Sunday 17 May 2015

Twitter Sutama MTB Jamborace 2015 - 17 May 2015

Jamboree Sutama Cyclo kembali semula setelah menyepikan diri selama setahun dan kali ini dikenali sebagai "Twitter Sutama MTB Jamborace 2015". Setelah berjaya pada tahun 2013, kali ini lebih meriah lagi dengan jumlah penyertaan bertambah dengan 2,400 orang yang telah menyertainya.

Laluan trek yang disediakan di sekitar ladang kelapa sawit Elmina, yang terdiri daripada laluan berbukit serta banyak pendakian. Masih mengekalkan Bukit Penat serta Bukit Babi untuk peserta pada kali ini. Bukit Babi merupakan laluan yang mencabar disepanjang laluan trek kali ini. Terdapat 3 pendakian di Bukit Babi yang sememangnya cukup meletihkan. Setelah laluan hanya berbaki 5km lagi, hujan turun dengan lebatnya semasa di laluan singletrek. Laluan menjadi licin dan berlumpur serta air mengalir menuruni bukit telah menyukarkan peserta menolak semasa menuruni laluan ini. Rasanya dah lama jugak tidak mandi hujan semasa berjamboree.

Hujan masih turun dengan lebatnya semasa sampai di garisan penamat. Walau apa pun, laluan kali ini lebih mencabar dari dulu. Tahniah kepada Sutama Cyclo atas penganjuran jamboree yang terbaik kali ini, walaupun tidak dapat menunggu sehingga acara lucky draw disebabkan baju basah kuyup dan hujan masih turun lebat.

Penyertaan kali kedua di Sutama Jamboree.....

Solo rider kali ini....Iskandar yang sepatutnya bersama telah hilang tanpa dikesan....

Peserta berkumpul di garisan permulaan....




Flag off pada pukul 8.30 pagi dengan peserta race dilepaskan terlebih dahulu....

Climbing di Bukit Penat....ramai rider yang menolak disebabkan dah penat...

Berlaku kesesakan semasa pendakian....




Aksi di dalam trek....

Laluan ke Bukit Babi....cabaran mental bermula...


Climbing di Bukit Babi yang pertama....

Ingatkan dah habis climbing....rupanya ada lagi...


Climbing di Bukit Babi yang kedua pula....

Akhirnya....Bukit Babi yang terakhir....

Acara menolak basikal lagi....keletihan...

Laluan masuk di singletrek hutan sebelum hujan lebat turun.....selepas ini tiada gambar yang diambil disebabkan hujan lebat sehinggalah ke garisan penamat....terima kasih kepada marshall yang menyediakan plastik bag untuk rider menyimpan barang berharga sebelum hujan turun.... 

No comments:

Post a Comment