Sunday 6 December 2015

King Of Mountain Cameron Highland 2015 - 5 December 2015

Memang sudah lama berhajat untuk berkayuh ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai, Ipoh. Akhirnya impian tercapai juga dengan penyertaan King Of Mountain Cameron Highland 2015. Acara yang telah dianjurkan oleh Darul Ridzuan Cycling Club dan Knight Riders Team serta bertempat di Balai Bomba & Penyelamat Simpang Pulai. Kayuhan mendaki sejauh lebih kurang 50km sehingga ke puncak Blue Valley Cameron Highland dan penyertaan mencecah seramai lebih kurang 600 orang.

Kayuhan bermula seawal jam 7.20 pagi dengan kayuhan landai dipermulaan dan pendakian sehingga ke puncak Cameron Highland. Cukup memenatkan dan meletihkan namun tetap berpuas hati dengan pencapaian peribadi.

Pertama kali berkayuh ke Cameron Highland dengan roadbike....

Wakil PRCC....
Babat-Wak-Iskandar



Bermula di Balai Bomba & Penyelamat Simpang Pulai...

Lebih kurang 600 peserta yang menyertainya...

Kayuhan mendaki sejauh lebih kurang 50km...

Flag off pada pukul 7.20 pagi....


Sampai di Water Station....jarak lebih kurang 18km... 

Selfie dulu....


Ketika ini pada ketinggian 1000m....lepak dulu...rehat ambil gambar dulu...


Wak sampai....senyum jea....

Jarak 18km lagi sebelum sampai ke Blue Valley....


Berjaya sampai di Blue Valley Cameron Highland....


Hari dah gelap seperti hujan nak turun.......

Bergerak turun kerana cuaca semakin gelap....

Sekalung medal buat kenangan....

Blue Valley....tempat penanaman sayur....


Berposing dulu di sini sebelum turun ke Simpang Pulai...turun dalam keadaan hujan rentai dan kadang-kala lebat....

Wak...berpuas hati katanya...

Jarak naik dan turun sejauh 101km......

No comments:

Post a Comment