Sunday 1 February 2015

International Ghombau Century Ride 2015 - 1 February 2015

International Ghombau Century Ride 2015 merupakan event century ride yang pertama untuk tahun ini dan yang kelima sejak berjinak-jinak dengan roadbike. Event yang sepatutnya bermula di Dataran Rembau namun telah ditukar ke Padang Majlis Perbandaran Seremban sempena memeriahkan lagi acara "Fit Malaysia" oleh YB Khairi Jamaluddin selaku Menteri Belia Dan Sukan. Seramai lebih kurang 1500 orang pengayuh telah menyertainya dengan laluan dari Seremban-Rantau-Linggi-Kota-Tampin-Johol-Kuala Pilah-Tanjung Ipoh-Bukit Putus-Seremban sejauh 160km.

Laluan yang disediakan bukan mudah, banyak pendakian disepanjang laluan dan kemuncaknya di KOM Bukit Putus. Tiupan angin kali ini memang luar biasa, cukup kencang sehingga banyak tenaga dihabiskan untuk melawan tiupan yang datang dari segenap arah. Paling teruk di kawasan Tampin sehingga merasakan seakan melayang-layang ditiup angin.


Event century ride yang pertama untuk tahun ini....


Suasana masih gelap lagi....

Peserta "Fit Malaysia" duduk di tangga sebagai penonton...



Flag off pada pukul 7.30 pagi oleh YB Khairi Jamaluddin...

Kayuhan bermula....

Water Station 2....berhenti kejap...refill air...


Bomba....bersedia untuk menyembur peserta yang hendak menyergarkan badan....

Gerai buah pun ada....sapa yang tak puas minum boleh beli buah-buahan...tapi pakai duit sendiri laa....

TQ....Cyclomotion....

Menuju finishing line.....

Sampai jua akhirnya.....alhamdullilah...

Bersusah payah bagi memiliki sekalung medal....

Tanda kenangan....

King Of Mountain (KOM) di KM130 dikawasan Bukit Putus.....

Jarak 160km...terasa puas....


Antara perkara menarik yang ada pada International Ghombau Century Ride 2015 :

1. Goodies bag hanya terdapat Jersey & Number Plate sahaja. Mungkin kurang penajaan daripada pihak sponsor.
2. Setiap simpang dan laluan terdapat Polis serta Rela yang sentiasa mengawal pergerakan lalu lintas serta keselamatan pengayuh. Boleh dikatakan, event century ride yang melibatkan ramai anggota polis.
3. Century Ride yang terpaksa berkayuh dalam suasana tiupan angin kencang sehingga menyukarkan kayuhan serta meletihkan.

No comments:

Post a Comment