Sunday 29 October 2017

KLMBH Hash #274 Rasa Hulu Selangor - 29 October 2017

Kali terakhir join KLMBH Hash semasa Hash #262 Antara Gapi pada bulan September tahun lalu. Tahun ini merupakan peryertaan kali pertama setelah setahun menyepikan diri. Kesempatan kali ini diambil kerana event kali ini di Rasa Hulu Selangor tidak jauh dari rumah. Namun hanya 4 orang wakil Prima Riders kali ini, kerana yang lain ada aktiviti mendaki di Bukit Batu Putih Port Dickson.

Dengan cuaca yang agak panas ketika ini, kayuhan kali ini lebih mencabar dengan banyak pendakian di kawasan terbuka. Walau bagaimana pun downhill serta single trail yang disediakan memang terbaik. Laluan berbukit yang mencapai ketinggian sehingga 340m memang mencabar mental dan fizikal. Bukan trail KLMBH jika tiada bukit yang kena menolak basikal.


Jambatan besi Rasa...banyak menyimpan kenangan semasa di awal penglibatan dalam dunia MTB....trail ini kerap dilalui semasa itu...masih kekal seperti dahulu...

Seramai lebih kurang 120 orang menyertai pada pagi ini.... masih terdapat muka-muka orang lama yang masih kekal dengan KLMBH.....

Briefing sebelum memulakan kayuhan....long atau short ride...arahan keselamatan juga dititik beratkan... 

Flag off pada pukul 9.30 pagi dalam cuaca yang cerah serta panas....nampaknya kayuhan kali ini pasti akan menguji mental dan fizikal....

Laluan landai serta berpasir di awal kayuhan....

Fast rolling....

Ceria sebelum azab.....muka masih boleh senyum....lepas ini climbing bermula....baru ada rasa...


"Check" yang pertama.....tunggu dulu sebelum laluan yang terputus di sambung semula....

Pendakian baru bermula.....

Redah semak samun sambil menolak basikal....

Climbing lagi....hari semakin panas....

Relax dulu....Iskandar buka baju disebabkan panas....ambil nafas dulu....

Layan downhill pulak....lepas penat up hill, downhill pulak....

Jumpa anak sungai...macam nak mandi jea....

Layan downhill berpasir....licin serta berdebu....lebih berhati-hati disebabkan laluan berpasir...


Letih layan downhill....kita tolak jea basikal....dah mintak nyawa...bukit tak habis-habis lagi....habis lencun bermandikan peluh...

Layan...



Menuju pulang....menyusuri Sungai Selangor sehingga ke loji pembersihan air Rasa...

Bergambar kenangan dulu....


Tak sampai 2km lagi nak finishing line....berposing gambar dulu...Iskandar dah jauh ke depan...panas kot sebab tu nak cepat sampai...

Muka buat-buat ceria...walaupun sengsara....

Finishing line akhirnya....

Layan 100Plus dulu....lega rasanya...nikmat

Happy Ending...lunch dekat Antara Gapi sebelum balik rumah....puas walaupun letih....puas sebab dah lama tak layan hash....puas hati sebab kena bantai dalam trail....

3 comments:

  1. Salam bos..jmbatan besi tu ikut mna...rasa macam nak tryking situ...

    ReplyDelete
  2. Salam...jambatan besi tuu berhampiran dengan Rasa. Dari loji penapis air Rasa boleh sampai dekat situ.

    ReplyDelete