Sunday 1 December 2013

Fraser Hill Ride - 1 December 2013

Minggu ini kayuhan "road bike" ke Fraser Hill bagi persiapan untuk Cycle for Life pada minggu hadapan di Setia Alam. Ramai rakan-rakan rider yang berkayuh pada pagi ini yang terdiri dari pelbagai club basikal di sekitar Kuala Lumpur. Kemeriahan terasa apabila dapat bertemu dengan rakan-rakan basikal yang lain.  

Namun sasaran untuk berkayuh sampai di puncak Fraser Hill pada kali ini, gagal sekali lagi. Apabila hujan turun dengan lebatnya apabila menghampiri Gap Fraser Hill. Dalam kesejukan sambil menggigil, pekena Nescafe Panas dan burger di warong makan di Gap memang cukup bermakna. Walaupun tiada tanda-tanda hujan akan berhenti, kami meneruskan perjalanan pulang menuruni bukit dalam keadaan hujan lebat. Dengan keadaan jalan yang licin dan diikuti dengan kesan tanah runtuh membuatkan kami lebih berhati-hati bagi mengelakan kejadian yang tidak diingini.


Di awal kayuhan... berhenti rehat di Empangan Kuala Kubu Bahru...

Kayuhan menuju empangan KKB.....


Suasana pagi memang cukup menyegarkan...geng Kayuh Beb tidak melepaskan peluang untuk bergambar...

Sampai di kawasan Air Terjun Semangkuk...

Bergambar bersama-sama rakan SBCC....


Bersama Yeo SBCC.....

Menunggu rakan-rakan yang lain sampai....

Tidak banyak gambar yang dapat diambil disebabkan hujan turun dengan lebatnya....

No comments:

Post a Comment