Friday 9 June 2017

Ramadhan Nite Ride : Loop BB-Sg.Choh - 9 June 2017

Setelah sekian lama tidak berkayuh terutama nite ride, kali ini berkayuh bersama dengan geng JiwaBasikal menyusuri kegelapan malam di loop Bukit Beruntung-Sg.Choh. Seramai 8 orang menyertai kayuhan pada malam ini dan bermula di Restoran Taqwa Adenium Bukit Beruntung. Kayuhan bermula pada pukul 11.20 malam dengan melalui BB-Rasa-Batang Kali-Serendah-Sg.Choh-Bukit Beruntung sejauh lebih kurang 50km sahaja.

Pendakian di laluan berbukit menuju ke Rasa dengan keadaan jalan yang samar-samar dan kadang-kadang terang disirami dengan lampu jalan. Jalan agak lenggang dan tidak banyak kenderaan yang melalui laluan ini disebabkan sunyi dan kiri kanan hanyalah hutan serta semak samun. Kayuhan non-stop sehingga ke Serendah dan hanya berkumpul sekejap semasa berada di Rasa sebelum simpang ke Batang Kali.



Berhenti di persimpangan Rasa menuju ke Batang Kali....seorang rider tersesat sehingga ke jalan Sirim Rasa...terpaksa menunggu sehingga tiba....lepak rehat dulu... 


Bergambar dulu....sekarang baru pukul 12 tengah malam...


Pak Syeikh JiwaBasikal...selamat sampai...tak rancang pun, malam ini pakai jersey yang sama iaitu Shimano Lekas Highway....

Pit Stop....Caltex dan 7-Eleven satu tempat....lepak rehat dulu sebelum meneruskan kayuhan... 


Masih ramai lagi pemandu yang ingin mengisi minyak di waktu pagi...walaupun pun dah pukul 1 pagi tetapi masih ramai penggunjung....

Kayuhan menuju ke Serendah....



Persimpangan traffic light Perodua.... 

Kayuhan dalam kegelapan pagi....dari simpang Sungai Buaya ke Bukit Sentosa....

Laluan gelap tanpa lampu jalan....

Kayuhan hanya sejauh 48km sahaja....ini merupakan latihan persediaan untuk kayuhan Audax200 selepas raya nanti...

Loop BB-Sg.Choh....masa kayuhan lebih kurang 2 jam....

Climbing paling teruk di laluan Bukit Beruntung menuju ke Rasa....banyak pendakian seperti roller-coaster...

No comments:

Post a Comment