Sunday 19 June 2016

Ukhwah Ramadhan @Prima Hill Night Ride - 18 June 2016

Setiap tahun pasti tidak ketinggalan acara kayuhan ramadhan di Prima Hill. Tahun ini sekali lagi, rakan-rakan Prima Rider dan JiwaBasikal berkayuh di sini sambil menyusuri kegelapan malam dan menghirup udara segar apabila sambil di puncak. Kayuhan bermula pada pukul 11.30 malam apabila semua sudah bersiap sedia di hadapan kedai JiwaBasikal Adenium Bukit Beruntung. Seramai  21 orang pengayuh menyertainya pada kali ini.

Kayuhan berbentuk santai dan tidak terlalu tough sangat. Maklumlah setelah letih berpuasa di siang hari dan malamnya santai-santai sahaja.

Berkumpul di hadapan kedai JiwaBasikal Adenium Bukit Beruntung.....

Seramai 21 orang pengayuh menyertai kayuhan pada malam ini...dah kayuhan bermula pada pukul 11.30 malam menuju ke Prima Beruntung....

Bukit Fed-Up....rehat dulu setelah penat mendaki....laluan licin dan berlumut....

Pak Syeikh.....menggunakan basikal besi dan crank road bike...memang handal...

Bermesraan.....


Pemandangan dari salah satu puncak bukit di Prima Hill....

Bergambar dulu....sebelum meneruskan kayuhan....

Bulan samar-samar di celah-celah awan....


  Bergambar dulu....

Turun dari Bukit Haro....terus ke kawasan kebun getah...

Terkejut melihat seorang pak cik awal 50-an yang sedang berehat di pondok dalam kegelapan malam sebelum ingin menoreh getah....beliau juga terkejut apabila nampak banyak lampu yang terang turun dari atas bukit menuju ke kebunnya....mencari rezeki tidak kira bila... 

Meneruskan semula kayuh menuju ke perkampung Orang Asli Bukit Mancong....

Pendakian lagi....


Berada di atas puncak Prima Hill.....berehat seketika sebelum kayuhan turun untuk pulang....



Barai jugak malam nie.....batuk dan selsema masih belum lagi pulih....sesak nafas mendaki pada kali ini....nafas tak cukup...

Berada di atas puncak Bukit Pencawang sebelum turun menuju ke Stesen Pencawang TNB.....


Sampai di stesen pencawang TNB dan terkejut polis bantuan yang berkawal disana melihat sekumpulan pengayuh basikal yang berkayuh basikal secara off road pada pukul 2.30 pagi.....


Bersama otai....Abang Zaem Zainal....

Rider yang sedang turun dari puncak Bukit Pencawang....

Basikal Hamdi pancit....sampai 4 tiub digunakan...kesemua tiub baru yang digunakan bocor...mungkin silap semasa pemasangan...

Tahniah kepada semua pengayuh pada malam ini....In sya Allah....jika umur panjang, kita bertemu lagi pada tahun hadapan....Salam Ramadhan.....

No comments:

Post a Comment