Sunday 4 December 2016

Sunday Solo Ride : BB-Tg.Malim-BB (95Km) - 4 December 2016

Minggu ini training untuk IJN Ride For Your Heart pada minggu hadapan dengan berkayuh dari Bukit Beruntung ke Tanjung Malim dan berpatah balik. Kayuhan solo di pagi yang mendung selepas hujan yang turun pada sebelah malamnya. Cuaca pada pagi ini cukup menarik untuk kayuhan jarak jauh disebabkan redup disepanjang laluan dan hanya kadang-kadang sahaja terasa terik sinaran mentari. Kayuhan bermula agak lewat pada pagi ini disebabkan urusan keluarga yang paling utama.

Disepanjang kayuhan terserempak dengan rakan-rakan kayuhan yang lain sama ada yang solo atau pun berkumpulan. Laluan ke Tanjung Malim melalui kawasan Kampung Sungai Jang dan Kelumpang terdapat sedikit pendakian terutama sebelum tiba di kawasan Kelumpang. Laluan jalan raya kebanyakannya terdapat 2 lorong dan hanya disesetengah kawasan terdapat hanya satu lorong yang agak sempit. Kena lebih berhati-hati di kawasan ini disebabkan terdapat banyak kenderaan yang bergerak laju.  

Dah nama solo ride....gambar pun kena selfie jea laa....

Pit Stop wajib setiap kali berkayuh di sini...tunggu keretapi lalu sebab nak snap gambar tapi tak muncul tiba....

Persimpangan jalan ke Kuala Kubu Bahru di kawasan Sirim Rasa.....

Sampai jua di pintu hadapan Univeristi Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim....

Macam biasa...selfie dulu....untuk peserta yang menyertai UPSI Fun Ride pada 18 December ini...Good Luck....semoga selamat berkayuh.... 


Avanti yang telah lama berkhidmat....tahun depan masih lagi kekal atau sebaliknya, hanya menjadi tanda tanya....

Pekan Tanjung Malim...tidak banyak kenderaan pada pagi Ahad...tapi di dalam UPSI meriah dengan aktiviti oleh guru serta bakal guru... teringat kembali semasa zaman belajar dulu walaupun tidak aktif bersosial pada masa itu kerana lebih memberi tumpuan kepada pelajaran...

Kalau ke Tanjung Malim tidak sah kalau tak makan Pau...layan breakfast dulu...sebelum berpatah balik ke Bukit Beruntung...

Bekal persediaan untuk IJN Ride minggu nie....harap-harap tak peewaii nanti time climbing di Titi Peres dan Kuala Klawang.....

Laluan yang sama untuk pergi dan balik sejauh 95km....

Climbing pun boleh tahan...terutama di Jalan Rasa-Bukit Beruntung...

No comments:

Post a Comment