Sunday 3 April 2011

Jamboree Mountain Bike Perpatih - 3 April 2011

Bertempat di Taman Bandar Senawang telah berlangsung acara Jamboree Mountain Bike Perpatih 2011 yang telah dianjurkan oleh Perpatih Cycling Community. Acara kali ini disertai oleh seramai lebih kurang 600 peserta. Tepat jam 8.30 pagi peserta telah dilepaskan bagi mengharungi cabaran sejauh 41 kilometers. Laluan tarmac sejauh 7 km di awal kayuhan dan seterusnya memasuki laluan offroad. Trail meliputi kawasan ladang kelapa sawit, kebun getah, single trek hutan serta kawasan berbukit.

Distance : 40.4Km
Moving Time : 2 hour 55 minutes
Stopped Time : 11minutes 8 seconds
Max Speed : 47.3 km/hour
Moving Avg : 13.8 km/hour


Prima Riders : Babat,Nuar, Fairuz & Azam



PRCC bersama Sentosa Cycling Team




Fairuz... yang sudah lama tak beraksi bersama PRCC

Azam teringin nak main motor cross pulak....

Besiap sedia sebelumkayuhan bermula



Starting Point.....600 peserta...


Layan...dengar briefing dulu...




Bukit paling tinggi yang perlu ditawan...


Tinggi bukit nie.... kena tolak basikal

Di puncak....pemandangan kawasan perindustrian Senawang







Tamat kayuhan...

Muka kepenatan....minum sirap dulu....

Nuar tiba di garisan penamat

Bersama saudara Ayie....

Laluan trek sejauh 40.4 kilometer...

Vertical Profile ....puncak paling tinggi 675ft...

Secara keseluruhannya, jamboree kali ini telah dianjurkan dengan baik dan lancar. Laluan trek yang pelbagai serta mencabar terutama semasa mendaki bukit di kawasan pencawang elektrik yang telah menyebabkan ramai peserta menolak basikal disebabkan keletihan. Tetapi ini semua merupakan cabaran yang perlu ditempuh oleh setiap pengayuh mtb. Selain itu, kehadiran marshal-marshal ditempat yang berisiko tinggi serta panduan arah yang jelas telah banyak membantu semasa kayuhan, walaupun terdapat juga kemalangan di trek. Syabas serta tahniah kepada pihak penganjur.....

No comments:

Post a Comment