Sunday 9 October 2016

Mizuno Wave Night Run 2016...First time layan HM - 9 October 2016

Larian Half Marathon yang pertama kali disertai jika sebelum ini hanya mampu untuk jarak pendek 10km sahaja. Kali ini mencabar diri sendiri untuk merasai kesengsaraan serta kesukaran untuk berlari dalam jarak jauh. Jika dulu Mizuno Run 2015 ini diadakan di Putrajaya pada waktu siang, namun kali ini ia bermula di Stadium Shah Alam dengan acara bermula selepas tengah malam. Suasana tengah malam yang sememangnya berbeza jika dibandingkan pada sebelah pagi atau malam. Dingin malam juga terasa semasa berlari dan yang paling penting tidak menggangu pergerakan lalulintas di sekitar bandaraya Shah Alam tidak seperti semasa Puma Night Run pada bulan lepas.

 Bermula di perkarangan Stadium Shah Alam, acara larian bermula tepat jam 12 tengah malam dengan kategori HM dilepaskan dahulu dan 10km kemudiannya. Lebih kurang 7,000 orang peserta menyertainya pada kali ini.

First HM...azab lebih terasa jika dibadingkan dengan 10km...

Bersama Iswardy PKNS.....

Peserta sudah mula menbanjiri perkarangan stadium....


Acara konsert diadakan bagi sambutan Hari Belia peringkat negeri Selangor.....acara yang berbeza tapi tapak acara bersebelahan....


Berkumpul di starting line....larian dilepaskan pada pukul 12 tengah malam oleh Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Azmin Ali.....

 Belon pace untuk peserta....boleh ikut yang mana suka, asalkan dapat follow....try follow pace 2:30 sampai KM6 jea....lepas tuu ke laut.....barai...

Sampai finishing sebelum pukul 3 pagi....ramai peserta dah balik terutama 10km dan 5km....

Stadium pun dah mula lenggang...hanya peserta HM yang baru sampai di garisan penamat....parking kereta pun dah mula kosong...ramai peserta sudah balik akibat keletihan dan menggantuk....

Semasa mengambil goodies bag pada sebelah petangnye....dah tak ramai orang...mungkin ramai sudah mengambil awal...

Layan masuk stadium dulu....hahaha...first time masuk Stadium Shah Alam sebenarnya, sebelum ini selalu masuk Stadium Bukit Jalil jea....walaupun minat tengok bola tapi jarang pergi stadium, lebih suka tengok depan tv jea.....

Padang kemas dan rapi....dalam stadium pun bersih dan terjaga....walaupun stadium ini sudah berusia 22 tahun namun masih terjaga hanya cat pada dinding stadium sahaja yang sudah nampak uzur dan lusuh....



Bersama anak bujang yang first time juga masuk stadium....

Koleksi medal HM yang pertama....next time boleh join lagi....

Sasaran masa di bawah 3jam tercapai....cukup untuk permulaan, lain kali boleh cuba perbaiki lagi...ini pun dah separuh nyawa.... kena banyak training lagi...

Semasa KM16 badan dah mula sakit-sakit terutama dekat kaki dan pinggang...3km sebelum finishing memang mental sebab laluan mendaki dan tenaga pun dah tinggal nyawa-nyawa ikan jea....

No comments:

Post a Comment