Monday 8 December 2014

PKNS Bernam Jaya MTB Jamboree 2014 - 7 December 2014

PKNS Bernam Jaya MTB Jamboree 2014 telah berlangsung di atas Pintu Gerbang Bernam Jaya merupakan acara kali ke-2 setelah berjaya pada tahun 2010 yang lalu. Seramai 1400 orang pengayuh telah menyertainya dan dikhabarkan sampai ada wakil dari luar negara yang datang. Memang cukup meriah dan laluan trek yang disediakan pun cukup mencabar. Dengan keadaan berselut dan berlumpur disebabkan musim hujan sekarang ini, memang menguji kekentalan jiwa setiap pengayuh.

Namum, kayuhan pada kali ini tidak seperti biasa. Bearing pedal basikal mengalami kerosakan semasa memasuki laluan offroad. Langkah terakhir yang aku lakukan adalah memulas pedal sehingga bearing pecah dan pedal hanya berpusing pada batang shaft sahaja. Tindakan itu akhirnya membawa padah apabila pedal itu tertanggal semasa menuruni laluan downhill selepas check point 2 kerana bearing tersebut yang sebenarnya memegang batang shaft tersebut. Apabila bearing itu aku pecahkan bermakna pedal sudah menjadi loose. Lagi menyedihkan apabila Garmin GPS 60CSx yang aku bawa selama ini telah hilang tanpa aku sedari semasa jatuh.

Cukup memeritkan dugaan pada kali ini....



Terpisah dengan ahli group semasa di starting line disebabkan lewat sampai.... 

Rakan-rakan PRCC....


Di atas pintu Gerbang Bernam Jaya....


Peserta dilepaskan pada pukul 8.30 pagi....

Kayuhan road sejauh 12km....


Kayuhan offroad bermula....


Pendakian di awal kayuhan....


Kayuhan di ladang pisang...

Laluan singletrek di kawasan belukar....


Pendakian di kawasan hutan....

Terima kasih strangemtb.blogspot.com...

Pendakian selepas Check Point 2....

Terjatuh di laluan downhill selepas check point 2....lengan calar dan kehilangan GPS....

Kawasan selut....tenggelam kasut dalam lumpur....


Kawasan terbuka menuju finishing line....

1km lagi....

Dah nampak dah...finishing line...

Alhamdullilah.....

Selamat sampai....walaupun dalam kesakitan...



Inilah punca terjatuh....pedal tertanggal...

1 comment:

  1. Terima kasih dari kami PKNS MTB kpd PRCC. Geng lama ni..

    ReplyDelete