Sunday 12 March 2017

Janda Baik Ride with Ex-Schoolmate (70km) - 12 March 2017

Minggu ini berkayuh di Genting Sempah dan terlajak terus ke Janda Baik bersama Ex-Schoolmate semasa bersekolah menengah di Gombak Setia dulu. Kayuhan bermula di Batu 7 Jalan Gombak pada pukul 8.15 pagi. Ramai rider yang berkayuh di sini pada hari ini dan ada yang terus berkayuh sehingga ke Bentong dan Bukit Tinggi.

Macam biasa, laluan di Janda Baik banyak pendakian yang pendek tetapi memenatkan. Laluan bermula di Genting Sempah sehingga ke simpang Janda Baik adalah santai kerana menuruni bukit. Namun pendakian pacak bermula dari simpang Janda Baik sehinggalah ke kilang Elektriksola. Laluan loop di Janda Baik berbentuk roller coaster dan kadang-kadang sedikit landai.

Sampai di puncak Genting Sempah....berehat dulu sambil makan buah dan minum air jus kurma....

Ramai rider yang melepak dulu di sini sebelum meneruskan semula kayuhan....ada yang berpatah balik...


Roundabout Genting Sempah.... 

Berselfie dulu sebelum menuju ke Janda Baik....cuaca dah mula panas...

Tiada gambar di Janda Baik...lagi pun tak berhenti lama di sana, hanya berhenti untuk refill air sahaja....

Puncak...sebelum turun layan downhill sehingga ke parking kereta....

Total mileage...70km....sahaja... 

3 kali pit stop di sepanjang kayuhan....iaitu di puncak Genting Sempah, di kedai minum Janda Baik dan di puncak Genting sebelum turun.....

Puncak paling tinggi...600m...

No comments:

Post a Comment