Sunday 29 April 2012

Jasin S2H Jamboree 2012 (43Km) - 29 April 2012

Jasin S2H Jamboree 2012 merupakan penganjuran kali ke-2 oleh J Bikerz dan kali ini bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin. Seramai 2,300 penyertaan dan merupakan salah satu jamboree yang mendapat penyertaan terbanyak pada tahun ini. Berbanding dengan tahun lepas, penyertaan kali ini bertambah sekali ganda, ini mungkin kerana kejayaan pada penganjuran yang lepas. Lokasi jamboree memang cukup sesuai kerana mempunyai ruang yang luas serta selesa.

Distance : 43.2 Kilometer
Moving Time : 2 hours 36 minutes
Stopped Time : 9 minutes 37 seconds
Max Speed : 54.3 km/hour
Moving Avg : 16.5 km/hour


Seramai 2300 orang pengayuh bersedia untuk memulakan kayuhan...

Bersama Fairuz....



Tajul....

Di starting point....




Offroad...



Menuju Check Point 2....




Lagi 1 kilometer saja....

Menuju ke IPD Jasin...

Menuju finishing line... terpaksa beratur menunggu giliran untuk ranking number....

Terbaik....


Sampai di garisan penamat...


Bersama anak-anak...

Hadian lucky draw menunggu para peserta...

Bersama Bro Ayub Cyclemotion semasa hari mengambil goodies...
(Harap-harap Plentong Epic Ride tahun ini dapat dianjurkan seperti tahun sebelumnya...)

Jarak keseluruhan trek...43 kilometer...

Vertical profile palling tinggi...pada ketinggian 462.9ft dapat jarak 12.7 kilometer (di Bukit Langsat)

Secara keseluruhannya, trek yang disediakan memang cukup menarik dan mencabar. Pendakian di Bukit Langsat serta downhill yang cukup teruja dan menyeronokan. Segala persiapan seperti marking signage yang jelas serta mudah dilihat, water station yang penuh dengan bekalan air serta marshall yang cukup prihatin dan mengambil berat tentang keadaan peserta dan juga laluan trafik yang dikawal sepenuhnya oleh pihak polis. Walaupun dengan jumlah peserta yang ramai, tetapi acara kali ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Tahniah serta pujian kepada Jasin Bikerz diatas penganjuran yang terbaik dan harus dijadikan contoh oleh penganjur yang lain.... Bravooo... Jasin Bikerz...tahun depan akan datang lagi...

1 comment: