Friday 21 June 2013

Nite Ride @FRIM - 21 June 2013

Setelah sekian lama tidak berkayuh malam...kali ini ber"nite" ride di FRIM untuk melayan pemandangan di waktu malam disekitar Kuala Lumpur dan Kepong. Seramai 6 orang pengayuh meredah kegelapan malam melalui kawasan jirat Cina di Kg.Melayu Sungai Buloh dan seterusnya memasuki laluan offroad menuju FRIM. Suasana malam di FRIM agak gelap walaupun pun bulan penuh pada malam ini, mungkin disebabkan keadaan jerebu telah menyukarkan pemandangan.

Semasa kayuhan, habuk jerebu juga dapat dilihat melalui sinaran lampu pada basikal dan semasa bernafas juga terasa akan habuk yang masuk pada hidung. Kayuhan kami hanya di laluan Streroid, Helipad serta Pinus Trail sahaja tanpa memasuki kawasan pusat FRIM.


Pemandangan di seitar Kuala Lumpur serta Kepong dalam suasana jerebu....

Nuar & Afitz melayan perasaan.....

Suasana jerebu di waktu malam...
 

Berehat setelah penat melayan streroid...
 
Basri,Nasir & Nuar....

Dapat test lampu baru....walaupun pun dah lama dibeli...

Berbahang juga cuaca malam ni...mungkin disebabkan dah lebih seminggu tak hujan..
 

Kayuhan menuju helipad...gelap tapi menarik...
 


Lepak dulu...sebelum menuju pulang...

No comments:

Post a Comment