Sunday 23 September 2012

SBCC XC MTB Jamboree 2012 - 23 September 2012

SBCC XC MTB Jamboree 2012 telah berlangsung di Bandar Baru Sungai Buaya, Rawang pada hujung minggu yang lepas. Penyertaan seramai lebih kurang 1200 orang dari serata negeri telah memeriahkan event pada kali ini. Acara bermula pada pukul 8.30 pagi dengan laluan sejauh 36km dengan trek berbentuk "fast rolling" serta pendakian di awal kayuhan. Disepanjang kayuhan, tanda arah yang jelas, marshall yang peramah serta sedia membantu, air minuman yang cukup serta dihidangkan pula dengan cendol, rojak serta air buah naga di check point yang terakhir memang cukup memberikan kepuasan kepada setiap peserta. Jarang sekali, event basikal diuruskan dengan sebegitu meriah.

Jamuan makan tengahari dengan lauk yang lazat serta disediakan khemah serta meja yang beralas, ala-ala kenduri kahwin memang suatu kelainan. Secara keseluruhannya, event kali ini berjaya serta meriah dan segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna. Semoga event tahun depan akan lebih meriah serta ditunggu-tunggu oleh setiap peserta....

Tahniah...SBCC !!!


Distance : 36.3 Kilometer
Moving Time : 2 Hour 30 Minutes
Stopped Time : Zero
Max Speed : 48.4 Km/h
Moving Avg : 14.4 Km/h


Number plate kali nie...M-436

Solo rider.....

Peserta mula berkumpul di garisan permulaan...

Ramai peserta sudah bersiap sedia untuk memulakan kayuhan...



Sahabat mtb dari Seri Gombak....Saudara Nizam...

Kayuhan bermula pada pukul 8.30 pagi...

Laluan road sejauh 7km di sekitar Bandar Baru Sungai Buaya dan kawasan felda...

Offroad bermula....traffic jam....ramai peserta sudah mula menolak basikal...



Sesak lagi....



Downhill menuju Kolam Memancing Ikan....

Water Station di kolam memancing ikan... meriah dengan pelbagai jenis minuman...ambik saja jangan malu-malu...minum sepuasnya


Halangan....

Marshall sudah stand-by untuk membantu....

Brother nie dekat water station kolam ikan pun ade.... dekat last check point cendol pun ade... memang hebat....

Menuju finishing line...



Selamat sampai di finishing line...




Jarak keseluruhan trek...36 Kilometer....

No comments:

Post a Comment