan berehat di sini...

Masjid serba putih berhampiran dengan Hentian Bas Majlis Kuala Terengganu....

Suasana tenang di awal pagi....maklumlah hari nie cuti di Terengganu...

Pekena nasi dagang di Kedai Nasi Dagang Vintage berhampiran dengan Dataran Syahbandar....

Jalan-jalan sekitar bandar....

Berjalan kaki sehingga ke Pasar Payang...awal pagi lagi..kedai tak buka lagi....

Solat Jumaat di Masjid Abidin....berhawa dingin masjid nie....sejuk...mata pun terlena semasa dengar khutbah...maklumlah tidur dalam bas tak berapa lena sangat....

Teruja semasa menaiki bas dari Bukit Beruntung ke Kuala Terengganu...maklumlah dah hampir 15 tahun tak naik bas... bas express Adam sangat selesa dengan bayaran RM49 sehala... mula-mula confuse jugak sebab hanya 5 penumpang sahaja ke nak ke KT...rupa-rupanya singgah ke TBS selepas tuu....terus penuh bas dengan penumpang.... 

Dah ada bas ke Pantai Timur...lepas nie senanglah nak ke sana dengan naik bas jea...

Banyak laluan berpatah balik....memang mental jika route macam nie....memang cukup meletihkan sambil melihat peserta lain sudah berpatah balik.....

Elevation tak tinggi sangat tapi mental koyak.... first time masuk FM nie baru rasa letih ke tak letih nak berlari sampai 42km nie...kalau mental tak kuat malam tuu dah give-up sebab KM27 tuu lalu depan homestay.. terasa nak balik bilik jea tidur....mata pun memang mengantuk sangat... tapi alhamdullilah dapat juga habiskan larian, sebab datang dari jauh dan solo pulak tuu..tak kan nak DNF pulak....





No comments:

Post a Comment