Monday 8 July 2013

Ipoh MTB Ride Day 2013 - 7 July 2013

Minggu ini ke Ipoh pula...berkayuh di Ipoh MTB Ride Day 2013 anjuran HTR Ipoh di Taman Berchamraya di Ulu Kintar. Lebih kurang 1000 peserta menyertainya pada tahun ini. Trek memang mencabar, banyak climbing serta downhill yang merbahaya dan licin.

Permulaan kayuhan di laluan road sejauh lebih kurang 6km dan seterusnya memasuki laluan offroad climbing dan menyebabkan sedikit kesesakan kerana ramai yang menolak dari berkayuh. Keseluruhannya, trek yang disediakan memang mencabar dengan pelbagai bentuk muka bumi seperti singletrek di dalam hutan, climbing ladang sawit serta downhill yang mengujakan.


Distance : 35.6 Kilometers
Moving Time : 2 hours 48 minutes
Stopped Time : 45 minutes 11 seconds
Max Speed : 40.9 km/h
Avg Speed : 12.7 km/h


5 sticker...4 Check Point...3 Water Station...


Wakil Prima Riders......kali ini ada geng...

Acara diadakan di Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya.....

Peserta bersiap sedia di starting point seawal jam 7 pagi...



Kayuhan bermula pada pukul 8 pagi....

Laluan road sejauh 6 km....

Pergerakan Lead Car 4x4 Marshall agak perlahan menyebabkan kelompok front rider terlalu ramai di bahagian hadapan dan keadaan agak kelam-kabut....kedua-dua laluan jalan raya dipenuhi oleh para rider...agak merbahaya situasi begini...


Memasuki laluan offroad dan dihidangkan dengan pendakian serta menyebabkan berlakunya kesesakan...


Pendakian di kawasan terbuka....muka bumi macam kat Prima Beruntung.....


Climbing lagi....

Tak larat...tolak jea...

Layan downhill pulak.....berpasir & berdebu....

Sayup mata memandang.....

Layan singletrek pulak.....laluan ini memang layan...terbaik...

Titi kayu menyeberangi anak sungai.....

Sampai di Check Point 1.....

Climbing lagi....

Climbing lagi... dan lagi....

Aduuuh....climbing tak habis lagi....mintak nyawa...

Rakan kenalan mengalami kemalangan semasa menuruni downhill selepas Check Point 2...mengalami patah pada pergelangan tangan kiri serta luka-luka di tangan dan kaki...semoga adik akan cepat sembuh dan berkayuh semula....

Kecederaan agak serius....

Bantuan medic dari Pertahanan Awam.....terima kasih kepada abang-abang medic yang memberikan rawatan serta bro mashall motor cross.... 
 
Kayuhan disambung semula menuju ke garisan penamat.....

Sampai di finishing line....

Bersama Basri di garisan penamat....

Memulangkan semula plak yang diberikan dan ditukarkan kepada medal....kerana pada aku medal lebih bermakna dari sekeping plak tanah liat yang tidak boleh digantung pada dinding....mungkin pihak penganjur perlu melihat isu ini dengan lebih serius pada masa akan datang....

Dilihat dari graph ketinggian pun dah mengambarkan azab yang dilalui....

Kayuhan sejauh 35km yang mencabar....

1 comment:

  1. Hi bro, mmg betol. medal to jd isu. tak puas ati dpt plet tanah to je.. ada rider lain plak dapat medal & plet tanah liat to.harap pasni semua beri medal je.

    ReplyDelete