Sunday 21 October 2012

ECC Burung Hantu Nite Ride 2012 (45Km) - 20 October 2012

ECC Burung Hantu Nite Ride 2012 telah berlangsung di Dataran Sejarah Air Keroh, Melaka merupakan acara kayuhan malam yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh setiap peserta. Kali ini Dataran Air Keroh di pilih semula sebagai tapak acara. Penyertaan kali ini merupakan penyertaan paling ramai setelah empat tahun dianjurkan. Seramai 2500 pengayuh mtb telah bersiap sedia mengharungi kesunyian serta kegelapan malam di celah-celah pokok kelapa sawit, getah serta hutan belukar.

Hujan yang turun disepanjang minggu memberikan sedikit debaran kepada para peserta sama ada akan bermandi lumpur atau selut pada malam itu. Semuanya berjalan lancar dengan cuaca yang baik disebelah petang sehingga ke malam. Pemilihan trek laluan yang bersesuai dengan keupayaan peserta serta menitik beratkan konsep kayuhan malam dan juga keselamatan memang sentiasa diambil berat didalam pemilihan trek.

Tidak dinafikan, acara kali ini berjaya seperti tahun-tahun yang lalu. Tahniah kepada Enviroment Cycling Club (ECC) kerana berjaya mengekalkan kemeriahan serta keceriaan setiapa kali Nite Ride Burung Hantu dianjurkan.... tahniah juga kepada peserta yang berjaya menghabiskan kayuhan serta kepada mereka yang tidak berjaya, tahun depan boleh mencuba lagi....

Distance : 44.5 Kilometers
Moving Time : 2 hours 57 minutes
Stopped Time : Zero
Max Speed : 61.1 km/hour
Moving Avg : 15.1 km/hour



Prima Riders CC berkumpul semula....
(Azrul,Babat,Afitz,Nuar,Nazmi,Basri)

Bersiap sedia di Dataran Air Keroh....







Sticker starting point....0km

Menara jam Dataran Air Keroh....
Jam menunjukan hampir pukul 8 malam...
Kayuhan bermula pada pukul 8.30 malam...

Berjaya menamatkan kayuhan pada pukul 11.20 malam....



Bergambar dahulu semasa mengambil goodies...


Booth sponsor....meriah...



Hadiah Grand Price Lucky Draw.....

Profile ketinggian disepanjang kayuhan....puncak paling tinggi, 280ft

Jarak keseluruhan sejauh 45 kilometer...


Semoga kita bertemu semula di ECC Burung Hantu Nite Ride 2013 pada tahun hadapan....acara yang pasti ditunggu-tunggu pada tahun hadapan...

1 comment: