Monday 12 December 2011

Test Trek UPSI Rainforest Jamboree - 11 December 2011

Test trek UPSI Rainforest Jamboree 2012 telah dianjurkan oleh pihak penganjur,TM Bikerz bagi memberi peluang kepada riders untuk merasai trek yang bakal dihidangkan pada tahun baru nanti. Seramai 30 peserta telah mengambil bahagian dalam kayuhan pada kali ini.

Distance : 42.3 kilometers
Moving Time : 3 hours 25 minutes
Max Speed : 38.8 kilometer/hour



Bermula di parking kereta di pintu masuk utama Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)....

Bersama Josh...

Briefing dari Saudara Abad & Dr. Izani....

Di antara peserta yang turut hadir.... ketika ini hujan masih turun,kayuhan tetap akan diteruskan..


Di awal kayuhan... laluan road sejauh 10 kilometers menuju Proton Tanjung Malim Plant dan melencong ke Proton City....

Kolej kediaman luar kampus UPSI...

Berhenti rehat dulu...sambil menunggu riders yang lain sampai...

Laluan offroad bermula...memasuki kawasan semaian pokok getah. Laluan disini berbentuk roller coaster,pastikan kelajuan maksimum bagi memudahkan momentum semasa mendaki...

Laluan downhill selepas climbing... serta memasuki laluan jalan raya menuju Country Creek..

Climbing tarmac yang curam serta panjang di kawasan Country Creek...sebelum masuk semula ke laluan offroad menuju ladang kelapa sawit...

Laluan yang berlumpur serta berselut disebabkan hujan yang lebat pada awal kayuhan...keadaan trek yang licin serta berlumut...

Mendaki....

Pemandangan dari puncak...

Downhill ladang kelapa sawit menuju Check Point.... berhati-hati dilaluan ini kerana terdapat banyak pelepah sawit di laluan trek. Ini telah menyebabkan tayar pancit disebabkan oleh duri kelapa sawit..

Seterusnya downhill menuju ke anak sungai...pasti kawasan ini akan dijadikan tempat riders untuk membasuh basikal nanti...air memang sejuk dan dingin...

Laluan berkanopi....

Menyeberangi sungai dan seterusnya climbing ladang getah yang pasti meletihkan...tapi downhill boleh layan....

Laluan menuju Check Point seterusnya...laluan kering serta berpasir...


Climbing...pemandangan cantik di kawasan ini...

Kawasan yang dibersihkan untuk projek tanaman pokok gaharu...

Laluan menyeberangi sungai menuju ke resort...

Air dalam serta deras disebabkan hujan pada sebelah pagi....

Terpaksa berpatah balik disebabkan air sungai yang terlalu deras dan dalam...


Keadaan basikal selepas kayuhan...

Secara keseluruhannya, trek yang disediakan memang best dan mantap. Downhill yang panjang hingga lenggung tangan menuju Check Point 2 memang layan. Tetapi disebabkan hujan pada awal kayuhan menyebabkan laluan licin dan berlumpur. Jika hujan berterus pada awal tahun baru nanti, maka pasti pesta lumpur disepanjang trek. Jangan lupa bawa minyak rantai sebagai persediaan. Tetapi disepanjang laluan juga terdapat anak-anak sungai yang boleh dijadikan "port" untuk membasuh basikal. Kepada mereka yang sudah mendaftar, cabaran menanti anda dan kepada mereka yang masih ragu-ragu, masih belum terlambat untuk membuat sesuatu.

No comments:

Post a Comment